Bakti Kenyalang Day 2
Alhamdulillah, walaupun amat letih kerana sampai lewat malam semalam, para peserta masih bersemangat dan mampu untuk bangun awal pagi bagi menunaikan bakti kepada rakyat Sarawak. Masing-masing amat gembira bersama keluarga angkat masing2....maklum jelah, makan sume sedap2 dan layanan pun amat mesra.
Hari kedua. Seawal pukul 7.30 pagi, kelihatan sudah ramai peserta, terutamanya committee opening yg diketuai Anas dan Ainol sudah gundah gulana di hadapan dewan sekolah rendah. Bukannye sebab ada masalah, cume perfection tu yg nak dicapai. Majlis bermula apabila YB En Robert Lawson Chuat Ak. Vincent sampai bersama isterinya.
Setelah memberi ucapan, majlis diteruskan dengan ucapan GDW dan penyerahan kepada keluarga angkat. Walaupun terdapat sedikit kekecohan apabila ada anak angkat yg gagal mengecam keluarga angkat mereka, namun, ini semua dapat diatasi dengan jayanya oleh pihak penganjur. Masa berlalu dengan agak pantas. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Masa untuk English class yg diketuai oleh saudara Firdaus dan Saudari Salbiah. Program ni berlangsung serentak di sekolah menengah dan sekolah rendah Spaoh. Sambutan dari pihak pelajar amat menggalakkan. Mereka lengkap berpakaian sekolah hadir dan diajar dengan riangnya oleh tutor2 yg happy dan best! Selepas penat belajar dan mengajar, semua pihak dijamu dengan mihun dan ayam goreng di dewan makan sekolah.
Solat Maghrib berjemaah di Masjid Kg Baru. Selepas solat Maghrib, tazkirah oleh wakil JAKIM dgn tajuk 'Ukhuwah tidak mengenal batasan Geografi.' Tajuk yg amat bermakna bukan? Ada di kalangan peserta yg terlalu khusyu' mendengar sehingga menjatuhkan muka ke lantai. Sekali lagi, refreshment disediakan selepas ceramah.
Selesai solat Isya', para peserta bersama pelajar2 sekolah SMK Spaoh bergerak ke Sekolah menengah untuk aktiviti seterusnya, iaitu persembahan video. Dijadualkan bermula pada pukul 8.15 malam, tetapi disebabkan hujan lebat yg Allah turunkan, Majlis tertangguh sehingga jam 9 malam. Pihak pengurusan program, Huzaifah dan Aminah berasa amat terharu apabila para pelajar sanggup meredah hujan yg lebat untuk hadir ke majlis berkenaan. Video berkenaan kehidupan di luar negara begitu menarik minat pelajar2 sekolah ini. Dihostkan oleh Pok Chek, memang gamat keadaan di dewan itu.
Setelah video abis ditayangkan, sesi reflection oleh penonton berlangsung. Ada antara pelajar sekolah yg terkesima sehingga x dapat nak berkata apa2. Namun, keseluruhannya, program berjalan lancar. Diharap video ni dapat menaikkan semangat adik-adik kite untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga tahap tertinggi yg mampu dicapai. Penat menonton, para peserta dijamu pula dengan Maggi Goreng dan Ayam Goreng (Makan Lagi??)
Esok lebih banyak aktiviti akan dijalankan. Nantikan update dari krew kami, melaporkan dati Betong, Sarawak.
2 Comments:
comelnye ustazz =)
huzaifah, nanti balik dr sna sila share pengisian2 msa kat sana eh..klau boleh masukkn video skali..=)
Post a Comment
<< Home