MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Fikir, Zikir MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Saturday, December 29, 2007

    Fikir, Zikir

    Assalamualaikum,
    Allah telah memberi manusia akal yang membezakan diri manusia dengan haiwan, lantas juga menyebabkan manusia bertanggung-jawab atas perilakunya,

    Dengan akal inilah, manusia mampu berfikir, menilai lantas memilih dan bertindak dengan kemampuaan diri yang terhad, yang diberikan juga oleh Allah semata-mata.

    http://www.comparestoreprices.co.uk/images/bu/bushnell-deep-space-refractor-telescope-420-x-60mm.jpg

    Kemampuaan diri memang terhad, terbatas dan biasanya memerlukan alat-alat bantuan seperti teleskop untuk melihat lebih jauh lagi, sedangkan mata kasar kita, berapa ratus meter sahaja mampu dilihatnya.

    Pedengaran kita, melalui telefon kita mampu berbual dengan mereka yang duduk dibenua jauh, sedangkan dengan telinga kita, jiran dibilik sebelah pun tak dapat kita dengar apa yang dibualnya kerana dilindungi tembok.

    Deria rasa, menghidu, atau kaki kita yang melangkah, berapalah jarak yang mampu kita tempuhi? 2-3 kilometer kita melangkah, sudah terasa letih. Sedangkan akal kita boleh berfikir dan menembusi segala dimensi tempat dan waktu.

    http://www.sae.edu/media/116/sydney_harbour_bridge_in_australia.jpg

    Misalnya, bila kita duduk di United Kingdom (or maybe Australia, InsyaAllah), diwaktu itu kita berjauhan dengan ibu dan saudara kita dan musim dingin pula, tetapi dengan akal, kita mampu berfikir dan gambarkan diri kita bersama ibu atau saudara kita yang jauh dinusantara dan bercuaca panas.

    Hanya untuk Pencipta tempat, waktu dan segalanya, fikiran kita tidak mampu berfikir dan kita mengenal Pencipta tempat, waktu dan segalanya hanya melalui sifat-sifatNya dan segala ciptaanNya.

    Melalui sifat-sifatNya dan juga ciptaanNya, semestinya akal yang sihat dapat berfikir betapa hebatnya Sang Pencipta tempat, waktu dan segalanya.

    Kerana itu sesaat berfikir,berzikir tentang kebesaran Allah atau bagaimana agama Allah datang dalam diri dan seluruh alam, berapa besar kelebihan dan ganjarannya.

    Semoga Allah menunjukkan kita sentiasa jalan kebenaran,

    posted by Jpah @ 1:31 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Masa
    • Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 2)
    • don't complain, be patient
    • Pinjam
    • Empty Hands of a Rich Man
    • 7 Wonders
    • makan dgn sihat, amalkan 5M : M #2 = meat
    • Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 1)
    • Hikmah Diam
    • What kind of town are you from ?

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter