MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Bakti Kenyalang Day 4 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Saturday, December 08, 2007

    Bakti Kenyalang Day 4

    Para peserta keletihan....Maklumlah, jadual aktiviti yg amat fixed dan ketat. Terasa begitu malas nak menyertai aktiviti2 yg ditetapkan. Namun, disebabkan masing2 mempunyai azam yg kuat untuk berbakti kepada masyarakat di sini, para peserta tetap menggagahkan diri melangkah ke tempat events berlangsung.

    Awal pukul 8 pagi, para peserta mula berkumpul di dewan SMK Spaoh untuk aktiviti seterusnya, iaitu bengkel kerjaya dan motivasi bersama pelajar2 SMK Spaoh yang diuruskan oleh saudara Za'im dan Afiqah. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Afiq. Kemudian, tayangan video berkenaan kehidupan pelajar cemerlang di kolej. Selepas itu, forum oleh Saudara Yahya, Saudari Fatimah dan Saudari Amirah berkenaan erti kejayaan. Situasi semakin gamat apabila ada pelajar yg bertanya kepada salah seorang ahli panel berkenaan 'emosi'. Huhuhu...selepas selesai forum, program diteruskan dengan Latihan Dalam Kumpulan di mana para pelajar boleh bertanya pengalaman para pelajar kolej, seterusnya dapat meningkatkan motivasi diorg untuk terus berusaha.

    Masa yang ditunggu-tunggu oleh peserta apabila tibalah masa untuk Lawatan ke Rumah Panjang yang dikelolakan oleh Saudara Afiq dan Saudari Amalina dari Semenanjung. Memang mendebarkan kerana rata-rata inilah pengalaman pertama para peserta ke rumah panjang. Sampainya kami di rumah panjang, kami disambut dengan ceria sekali. Setelah ucapan beberapa orang penting, kami disajikan dengan skit refreshments berupa air kotak dan Apollo kek lapis.


    Pada malam hari, keadaan hujan lebat berlaku. Namun, ini x mematahkan semangat peserta untuk datang awal ke Dewan Serbaguna Kg Spaoh untuk membuat persiapan bagi Malam Kebudayaan yg diuruskan oleh saudara Khairul dan Saudari Nadia. Sambutan dari org kampung amat menggalakkan. Memang penuh dewan dengan kehadiran penduduk kampung. Peserta mempersembahkan persembahan Nasyid, Sajak, Pentomin dan Dikir Barat, manakala penduduk kampung mempersembahkan tandak, tarian dan sajak juge. Overall, ok la....

    Setelah keletihan membuat persembahan, para peserta pulang ke rumah keluarga angkat memasing pada jam 11 malam.

    posted by Jpah @ 3:08 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Bakti Kenyalang Day 3
    • Bakti Kenyalang Day 2
    • Bakti Kenyalang Day 1
    • Ralat!!!
    • Bahang Bakti Kenyalang
    • A Cure for Sins
    • Death
    • the fence
    • The Tongue
    • Doaku PadaMu

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter