Malu, Segan, Shy & Tersipu-sipu (Part 1)
kite sering menemui atau kite sendiri yg lakukan perkara ni kan? Especially kat kolej (KYUEM), kalau cikgu tanya soalan, masing2 jawab slow2. Tapi, kalau cikgu suruh terangkan kat depan, sumer tunduk, xnak jawab. Kalau ditanya,
"Apsal ko xnak jawab tadi?"
Diorg jawab,"Aku malulah, malu kan sebahagian daripada iman,"
Adeyh...korg ni dah menyalahertikan malu tu. Ok, meh kiter blaja skit psl 'Malu'
Malu ertinya dari segi bahase adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji kalau difahami secara benar maksud dan tatacaranya (bukan malu2 kucing). Dari malu akan seseorang dari keadaan hina dina dan meletakkan seseorang di dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif je. Perasaan ini dapat mengatasi seseorang melakukan hal-hal kemaksiatan, kerana seseorang itu akan berperasaan; “ Bahawasanya saya adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan saya lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.
Asal usul kalimat hayaatun (kehidupan) berasal dari kata hayaa’un (malu). Kamus lisan arab merujuk (istahyu rajulun) – kuatnya denyut kehidupan dalam jiwa seorang lelaki. Maka difahami dari frasa ini ialah dia malu untuk bersangkut-paut dalam hal-hal kehinaan kerana hati nuraninya tidak mahu melakukan hal-hal yang berakibat negative.
Maka difahami perasaan malu (al-haya’) berkait rapat dengan kehidupan itu sendiri dan membawa makna dan rahsia kehidupan itu. Maka seseorang yang tak mempunyai sifat malu maka dia bukanlah hidup sebenarnye, tapi dah mati atau da nak mati keadaannya. Contoh malu yg paling jelas kat kolej, aurat. Huh, x maluke bukak aurat tu? Lawanya rambut anda (pompuan) dan lawanya lutut anda (lelaki).
Perbezaan malu (al-haya’) dan tersipu (al-jahalu)
Malu yang kita fahami bukanlah malu tersipu-sipu tidak pada tempatnya kerana malu yang kita bincangkan ini adalah sesuatu perasaan yang lebih besar maknanya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga gagap dan takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah keperibadiannya. Akan tetapi al-haya (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadiannya lantaran kuatnya dia dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Sungguh terdapat kekeliruan dalam dua istilah ini yang sering dicampur-baurkan.
Sekilas Dalil-dalil
Rasulullah saw bersabda; “Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)
Hadith yang lain menyebut; “Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah mengucapkan Lailaha illa Allah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.”(Abu Dawud:4676)
Lihatlah penting sifat malu hingga ia sebenarnya berkait rapat dengan keimanan. Maka lihatlah dimana sifat malu kita dan muhasabahlah. Kebanyakan kita tidak tahu malu sebenarnya.
Muara akhlak ialah malu
Rasulullah saw bersabda;
“Malu itu mengandungi kebaikan” (Muslim:156, Abu Dawud:4796)
“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.” (Bukhari:5766, Muslim:155)
“Malu itu sebahagian daripada iman dan iman tempatnya disyurga sedangkan buruk akhlak itu sebahagian dari kekerasan hati dan tempatnya dineraka. (Tirmizi:2009)
“Malu dan iman keduanya tidak boleh dipisahkan. Jika satunya terangkat maka yang lain jua turut terangkat.”(Musnad al-Hakim, 1:22)
Jika dicabut rasa malu itu maka tunggulah saat kehancuran
Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)
Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah, di kolej kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka tak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman dan kemaksiatan sedangkan kite yang melihat sendiri yang berasa malu atas perbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan.
Bacalah sekali lagi hadith diatas, dan tanyalah diri kita. Adakah kita mempunyai sifat malu……………………..?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home