MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Review Buku: Tautan Hati MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Sunday, December 30, 2007

    Review Buku: Tautan Hati

    http://www.telagabiru.net.my/index/images/stories/novel.jpg

    Sesuai untuk dibaca,dihayati, dan dihadam oleh mereka yang bergelar du’at. Hadiah untuk Muslimat Dakwah. Panduan untuk mereka yang ingin bercinta…yeker? Bacalah sendiri review di bawah…

    Tautan Hati begitulah judul terbaru karya novelis muda remaja yang baru sedang meningkat, Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Pemenang tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006 bagi novel pertamanya MAWAR BERDURI merupakan graduan jurusan Fiqh & Psikologi, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,UIAM. Kini, Tautan Hati muncul sebagai novel kedua beliau. Karya yang sarat dengan mesej-mesej dakwah, kemanusiaan, cinta, dan kehidupan terus menjadi formula beliau dalam menghasilkan novel ini. Garapan yang penuh berbakat terserlah dalam novel ini, malah ada ketikanya saya merasakan Tautan Hati telah menunjukkan peningkatan diri penulis dalam bidang penulisan.

    Teknik pengimbauan semula(flashback) yang begitu baik diaplikasikan menjadikan Tautan Hati lebih manis untuk dihayati. Latar belakang kampus utama UIAM yang dicorakkan dengan baik tentu sahaja dapat dikesan dan dihidu oleh para pembaca yang sedang menimba ilmu di tempat itu sehingga merasakan seolah-olah ia sedang berlaku dalam hidup seharian. Kisah dakyah pelajar bukan Muslim di kampus bertitlekan Islam, gaya hidup bercoupling yang bebas, kehidupan sosial sesetengah mahasiswa, adalah antara senario rutin yang diterapkan dengan baik sekali oleh penulis dalam Tautan Hati.

    Seperti karya yang terdahulu, penulis memilih watak utamanya seorang Muslimah Muslehah yang terlibat dengan teraju dakwah di kampusnya. Kehidupan seharian yang terjaga menurut syariat, halangan dan cabaran berdakwah kepada rakan sekampus, serta pengalaman-pengalaman hidup yang pelbagai dan tidak kurang juga ujian cinta remaja yang amat berat, tentu sahaja menyemarakkan rasa yang amat mendalam bagi jiwa mereka yang membacanya. Garapan penulis yang amat bijak mengambil latar kampus, membuktikan bahawa golongan sasarannya ialah para du’at yang berada di alam itu.

    Tidak terlepas juga, golongan remaja secara umumnya boleh juga mengambil manfaat hasil penghayatan terhadap novel ini, Insya Allah. Untuk mereka yang terperangkap dalam persoalan cinta anta-anti atau cinta saya-awak, Tautan Hati mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama. Bagi yang mengenali penulis dan pernah membaca dua karya beliau sebelum ini, novel MAWAR BERDURI dan cerpen hatiKU MILIKMU, novel Tautan Hati menghidangkan sesuatu yang amat menarik yang seakan ‘menggabungkan’ dua karya sebelumnya yang pastinya menarik minat anda untuk memiliki dan menghayatinya.

    Dapatkan novel terbaru daripada Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan hayatilah hasil bakat kurniaan Allah kepadanya serta pastikan diri anda beroleh ’sesuatu’ daripadanya, Amin.Kepada penulis, saya berbesar hati mengucapkan Jazakillah khairan kathiraa wa Barakallahufiek atas karya dakwah yang diterbitkan secara komersial ini. Mudah-mudahan usaha dakwah melalui penulisan ini dinilai oleh-Nya sebagai amal yang berpanjangan, Ameen Ya Rabbal ‘Aalameen.

    posted by Jpah @ 10:38 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Asma' Allah
    • two seeds
    • Fikir, Zikir
    • Masa
    • Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 2)
    • don't complain, be patient
    • Pinjam
    • Empty Hands of a Rich Man
    • 7 Wonders
    • makan dgn sihat, amalkan 5M : M #2 = meat

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter