MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Bulan Zulhijjah MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Wednesday, December 19, 2007

    Bulan Zulhijjah

    InsyaAllah, pada keesokan hari, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya AidilAdha pada tahun 1428 Hijrah. Eventhough ade negara yg sambutnye ari ni, tp x mengapalah. Kepada mereka yg terlibat dgn banjir, bersabarlah. Anggaplah ini dugaan Allah, kerana untuk masuk syurga, pelbagai dugaan perlu dihadapi. Harga untuk masuk syurga memerlukan banyak pengorbanan.

    http://www.mpsepang.gov.my/galeri/albums/userpics/10001/Korban_03~0.jpg

    Eh, xnak cakap pasal korban arini. Sebab, kalau korg pergi sembahyang raya, for sure khatib akan beri khutbah pasal sejarah Korban kan?

    Ok...today, we will talk about Zulhijjah. Zulhijjah? Ape yg spesel psl Zulhijjah?

    Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

    "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

    Ok...ape pulak amalan yg spatutnye kite perbanyakkan dlm bulan ni?

    a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28). In Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

    The image “http://nursyifa.hypermart.net/kumpulan_images/zikir.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

    b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

    c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

    d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat bertentanglah jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

    e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

    Sumber: Zaharuddin.net

    posted by Jpah @ 12:02 PM   1 comments

    1 Comments:

    At 5:48 PM, Anonymous shirt stitching factory said...

    Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. pakistani suits wholesale , wholesale salwar kameez catalogue with price ,

     

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • opinions ttg couple [or rather, against it] : a co...
    • Boycott Israel Campaign
    • Mutiara Kata Ibnu Qayyum
    • Malaysian Youth Search
    • Perihal Iklan
    • Kejatuhan Khilafah 1924
    • Detik Kematian
    • the clever king
    • Forum MUSCOM
    • should we laugh?

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter