MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Cinta Luar Biasa... MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Tuesday, January 01, 2008

    Cinta Luar Biasa...

    http://www.pixelcharmer.com/photos/2004/07/rose1.jpg

    Cinta luar biasa..

    Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
    Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
    Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
    Ummati.. ummati.. ummati..

    Cinta luar biasa..
    Kisah cinta Handzalah..
    Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
    Lantaran menyahut seruan jihad..
    Akhirnya syahid di medan perjuangan..

    Cinta luar biasa..
    Seteguh kasih Khadijah..
    Tak pernah jemu memberikan sokongan..
    Rela mengorbankan segala kemewahan..
    Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

    Cinta luar biasa..
    Kisah kesetiaan Abu Bakar..
    Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
    Insan yang sentiasa membenarkan. .
    Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

    Cinta luar biasa..
    Kisah ketabahan Hajar..
    Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
    Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
    Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

    Cinta luar biasa..
    Umpama keberanian Ali..
    Di malam penghijrahan Nabi..
    Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
    Walaupun jiwa menjadi taruhan..

    Cinta luar biasa..
    Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
    Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
    Iman di dada tak sedikit pun goyah..
    Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

    Kisah cinta luar biasa..
    Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
    Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
    Redha dan sabar menempuh segala ujian..
    Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

    Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

    posted by Jpah @ 12:25 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Tahun Baru??
    • bunga raihan
    • Kedudukan Hadis Beramallah Seolah-olah akan Mati E...
    • takut pedang
    • Review Buku: Tautan Hati
    • Asma' Allah
    • two seeds
    • Fikir, Zikir
    • Masa
    • Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 2)

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter