MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Last Day of Bakti Kenyalang MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Sunday, December 09, 2007

    Last Day of Bakti Kenyalang

    Sori sumer....terlupe plak nak post pasal last day of Bakti Kenyalang...Mesti anda tertanya-tanya kan...ok..ni laporannya...

    Pada hari terakhir Bakti Kenyalang, Program pada haritu adalah sukaneka. Program di bawah kelolaan Hisyam dan Ajah ni meriah sekali. Ramai bebudak kampung turun menyertai. Antara games yg menarik adalah tiup tepung, baling belon dan sebagainya. Para peserta turut menyertai dan mulalah timbul sifat kebudak-budakan dalam diri peserta yg dah tue sbnarnya. Namun, hal ini amat menarik untuk ditonton, sebab mencuit hati dan perasaan.


    Selepas Sukaneka, acara yg melibatkan org dewasa plak. Bagi lelaki, pertandingan bola sepak dengan kain pelikat ataupun name khasnya, Sarong Soccer berlangsung, diiringi commentator harapan, Norman. Pertandingan yg sengit ini berkesudahan dengan kemenangan penduduk kampung kepada kolej sebanyak 3-2. Bagi Wanita, pertandingan menggubah menggunakan kain batik berlangsung. Banyakla gubahan yg pelik2 timbul. Tapi, ini jelas menunjukkan kreativiti penduduk kampung. Tahniah kepada pemenang!

    Di kala ada sesetengah peserta girang bermain dalam sukaneka, kelihatan sebahagian lagi peserta yang bertungkus-lumus di dapur sekolah. Mereka ni antara orang yang terpilih untuk membantu Azri, Alia dan Yahya untuk kenduri rakyat. Banyak juge yg mereka tolong, sekaligus meringankan beban penduduk kampung. Tahniah kepada committee kenduri. Diulang, tahniah kepada committee kenduri. ^.^




    Dah persiapan kenduri, majlis closing plak berlangsung. Majlis yg diuruskan Anas dan Ainol ni sedikit kalut apabila bekalan electric fluctuate. Kejap ade, kejap xde. Selesai tayangan video, ucapan dari beberapa pihak. Di kala inilah electric menggila, kejap ade, kejap xde. Jenuh Dr Ikmal tukar2 mikrofon n hailer. Kesian juge kami tgk, namun, apakan daya? Tahniah kepada tukang pacak pegang hailer. hehe. Kemudian, majlis penyerahan semula anak-anak kepada kolej berlangsung dengan sayu sekali sebab ade keluarga yg berat nak lepaskan anak-anak angkat diorg.

    Selesai closing, kenduri berlangsung. Masakan yg dihidangkan amat sedap bercitarasakan kampung. Antara makanan eksotik adalah Ikan Buntal dan Umai. Ape2 pun, para peserta yg kelaparan telah membaham makanan tanpa belas kasihan.

    Selesai kenduri, bermakna selesailah aktiviti di Kg Spaoh. Peserta bergegas pulang untuk mengemas barang dan menghabiskan waktu2 terakhir di rumah keluarga angkat. Sekembali di sekolah rendah lewat petang itu untuk menaiki bas, sesi tangis menangis bermula kerana setelah 5hari bersama, memang susah nak berpisah. tapi nak buat camne kan.... Bertolak agak lewat dari dijadualkan (sebab tak nak lepas family angkat), peserta bergerak ke PSPN negeri Sarawak untuk bermalam sebelum pulang esok. Jumaat 7disember, peserta menghabiskan masa di Kuching Bandar Meow Meow untuk shopping souvenir etc.
    Akhirnya petang itu, flight 1st bertolak jam 6.05pm (delayed from 5.35). Tahniah kepada 1st flight sbb xyah melepak di airport Kuching lame2. hehe.

    And this ends the 7-day journey of Bakti Kenyalang07.

    posted by muscom @ 6:13 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Muhasabah Bakti Kenyalang
    • Bakti Kenyalang Closing Video
    • Bakti Kenyalang Day 4
    • Bakti Kenyalang Day 3
    • Bakti Kenyalang Day 2
    • Bakti Kenyalang Day 1
    • Ralat!!!
    • Bahang Bakti Kenyalang
    • A Cure for Sins
    • Death

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter