Kita ibarat sebatang Pen...renungkanlah.........
PEN telah direka dan digunakan sejak berabad abad yang lampau. sehingga zaman sekarang yg merupakan zaman canggih (paperless, etc), namun manusia tetap memerlukan pen dan kertas sebagai alat untuk menulis sesuatu maklumat mahupun mesej.Kita banyak mengenali jenama jenama pen seperti parker, bic, pantel, papermate, etc. harga juga pelbagai. daripada 20 sen sehinggalah beribu ribu ringgit. tetapi tujuan memiliki pen pada asasnya adalah utk menulis.
alat ini jugalah satu keperluan penting utk pelajar pelajar mencatat nota pelajaran sehinggalah dibawa masuk ke dewan peperiksaan. tiada siapa pun mengambil peduli, apakah jenama pen yg digunakan oleh pelajar pelajar utk menjawab soalan peperiksaan. persembahan jawapan adalah perkara utama yg dititik beratkan oleh para pemeriksa utk memberikan nilai markah yg sewajarnya.ada mungkin pelajar yg menggunakan pen berharga 20 sen, tetapi persembahan dan kualiti jawapan yg ditulis mampu menambat hati para pemeriksa. sebaliknya, apa guna kalau pen berharga RM 1000 (bertatahkan berlian diatasnya, mungkin) tetapi tidak mampu menjawab dengan cemerlang.
diingatkan bahawa, setiap pelajar dikurniakan masa yg terhad utk menjawab setiap kertas soalan. daripada satu (1) jam sehinggalah kepada 3 atau 4 atau 5 atau mungkin ada yg lebih dr itu. para pelajar hanya boleh mula menjawab apabila diarahkan berbuat demikian dan perlu berhenti apabila ketua pengawas peperiksaan mengumumkan masa sudah tamat.
begitu juga,kehidupan manusia, yg terdiri drp pelbagai lapisan masyarakat. bahkan juga memiliki kriteria yg berbeza. namun, Allah tidak memandang rupa bentuk fizikal manusia, tetapi bentuk persembahan ibadah kepada-Nya. Dia hanya memandang dari segi kualiti termasuklah ikhlas yg menjadi syarat utk sesuatu amalan itu diterima sepenuhnya.dan,setiap manusia memiliki tempoh tempoh tertentu utk berada di dalam dunia ini.
apabila masa telah sampai utk Allah menjemputnya, pasti tiada siapa yg mampu menghalang. pada masa itulah seluruh ibadah (yg diterima Allah) yg dilakukan semasa hidup akan menjadi penyelamat yg unggul.manusia dihidupkan apabila diarahkan (ditakdirkan) oleh Allah dan akan ditamatkan hidupnya apabila Allah menentukan masanya telah tiba.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home