MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: KISAH IBRAHIM ADHAM…. MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, April 06, 2006

    KISAH IBRAHIM ADHAM….

    Tersebutlah kisah seorang pembesar yang kaya raya bernama Ibrahim Adham. Ibrahim merupakan seorang pemerintah yang bersemayam disebuah istana besar berhampiran Mekah. Disebabkan dia jarang keluar dari istananya, maka dia alpa dan tidak mengetahui tentang orang-orang miskin yang bertaburan disekeliling istananya. Dia asyik beribadat kepada Allah tetapi lupa akan tanggungjawabnya terhadap orang-orang miskin yang berada disekelilingnya.

    Pada suatu hari, sedang dia bersemayam dengan tenang, dia terdengar bunyi bising di atas bumbung istananya. Lalu dia pun bertempik….” Apakah bunyi kuat dia atas istanaku ini ?” Lalu satu suara menjawab “ Sebenarnya tuanku, patik sedang mengejar unta patik yang terlepas dan lari ke atas bumbung istana tuanku”. Pelik, fikir Ibrahim, lalu dia bertanya seterusnya “ Bagaimanakah unta kamu yang begitu besar dapat menaiki bumbung istana beta yang amat tinggi dan mustahil kamu dapat mengejar unta kamu di atas bumbung ini.. Nak berjalan di atasnya pun susah, apatah lagi untuk mengejar unta”. Suara itu menjawab “ Demikianlah mustahilnya tuanku untuk memasuki syurga Allah jika tuanku berterusan tidak mengambil tahu dan tidak membantu fakir-fakir miskin disekeliling istana tuanku. Tersentak Ibrahim dan atas penyesalan yang amat sangat, Ibrahim berhijrah ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan bertaubat di atas segala dosa-dosanya. Harta-hartanya yang banyak disedekahkan kepada fakir-fakir miskin.

    Selepas lama mengabdikan diri kepada Allah, Ibrahim timbul keinginan untuk berumah tangga. Lalu dia pergi menemui Robiyatul adawiyah dengan hasrat untuk meminangnya. Berjumpa saja Ibrahim , Robiyatul Adawiyah bertanya “ Hai Ibrahim , kenapa kamu datang berjumpa aku ? “
    Jawab Ibrahim “ Aku datang kerana ingin meminangmu “
    Lalu bertanya pula robiyatul Adawiyah “ Berapakah nafsu yang lelaki seperti kamu ada ?”
    Jawab Ibrahim “ Lelaki mempunyai satu nafsu dan sembilan akal “
    “ Berapa pula nafsu yang perempuan sepertiku ada ?” tanya Ahawiyah.
    Ibrahim menjawab “ Perempuan mempunyai sembilan nafsu dan satu akal”.
    Lalu Adawiyah menempelak “ Alangkah lemahnya engkau Ibrahim, aku yang mempunyai sembilan nafsu berdaya menahan nafsu dan sanggup tidak kahwin tetapi engkau yang mempunyai satu nafsu sahaja, tetapi tak berdaya melawan nafsumu itu dan ingin berkahwin”
    Terdiam Ibrahim dan balik tanpa dapat mengahwini Robiyatul Adawiyah.

    posted by muscom @ 4:13 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • PENEMUAN MENARIK BERKENAAN KHINZIR [mesti baca!]
    • SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
    • TERPISAHNYA ROH DARI JASAD....
    • TEKA TEKI IMAM GHOZALI...
    • Kisah Tudung
    • Kenali 5 golongan yang menghina al-Quran
    • KHUTBAH RASULULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL
    • PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
    • Nama Rasul-Rasul Allah
    • Al Fatihah (7 ayat)

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter