MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: takut pedang MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Sunday, December 30, 2007

    takut pedang

    Dalam suatu pertempuran yang sengit di Persia, seorang pembesar Persia bernama Hurmudzan berjaya ditangkap oleh tentera Islam. Dan ketika dibawa menghadap Khalifah Umar AlKhattab dia menggigil ketakutan.

    "Wah, saya pasti dibunuh," fikirnya.

    Tetapi ternyata dia disambut oleh khalifah dengan baik sekali.

    "Mahukah anda masuk Islam, agar selamat dunia dan akhirat?," tanya khalifah.

    "Tidak, saya sudah senang dengan agama saya!" jawab Hurmudzan.

    Melihat sikap Hurmudzan itu, Khalifah Umar segera mencabut pedangnya. Lalu ia bersikap seakan-akan hendak membunuh Hurmudzan. Maka pucatlah wajahnya lalu berkata, "Sebelum kau membunuh aku, kasihanilah aku wahai Amirul Mukminin."

    "Cuba sebutkan apa yang kau inginkan ?" tanya khalifah.

    "Berikan aku minuman. Aku dahaga sekali, " sahutnya.


    Tetapi setelah diberi segelas air, dia tidak segera minum malah meminta diberikan jaminan.

    "Jaminan?" tanya khalifah.

    "Ya, jaminan keselamatanku sampai aku minum air ini."

    "Baiklah. Demi Allah aku jamin," jawab khalifah.

    Tetapi air itu tidak juga diminumnya. Baru setelah melihat khalifah menyarungkan pedangnya, air itu diminumnya lalu dia mengucapkan kalimah syahadah dan memeluk Islam. Khalifah berasa bertambah hairan dan bertanya "Hai, mengapa tidak sejak dari tadi anda memeluk Islam."

    "Aku tidak mahu masuk Islam hanya kerana takut kepada pedang anda," jawab Hurmudzan tersenyum.

    posted by muscom @ 11:10 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Review Buku: Tautan Hati
    • Asma' Allah
    • two seeds
    • Fikir, Zikir
    • Masa
    • Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 2)
    • don't complain, be patient
    • Pinjam
    • Empty Hands of a Rich Man
    • 7 Wonders

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter