MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: November 2007 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, November 29, 2007

    A Cure for Sins

    One day our khalifah, Ali ibn Abu Talib, upon him be peace, was passing through the streets of Basra when he saw a large circle of men around a dignified hakim (a doctor), sitting on a chair, dispensing cures for the ills of the people who had gathered around him.

    The Imam approached him and asked, "What is your cure for sin, because people have despaired of finding that cure?"

    The young hakim looked down at the ground without an answer but Imam Ali asked a second time, and then a third time.

    The hakim lifted his head and said, "May Allah bless you. Do you know of the cure for sins?"

    The Imam said, "Yes. Here it is ..."

    "Go to the Garden of Iman and extract from it...

    the roots of intention,

    the grains of repentance,

    the leaves of reflection,

    the seed of cautiousness,

    the fruit of understanding,

    the branches of certainty,

    the kernels of sincerity,

    the bark of diligence,

    the roots of trustful dependence,

    the calyx* of taking heed,

    the stem of returning,

    and the nectar of humility.

    Take all these remedies with a knowledgeable heart and fingers of confirmation and palm of success.

    Then put them all in a bowl of realization and wash them all with the waters of tears.

    Next place them in the pot of hope and set it on the fire of yearning until you see the cream of wisdom float up.

    Then pour the contents onto plates of contentment, and cool them with the fan of seeking forgiveness.

    There you will have a perfect drink as a perfect gift from Allah, glory be to Him, which will remove all your sins."

    (* outer protective leaves of flowers)

    posted by Jpah @ 6:47 AM   88 comments

    Wednesday, November 28, 2007

    Death

    Kematian. Maybe ramai yang x expect bahawa dia mungkin akan mati esok, or mungkin lebih cepat dari tu. Kenapa? Padahal kita sume tahu yang kematian boleh datang biler2 mase. Ada banyak kes yang melibatkan kematian mengejut individu yang sebelum ni xde tanda-tanda sakit pun.

    Ana ada menonton satu video mengenai seorang pemain bola yang x terkenal kut.
    Sewaktu still dalam permainan, beliau dilayangkan kad kuning. Dalam keletihan, tetibe je, pemain bola ni rebah. Kawan-kawan beliau bergegas mendapatkan beliau, dan cube untuk menyedarkan beliau. Namun, pemain bola tersebut dah pun x bernyawa. Badan beliau dah lembik dan x bergerak. Perkara ini memang menakutkan. Bayangkan, sebelum ni xde sakit ape2 pun, tetibe je meninggal dunia. Ini bukti bahawa kematian boleh datang bile2 mase je.

    http://www.our150th.co.uk/Content/Upload/Image/football%20medium.jpg

    Di sini, ana nak bawak saudara2 sekalian untuk berfikir sekejap. Bayangkan jika kita akan mati esok. Ataupun kite akan mati dalam 5 minit lagi. Kalau kite tahu ajal akan sampai, nescaya kita xkan buang masa, mesti kite akan menyiapkan diri untuk bertemu Allah. Of course kite xkan ade mase nak main game, tengok video, dan macam2 lagi sebab kite dah tahu bile kite akan mati.

    Tapi, in reality, kite x kan tahu bile kite akan mati. Harap anda sedar. Bayangkan, ketika kite sedang leka tengok TV, Allah cabut nyawa kita. Even worse, rancangan yang kita tengok tu rancangan melalaikan dan menayangkan aurat. Adakah kita sempat untuk mengingati Allah jika kematian kita tetibe datang sebegitu?

    Diharap, penulisan pendek ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan anda kepentingan kita mengingati Allah setiap masa. Saper tahu, bile ajal kite akan datang? So, sentiasa ingati Allah. Ingat, orang mude yang bodoh ialah orang muda yang menyangka mati itu hanya untuk orang tua.

    posted by Jpah @ 6:50 AM   0 comments

    Tuesday, November 27, 2007

    the fence


    The was once a girl who had a very bad temper. Her mother gave her a bag of nails and told her that every time she loses her temper, she must hammer a nail into the back of the fence.


    The first day the girl had driven 37 nails into the fence.


    Over the next few weeks, as she learned to control her anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down.




    She discovered it was easier to hold her temper than to drive those nails into the fence.


    Finally the day came when the girl didn't lose her temper at all. She told her mother about it and the mother suggested that she now pull out one nail for each day she was able to hold her temper. The days passed and the young girl was finally able to tell her mother that all the nails were gone.


    The mother took her daughter by the hand and led her to the fence.


    She said, "You have done well, my daughter, but look at the holes in the fence.


    The fence will never be the same.


    When you say thing in anger, they leave a scar just like this one.


    You can put a knife in a person and draw it out. It won't matter how many times you say "I'm sorry", the wound is still there."

    posted by muscom @ 11:14 PM   0 comments

    The Tongue

    Luqman, who was a wise man, served an officer when he was a young boy.

    One day, his master said: “Slaughter one of the sheep and roast the best part of its meat for me.”

    Luqman obeyed his order and roasted the tongue of the sheep for his master.

    The next day, the master called Luqman and said: “Roast the worst part of a sheep today.”

    Luqman again roasted the tongue of the sheep for his master.

    When the officer sat down to eat, he was startled to see the roasted tongue again. He felt curious and wanted to know the reason.

    Luqman said: “If a tongue is truthful and honest, then it is the best part of the body. but when a tongue tells lies and utters dishonest words, then it is the worst part of the body.”

    posted by Jpah @ 9:49 PM   0 comments

    Monday, November 26, 2007

    Doaku PadaMu

    Ya ALLAH.......

    Ya Allah,

    Pimpinlah diri ini mencari CINTA SEJATI.....

    Pimpinlah diri ini mencari keredhaanMu....

    Pimpinlah diri ini mencari kebahagiaan abadi......

    Kerana Engkau Tuhan Yang Maha Kuasa.

    Ya Allah,

    Jadikanlah aku HAMBA YANG SOLEHAH.....

    Jadikanlah aku hamba yang BERJAYA DI DUNIA.....

    Jadikanlah aku hamba yang BERJAYA DI AKHIRAT....

    Jadikanlah aku ABID di malam hari.....

    Jadikanlah aku MUJAHIDAH di siang hari....

    Ya Allah,

    Kurniakanlah aku hati yang khusyuk....

    Kurniakanlah aku hati yang sentiasa mengingatiMu.....

    Kurniakanlah aku hati yang MENCINTAIMU semata-mata.....

    Kurniakanlah aku hati yang suci dari dosa noda hitam.....

    Ya Allah,

    Hiasilah aku dengan AKHLAK TERPUJI.....

    Hiasilah aku dengan mata yang menghayati alam ciptaanMu....

    Hiasilah aku dengan lidah yang sentiasa berzikir mengingatiMu....

    Ya Allah,

    Jauhilah aku dari fitnah dunia....

    Jauhilah aku dari sifat tercela.....

    Jauhilah aku dari menjadi hambaMu yang rugi.....

    Ya Allah,

    Engkaulah Tuhan Yang Maha Kuasa....

    Ku serahkan diri ini untukMu....

    Ihdinassirotolmustaqim.....

    Ameen....Ameen....Ameen....

    Sumber: AnaMuslimah

    posted by Jpah @ 1:44 PM   0 comments

    Sunday, November 25, 2007

    Pantun Untuk Muslimah (Part 2)

    Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
    Jangan terlebih bila berdandan,
    Minyak wangi cuba elakkan,
    Bedak dan gincu sekadar keperluan.

    Kasut tinggi cuba jauhi,
    Kerana ia melahirkan bunyi,
    Boleh menarik perhatian lelaki,
    Perbuatan ini dibenci Ilahi.

    Apatah lagi menghentakkan kaki,
    Menarik perhatian orang laki-laki,
    Melenggok punggung menggoda hati,
    Ustaz melihat pun separuh mati.

    Buat apa nak tayang jambul,
    Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
    Mahkota disimpan tak jadi bisol,
    Memakai tudung Islam tersimbol.

    Selokaku ini bukanlah jahat,
    Cuma saja mahu peringat,
    Kepada semua para sahabat,
    Terutama sekali rakan sejawat.

    Kalau nak ikut nasihat ini,
    Jangan bertangguh ubahlah diri,
    Benda yang baik tak payah diuji,
    Akan terserlah akhlak terpuji.

    Kepada semua kawan lelaki,
    Jangan tergelak wanita diperli,
    Keluarga kita tak terkecuali,
    Terutama sekali anak dan bini.

    Sudahkah kita tanamkan iman,
    Menutup aurat sepanjang badan,
    Ke sana sini dilindungi Tuhan,
    Keluarga menjadi contoh teladan.

    Setakat ini seloka kami,
    Harap dapat menghibur hati,
    Yang baik bolehlah anda ikuti,
    Kalau boleh besok mulai.

    “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

    posted by Jpah @ 6:47 AM   0 comments

    Saturday, November 24, 2007

    Internet Connection

    Minta maaf kepada semua pembaca setia MUSCOM blogspot...

    Disebabkan beberapa masalah connection internet di KYUEM,

    kami pihak Syu'bah Multimedia (SYUMUL) tidak update blog ni selama beberapa hari...

    segala kesulitan amat dikesali...

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    posted by Jpah @ 9:01 PM   0 comments

    A Poigant Story (Final Part)

    1. Solat Jemaah

    Muhasabahlah diri kita, berapa ramai dalam kalangan kita yang betul-betul menjaga solat berjemaah. Kalau ya pun memang kita kaki jemaah solat, tetapi berapa ramai yang melihat solat jemaah sebagai kekuatan umat islam, berapa ramai yang setiap kali selepas solat jemaah sentiasa berdoa pada Allah s.w.t agar diberikan hidayah untuk menyempurnakan lagi solat berjemaah pada masa akan datang, berapa ramai pula yang benar-benar menyahut seruan peringatan imam setiap kali bermula solat untuk merapatkan saf dan banyak lagi persoalan yang perlu kita selesaikan!

    Narrated by Abu Huraira : Allah's Apostle said, "By Him in Whose Hand my soul is I was about to order for collecting fire-wood (fuel) and then order someone to pronounce the Adhan for the prayer and then order someone to lead the prayer then I would go behind and burn the houses of men who did not present themselves for the (compulsory congregational) prayer. By Him, in Whose Hands my soul is, if anyone of them had known that he would get a bone covered with good meat or two (small) pieces of meat present in between two ribs, he would have turned up for the 'Isha prayer”

    Lihatlah betapa pentingnya dan asasnya solat berjemaah ini. Namun mengapakah hatta kendatipun kita di Malaysia yang masjidnya sebuah tertegak hampir setiap 10 kilometer, jemaah tiang-tiang masjid adalah lebih banyak daripada jemaah Muslimin dan Muslimat dalam kalangan manusia yang dikatakan Muslim beriman.

    Renungkanlah artikel SS. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis dalam majalah I keluaran Oktober 2007 yang bertajuk, "Masjid Kita Kaku dan Tidak Mesra Pelanggan". Begitu banyak komentar menarik daripada Dr Mohd Asri yang boleh kita ambil pelajaran dan pengajaran. Insya-Allah akan disentuh lebih lanjut di masa mendatang.

    http://www.wisegorilla.com/images/islamic/0-Islam%20Symbol.jpg

    2. Dakwah Islam, UK VS Survanabhumi

    Soalan cepu emas, berapa ramai yang pernah melalui situasi seperti yang dilalui oleh Ibnu Akhbar Ali di masjid negara kita, Survanabhumi Malaysia? Penulis secara jujur belum pernah berdepan dan mempunyai pengalaman seperti Ibnu Akhbar Ali sepanjang hampir 20 tahun di dunia ini apatah lagi di negara kita,Malaysia. Arakian, tidak kiralah siapa kita; pelajar muslim Kolej Lembah Beringin yang sentiasa skor Further Maths tak pernah kurang dari 90% ka, seorang hartawan Muslim yang hartanya melimpah ruah rezeki dari Allah di Bukit Antarabangsa ka, guru Muslim Add Maths di SBP terkemuka ka, pembaca muslim blog ini yang setia ka,politikus muslim berkuasa amanah Allah di pundak tertinggi ka, hatta mak cik pak cik tukang sapu Muslim pun; sama-samalah kita berfikir,

    Meskipun sudah 50 tahun kita bebas dari jarahan penjajah; berapa ramai dari kawan-kawan sekerja, sesekolah mahupun sekomuniti kita yang memeluk agama Islam?

    Kita sebagai muslim sendiripun kelihatan tiada usaha untuk berdakwah walaupun tidak pernah lekang di mulut bacaan Surah Al-Asr ayat tiga setiap kali mengakhiri perjumpaan. Sayang, kita kurang memahami dan menghayati apa yang ayat berkenaan cuba bawakan. Nauzubillah! Dakwah ya akhi, dakwah! Sama-samalah kita berubah,Insya-Allah!

    Lagi satu, usahlah kita mendabik dada mahu meliberalkan Islam yang sudah sempurna sejak lama dahulu oleh Nabi s.a.w. Sedangkan mat-mat saleh yang kononnya liberal pemikirannya, rasionalnya kononnya bertempat, lebih maju dan adil (sehingga kita gunakan alasan mereka untuk menopang pendirian kita) pun sudah tunduk rendah diri mengakui kebenaran Islam; apatah lagi kita sebagai orang Islam tegar berdegil asyik mempertikaikan Islam itu sendiri? Di masa masyarakat mereka yang runtuh akhlaknya kini kian diselamatkan oleh Islam, apa betul tindakan kita untuk menilai Islam mengikut neraca akal hawa nafsu melulu kita sendiri? Nauzubillah!

    3. Kebajikan dan pemurahnya kita

    Setiap minggu Muslimin insyaAllah paling busuk pun seminggu sekali ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, namun adakah Jumaat kita berseri dengan amalan-amalan indah? Bersedekah sebagai contoh. Lupakah kita atau tidakkah pernah kita belek AL-Quran dan menjumpai janji Allah s.w.t ini?

    002.261 The parable of those who spend their substance in the way of Allah is that of a grain of corn: it groweth seven ears, and each ear Hath a hundred grains. Allah giveth manifold increase to whom He pleaseth: And Allah careth for all and He knoweth all things.

    Akhirnya, sedarlah kita; kini renaissance Islam sedang giat berkembang di negara-negara yang dahulu asing dari nur Islam, bahagian dunia Allah yang tidak mendapat kebenaran rasmi di televisyen untuk menyiarkan azan, kawasan-kawasan yang mana Muslimnya perlu berkorban jiwa raga semata-mata untuk mempertahankan sehelai hijab, sisi penduduk bumi yang dahulu dalam kegelapan nafsu kelompangan moral akhirnya kini menerima hidayah Allah; semakin hari semakin meraksasa.Dalam situasi ini, marilah kita berfikir sejenak, di mana kita dalam pecahan sumbangan kedaulatan Islam, setelah 50 tahun merdeka?

    Allah knows the best.

    p.s :setia menunggu khabar berita Ibnu Akhbar Ali lagi.

    oleh :Eye-Why

    *Akhi bermaksud saudaraku bagi lelaki.

    posted by Jpah @ 8:52 PM   0 comments

    Thursday, November 22, 2007

    Pantun Untuk Muslimah (Part 1)


    http://www.wacom-asia.com/community/submission/images/3/234.jpeg

    Tutup aurat satu tuntutan,

    Dalam keluarga wajib tekankan,
    Kalau tak ikut gunalah rotan,
    Demi melaksanakan perintah Tuhan.

    Aurat ditutup mestilah lengkap,
    Tudung litup termasuk skap,
    Mini telekong pun orang cakap,
    Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

    Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
    Lebih elok jubah mengurung,
    Kaki pula mesti bersarung,
    Ditumit kaki syaitan bertarung.

    Kalau wanita menutup aurat,
    Orang jahat tak berani ngorat,
    Bahkan boleh menjadi ubat,
    Orang memandang boleh bertaubat.

    Pakaian moden memanglah hebat,
    Harganya mahal walaupun ketat,
    Walaupun cantik tetapi singkat,
    Orang memakai pun nampak pusat.

    Berseluar ketat bajupun ketat,
    Jarangnya pulak boleh dilihat,
    Orang yang memakai terus dilaknat,
    Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

    Apa yang aneh bila dipandang,
    Lengan pendek tapi bertudung,
    Nampak seperti orang yang kudung,
    Mata terpandang kaki tersandung

    Lagilah aneh bila di fikir,
    Baju kebaya tudung berukir,
    Nampak dada iman terjungkir,
    Kain terbelah peha terukir.

    Bila ditanya kenapa begitu,
    Dia kata fesyennya dah macam tu,
    Di dalam hati niat tertentu,
    Menggoda jantan sudahlah tentu.

    Menutup aurat boleh berfesyen,
    Tetapi jangan menunjuk eksyen,
    Sesuaikan diri ikut profesyen,
    Kalau dilaknat tak guna sesen.

    posted by Jpah @ 11:43 AM   1 comments

    Wednesday, November 21, 2007

    Adab Minum Rasulllah S.A.W

    Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
    (Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

    http://www.healthline.com/blogs/diet_nutrition/uploaded_images/soft-drink-778990.jpg

    ADAB MINUM

    Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

    Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

    1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
    2. Mencuci perut
    3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
    4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
    5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

    Minuman Manis dan Sejuk


    Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis
    minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

    Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

    Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku
    dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

    Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

    Ringkasan adab minum

    1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
    2. Bacalah " Bismillah"
    3. Minum dengan tiga nafas
    4. Minum dalam keadaan duduk
    5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
    pernafasan ketempat lain.
    6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
    Alhamdullilah
    7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
    berdiri
    8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis
    menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
    9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun
    setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

    **FROM: MADZLAN (UPDP), Pusat Portal Islam UUM

    posted by Jpah @ 7:48 AM   0 comments

    Allah itu adil kan?


    Allah tu maha Adil kan? Apa maksud Adil ye agaknya? Orang suka define adil itu sebagai sama rata, equal..jadi, kalo adil tu sama rata, maksudnya dekat court for each case takkan ade yang kena hukum dan takde orang yang haknye ditegakkan. Sebab sama rata kan? So, takde orang yang menang dan takde yang kalah. Kalau macam tu, tak perlulah pertandingan apa2 pun, sebab sorang menang semua pun kena dapat hadiah, kalau ade yang kalah semua tak boleh dapat hadiah..macam tu ke adil? Dalam examination, semua pun dapat hadiah sebab semua orang dapat markah yang sama.. kat dalam kelas Islamic Studies, ustaz kate dekat negara komunis harta kita adalah harta negara. Setiap hasil yang kita perolehi kena bagi dekat kerajaan supaya mereka boleh bahagikan sama rata terhadap setiap rakyatnya. Cuba kita fikir apa implikasinya? Mestilah tak adil, sebab kalo ade orang ni kerja kuat, kerja tinggi..tapi at last dia akan dapat sama dengan apa seorang yang tak bekerja langsung dapat. Kalau macam tu tak perlulah kerja rajin2 or belajar tinggi2 sebab dasar equality harus diwujudkan. Jadi bagaimana tu?

    Itu semua definisi duniawi..tapi dalam hukum Allah yang maha Adil dan saksama, segala-galanya adalah perfect. Dalam Asmaul Husna ade kalimah ‘Al-Adil’ dan direct translationnye ialah adil. Beberapa hari yang lalu, saya baru tahu yang Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, opposite kepada zalim la ni. Jika sekiranya kita gunakan maksud sama rata tadi, kenapa dalam hidup ni ade orang kaya and ade orang miskin? Kenape ade orang berpelajaran tinggi dan ade yang tidak? Rupa-rupanya, Allah tu memang Maha Bijaksana dan dia telah meletakkan everything pada tempatnya. Mari kita lihat beberapa contoh..if kita pergi bandar2 besar, kat tepi jalan tu kita nampak ade makcik or kadang2 nenek yang tengah sapu sampah, jage dekat depan pintu toilet ataupun tengah mop lantai. Secara jujurnya, apa impression kite kepada mereka? Kesian, simpati or kadang2 tu tak pernah perasan pun? Ade orang tu pandang sebelah mata je kat diorang..takde significant langsung ke golongan macam nie? Kan Allah tu maha Adil, setiap makhluk tu ade maksudnya, especially manusia yang dicipta untuk jadi Khalifah bumi. Kalau makcik2 tadi takde, macam mane Malaysia nak dapat title negara bersih? Kalau diorang takde, mesti kite nak buang air pun takde tempat sebab toilet kotor sangat. Bagi saye, makcik2 yang berhati mulia ni sebenarnya membantu kite, terlepas dari tanggungjawab utama kita sebagai khalifah bumi. Cube check balik checklist komposisi iman kita, kebersihan adalah salah satu daripadanya..dan makcik2 tadi dah membantu kite dari segi kebersihan Bandar..betul tak? Terima kasih makcik!!! Kalau pikir balik, mampukah kita yang dikurniakan rezeki untuk belajar ni buat apa yang mereka buat? Belum tentu lagi..

    Saya ada sebuah kisah yang boleh diambil pengajaran. Ade sepasang suami isteri yang dikurniakan anak yang sangat ramai dan Alhamdulillah, hampir kesemuanya bijak-bijak belake. Belajar sampai ke luar negara, balik Malaysia kerja best-best, gaji besar dan rumah pun banglo2 semuanya. Dan rezeki pasangan tadi memang mudah, anak-anak mereka semuanya menghormati orang tua. Tapi, salah seorang anaknya kurang bernasib baik dan dia tak seperti adik beradik yang lain. Ditakdirkan, pada suatu hari, si ayah ni nak meninggal dunia dan semasa di penghujung hayatnya (time nazak), ayahnya ingin tunaikan solat. Ape yang menyentuh perasaan saya ialah anaknya yang kurang bernasib baik tadilah yang mengambilkan wudhu’ untuk ayahnya dan mengimamkan ayahnya untuk kali terakhir. Si anak itu tak berpelajaran tinggi atau pun belajar oversea..tapi ape yang dilakukan semasa penghujung hayat bapanya amatlah menyentuh hati.


    Kesimpulannya, bersyukurlah kite atas kurniaan Allah..selame 17 tahun hidup tak terkira nikmatnya yang Allah kurniakan. Bersyukur dengan nikmat Islam, Iman dan taqwa.. bersyukur dengan nikmat scholarship kite, bersyukur dengan education yang kite dapat…tapi dengan nikmat ni jgn kita gunakan untuk memandang rendah orang yang tak macam kite..sebab dalam kelebihan kita, banyak lagi kelemahan yang tersembunyi dan mungkin dalam diri mereka hanya satu itulah kesusahan mereka tapi banyak lagi kelebihannya yang kita tak nampak. Saya pernah terfikir yang Allah ni boleh tarik nikmat kita bila2 je…jadi sentiasalah bersyukur dengan keAdilan Allah.

    posted by muscom @ 7:03 AM   0 comments

    Tuesday, November 20, 2007

    A Poigant Story (PART 1)

    Telefon bimbitku, Ibnu Akhbar Ali mendecitkan deringan.Berhambur baur kejutan dan kegembiraan,pelajar-blok-4-Accounting-Abu-Ayas ini pun berasa. Lantas,penantian terus dihentikan. Bermulalah suatu dialog yang mengasyikkan. Ukhwah ya akhi*, menjalin hubungan, atas nama Tuhan. Yang di London, Ibnu Akhbar Ali itu terasa dekat di sini. Internet dijadikan telefon percuma, meskipun ingatan memori terhadap konsep panjang gelombang yang memenuhi kepala pelajar-blok-4-Accounting-Abu-Ayas itu belum pun terluput. Apa tidaknya, esoknya Physic bersturktur perlu diragut. Maka, ditanyalah khabar ya akhi akan kedua-duanya, Ibnu Akhbar Ali kepada pelajar-blok-4-Accounting-Abu-Ayas; dan begitulah sebaliknya. Selesai itu, maka mengarutlah sebentar kedua-duanya akan perihal seorang yang baru menerima "mata-kuali" berfrekuensi sepuluh negatif enam dari kekasih sejatinya. Alangkah gembiranya. Moga tautan dijaga mengikut syariat, agar hidup dua merpati sejoli ini berkat, tidak dilaknat bahkan dirahmat jua didoakan. Maka berlanjutanlah ceritera akan Ibnu Akhbar Ali kepada pelajar-blok-4-Accounting-Abu-Ayas berkenaan. Maka, bergetar hati pelajar-blok-4-Accounting-Abu-Ayas mendengar cerita Ibnu Akhbar Ali akan ceritera akhinya itu. Getaran itu selari dengan betapa rendahnya martabat kekuatan ummah kita di negara Survanabhumi ini. Beginilah ceritera Ibnu Akhbar Ali setelah dimodenkan lebih kurang;


    http://www.sacred-destinations.com/england/images/london/central-mosque/nik_034.jpg

    "Dekat London nie memang sangat best, ada suatu pertubuhan komuniti Islam paling besar nie (tak ingat nama!); memang sangat aktif. Aku baru je pegi masjid paling besar i.e utama dekat London (The London Central Mosque kot) untuk solat (maghrib atau isyak). Memang kalo nak banding kat Malaysia solat jemaah memang tak leh lawan. Kat Malaysia sejemput-sejemput, tapi kat sini penuh Maghrib ngan Isyak macam Jumaat kat Malaysia! Aku memang rasa bersyukur sangat masa aku solat tu, I went through a new experience; meaningful indeed. Masa lepas solat tu, tok imam dia suruh tunggu sat kat masjid. Aku ingatkan ada apa la. Tapi rupa-rupanya, ada seorang warga lelaki UK nak revert to Islam i.e. nak embrace Islam depan kiteorg! So, this guy pun mengucap la;

    http://www.sacred-destinations.com/england/images/london/central-mosque/nik_036.jpg

    I bear witness that there is no God except Allah and I bear witness that Muhammad is the messenger of Allah

    Simultenously as he ended his syahadah, the whole masjid was echoed with takbir!

    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

    AKAN BERSAMBUNG...

    posted by Jpah @ 9:06 PM   0 comments

    anda golongan mana?

    Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
    X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
    Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
    Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…

    Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
    X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
    Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
    Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

    Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
    X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
    Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
    Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…

    Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
    X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
    Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti..
    Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

    Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
    X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
    Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
    Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

    Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
    X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
    Y : Ala… stakat salam tu takpe lah..
    Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la..

    Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z??tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa..rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya.
    Jadilah manusia LUAR BIASA..kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

    credits to iumelaka

    posted by muscom @ 7:23 AM   0 comments

    rindu seorang hamba


    Dia yang kucari sepanjang masa
    Rindu tak terkata aku padaNya
    Walaupun zahirnya takkan terbayang di mata
    Tetap kuyakini Dia ada bersama

    Aku merayu sepenuh jiwa
    Bersimpuh dalam gelap gelita
    Mengharap selalu pandangan dariNya
    Sebelum terhenti nadi ini selamanya

    Penuh malu ku bersuara
    Merayu kesempurnaan rahmat dariNya
    Masih layakkah kuterima semuanya
    Sedang diri ini penuh dosa noda

    posted by muscom @ 7:03 AM   0 comments

    Monday, November 19, 2007

    Membantu Agama Allah

    Assalamualaikum wbt

    Rasenye ni first time ana tulis ape2 untuk blogspot, atas request from Syumul MUSCOM,
    Dengan kesempatan ini inginlah ana memohon maaf jika ana ade buat silap n salah….

    “why do you still do it…” terdengar ana perbualan beberapa orang manusia yang agak terkesan apabila usaha2 da’wah yang dicurahkan,program2 yang dirancang, article2 yang disebarkan, usrah ,tidak memberikan hasil seperti yang dirangkakan. Masih ramai orang yang membuka aurat,”bercouple”,ponteng class, ect

    http://www.sunna.info/souwar/data/media/19/quran5.jpg

    Sambil2 membaca alquran, alhamdulillah Allah sbt refreshkan kembali semangat dan keimanan dengan pelbagai kisah2 umat2 yang terdahulu,kisah2 da’wah rasullulah saw dan ayat2 yang yang menceritakan kehebatan Allah swt.

    10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

    11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

    SURAH AS SAFF

    Terlalu banyak janji yang Allah berikan kepada manusia mengenai orang yang menolong agama allah, yang penting sekali bagi setiap manusia ialah iman dan taqwa kepada Allah swt. Sejauh manakah kita yakin dengan janji2 allah swt,?

    Tidakkah kita melihat kisah nabi nuh yang sangat beriman kepada allah, apabila orang2 kafir mempersoalkan, menghina nabi nuh dan pengikut2 nya “why do you still do it…”, dengan keyakinan tinggi kepada janji allah sbt mereka tetap membina bahtera walaupun di tengah2 padang pasir yang keraing tanpa air sebagai mentaat perintah Allah,
    Tetapi golongan inilah yang Allah telah selamat di dunia dan akhirat. Allah telah memberi keselamatan dari banjir besar kepada orang2 yang yakin pada allah swt yang membantu agama Allah dan membinasakan orang yang kafir

    Kita sekarang ini sebenarnya sedang “membina bahtera” maka janganlah antum merasa lemah dan bersedih hati dalam menegakkan agama Allah swt,
    yakinlah wahai saudara2ku dengan janji2 Allah sbt, walau apapun yang berlaku, walaupun orang sedah menganggap umat islam sudah tidak dapat diselamatkan lagi, orang islam more into hiburan mementingan diri, umat Islam Palestine tidak akan sejahtera dibunuh setiap hari, umat islam tidah bersatu saling bertelagah, dan berbagai lagi masalah dan penyakit yang menimpa umat islam hari ini, tetapi selagi mana kita berusaha meninggikan kalimah allah, menegakkan agama allah, menjalankan usaha da’wah, berjihad di jalan Allah, selagi itulah kita akan digolongkan sebagai “Ansarallah”pembantu agama allah, sebagaimana para anbiya’,pengikut2 mereka, wali2 allah.Allah wbt tidak melihat pada kejayaan kita, tetap Allah swt lihat pada usaha yang kita curahkan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh.

    214. Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
    SURAH AL-BAQARAH

    Selaku umat yang terakhir, menjadi kewajipan bagi kita untuk meneruskan da’wah Rasulullah saw, dan membantu seluruh umat manusia.
    Kepada sahabat2, ikhwan2, karkun2 sama2lah kita berdoa kepada allah sbt agar diteguhkan hati dan digolongkan pada jalan yang lurus

    Wallahua’lam

    Akhukum fillah,
    Anas Mohd Pauzi

    posted by Jpah @ 8:39 AM   0 comments

    sopan itu cantik


    posted by muscom @ 6:20 AM   0 comments

    Sunday, November 18, 2007

    Penciptaan Alam (Final)

    Sambungan Dari Part 2

    Pandangan golongan Materialist mengenai Teori Big Bang

    Sudah dasar golongan tidak bergama, sudah pasti mereka akan terus dan ingin menegakkan Jarum yang sudah jelas basah dan kuyup. Terdapat 4 teori yang telahpun dikemukakan oleh ‘cendiakawan2’ mereka bagi menolak kesahihan Teori Big Bang dan seterusnya menolak kewujudan Allah yang Esa. Antara teori2 tersebut adalah :

    1. Steady State Hypothesis Theory
    2. The Oscillating Universe Model Theory
    3. The Quantum Model of Universe Theory
    4. The Imaginary Time Theory

    Insyaallah isu ini akan dikupas dengan lebih mendalam di bab2 yang akan datang. Namun yakinlah bahawa teori2 yang berdasarkan akal dan logik serta tidak bersumberkan ketuhanan pasti mempunyai banyak cacat celanya dan kadang2 tak masuk akal langsung… Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan teori2 ini, teruskan setia melayari website kyuemmuscom.blogspot.com.

    Disediakan oleh :

    Muhammad Afiq bin Kamaruddin

    Sumber Rujukan :

    1. Al-Quranul Karim (Tafsir Ibn-Kathir dan Yusuf Ali)

    2. Buku The Creation of Universe dan Keindahan Langit karya Harun Yahya.

    3. Buku The Last Three Minutes karya Paul Davies

    posted by Jpah @ 4:53 PM   0 comments

    Saturday, November 17, 2007

    nasihat Al-Bukhari : syukuri Islam

    "Berhati-hatilah kamu jangan sampai kamu lupa mensyukuri agama Islam, dan jangan sampai tertipu dengan sebab kamu sedang memeluk agama Islam dan makrifat, sedang mendapat taufik dan sedang mendapat pemeliharaan, sebab biarpun begitu, tidak pada tempatnya untuk merasa tenteram dan lengah, kerana segala sesuatu itu bagimu adalah terletak pada akhirnya (sama ada mati dalam khunsul khatimah atau suul khatimah)"

    [Imam al-Ghazali]


    Banyak sebenarnya yang boleh diextract dari pesan Imam Al-Ghazali ini, yang kita boleh relate to ownself. Sekadar berkongsi pendapat yg xseberapa...

    Islam itu satu nikmat daripada Allah, dan xsalah mungkin kalau dikatakan kurniaan iman dan Islam itu juga satu ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana kita mensyukurinya.

    Ada antara kita xsedar pun yang Islam itu satu kurniaan besar dari Allah : kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Sejak kecil, insyaallah kita memang dibesarkan dengan ajaran Islam. Bukan ke bayi itu macam kain putih. Kalau dari kecil memang dicorak towards Islamic lifestyle, insyaallah macam tu la corak hidup sampai besar. Tapi itu la..orang kate ape yang kite dapat dengan mudah, kita mudah jugak xhargai. Take for granted.

    Macam isu yang kita slalu dgr akhir2 ni. Di USA, tgh berlaku satu kebangkitan dalam conversion to Islam. Orang sane dah mule jumpe penawar utk jiwa yang kucar kacir tu. Ada sahabat sorang ni cakap, maybe itu hikmah sibuk2 pasal Islamophobia etc ni sbb sekarang Islam sibuk diperkatakan dan orang yang dulu xpernah kisah pasal Islam mule nak tau pasal Islam. Dan bile mule kenal, banyak la hati-hati yang terkejut dengan kontrasnya yang realiti dengan tuduhan media terhadap Islam. So, banyak la yang akhirnya jumpe nur.
    Betul jugak kot teori die ni...

    Tapi, kat sini...? Yang majoriti memang lahir dalam keluarga Islam. Yang memang formally belajar Islamic Studies kat skolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5. plus tertiary edu lg. Apa yang kite nampak, makin merisaukan. Baru je reda (on the surface jela) isu murtad. Isu moral pulak mmg xde gaya nak reda. With all the supposed catalyst utk increase kefahaman dan penghayatan terhadap Islam, the trend is still alarming.

    Tak menghargai nikmat Islam dan iman la tu kan?

    Kite mungkin rase kite xtergolong dalam golongan yang membimbangkan tu. Kite sembahyang alhamdulillah xtinggal. Puase penuh. Perkara sunat memang rajin buat. Tapi macam nasihat Imam Al-Ghazali, kite xboleh jugak nak rase "tenteram dan lengah".

    Rasanye...itu la yang paling merisaukan kan? Bile kite rase selesa dengan amalan kita. Kite rase..."Aku dah cukup baik dah. Aku lagi baik dari die tu. Aku xde buat2 salah ni." Sedangkan Rasulullah saw yang memang sempurna, memang dijanjikan syurga pun, setiap malam beribadat, seolah2 tidak pernah cukup amalan baginda. Itu kekasih Allah. Kite ni...

    Lagipun, bukan ke semakin kuat iman kite, makin besar jugak ujian Allah utk kite. Syaitan pun xpernah mc. Sekali kite lalai, dari elok2 menghambakan diri..jadi besar diri. Kalau kite lihat orang2 yang kite pernah kenal pn, mesti ada few yang dulu lain, sekarang lain kan. Kalau towards the better okay la, tapi kalau makin lain perangainya... Kite pun sedih tengok kan. Itu tauladan utk kite. Hari ni kite mungkin masih kekal di landasan, esok2 kite xtau. If we think of ourselves say...2years back...tyme tu kite jangka tak kite macam ni skrg? Mesti ade perkara2 yang kite sendiri pun xjangka happen to us. Konon dulu semangat nak jadi pilot, tp skrg buat architecture. Contohnye la. Itu semua diluar kuasa kita yang sekadar hamba ni kan.
    Itu la..yang penting pengakhirannya.

    So...nasihat Imam Al-Gahazali tu mmg betul. Kite kene la bersyukur dengan Islam dan iman kite. Through niat, lisan. perbuatan, kite syukuri la apa yang diberi ni. Xboleh la take for granted.Siapa kita hari ni xsemestinya sama dengan siapa kite esok so kene jageee elok2...Semoga khusnul khatimah milik kite semua.

    posted by muscom @ 3:31 PM   2 comments

    Suratan atau Kebetulan?

    Di kala saya menulis artikel ini, baru saje saye menutup buku A-level Biology, Endorsed by CIE. Chapter yg saya bace, seleksi dan evolusi. Dalam bab ini, apa yg menarik perhatian saya ialah dengan term Natural Selection ataupun diterjemahkan kepada Pemilihan Semulajadi.

    Apa sebenarnya Natural Selection ni? Natural Selection ni menyatakan yg evolusi berlaku akibat pemilihan trait2 yg terbaik dengan sendiri. Pada pendapat saya, perkataan dengan sendiri tu xleh la kiter sebagai umat Islam bersetuju, tetapi apa yg kite perlu percaya adalah setiap kejadian tu adalah dengan izin Allah.

    http://or.ucr.edu/images/pictures/centers/PlantCellBiology.jpg

    X payah la nak pergi jauh2 ke dalam ilmu biology ni. Meh kiter tgk dlm kehidupan seharian kiter. Sering kali kite menyebutkan perkataan kebetulan, ataupun coincidence ke ataupun yg sama waktu dengannya. Sedarkah kiter apa yg kiter katakan?

    Kebetulan, atau coincidence. Apa yg saya faham (betulkan kalau salah) perkataan kebetulan ni membawa maksud sesuatu perkara yg x dirancang oleh sesape dan terjadi dengan sendiri. Tapi hakikatnya, kiter pun tahu bahawa setiap perkara di dunia ni dirancang oleh Allah. So, sebenarnya, xde benda yg kebetulan dalam dunia ni.

    Kiter perlu sedar tentang perkara ni, sebab kiter sering perkatakan benda ni shari-hari, tanpa kiter sedar apa yg kiter perkatakan. Jadi, kalau kiter berjumpa dgn rakan kiter tanpa dirancang, instead of cakap "kebetulan jumpe ko," apa salahnya jika kite cakap "Ditakdirkan Allah aku berjumpe ko," kan ke lebih manis.

    Diharap perkara yg maybe kite anggap remeh ni, dapatlah kiter ubah dan perbaiki diri, agar menjadi Muslim yg lebih baik. Wallahualam.

    posted by Jpah @ 6:42 AM   0 comments

    Friday, November 16, 2007

    Ayah saya pernah pesan...

    Ayah saya pernah pesan, ‘hidup ni mesti sederhana’. Dia kate bile kite hidup dalam kesederhanaan barulah kita merasa nikmat hidup ni. Bile saya piker-pikir balik, memang betul pun. Hidup kalau semua benda kita dapat, mesti kite rase tak rasa bersyukur sangat kan?


    Cuba bayangkan ade anak orang kaye nie, nak PS dapat, nak kereta sport dapat, nak banglo sebijik dapat, nak handphone baru dapat…pagi ni mintak, malam tu jugak dapat. ape nak, sume parents diorang kasi. Bile nampak yang lagi best, lagi cantik, lagi moden, yang lame tu terus buang and tak pakai dah, padahal elok lagi. Bile hidup semua bende dapat, kita rase macam life ni sebenarnye takde pape. Setakat nak enjoy je..nak habiskan duit mak bapak. Tak pernah bersyukur pun dan tak pernah terlintas pun yang semua tu pemberian Allah.

    Tapi, kalau ade anak orang susah nie, tak semua benda yang die nak dapat. Kalau die mintak basikal satu sebab tak larat nak pergi sekolah hari2 jalan kaki, mesti ayah die kate ‘ takpelah.. jalan kaki kan boleh? Ayah tak cukup duit la..’ mungkin lepas beberapa bulan, ayah die belikan basikal second-hand. Mesti anak ni sangat gembira dan hargai sangat basikal tu walaupun dah buruk. Orang susah ni, kadang-kadang nak makan pun susah, bile mak masak masakan yang simple2 pun, semua orang gembira. Rase bersyukur sangat dengan kurniaan Allah.





    Kesimpulannya, tak semestinya kita kena hidup susah baru Allah sayang, cuma kita perlu belajar untuk bersederhana. Duit yang Allah kurniakan kan lebih elok diberi kepada orang susah yang lebih memerlukan. Tak payah takutlah kalau duit tu habis sebab kita kena yakin yang harta tu datang dari Allah dan Allah akan bagi berlipat-ganda lagi.


    Saya sangat yakin dengan parents saya, ‘the more we give, the more we get’. Lagi satu, kita kena blajar untuk hargai kurniaan Allah yang terlampau banyak. Sampai satu tahap dalam hidup kita yang kita dah tak kisah dengan dugaan Allah, hati kita akan sentiasa redha dengan segalanya..kita dah takde sebab or alasan untuk mengeluh. Dalam al-Quran ade kate sesimple kurniaan Allah itu adalah apabila kita duduk dan Allah kurniakan kekuatan kepada kita untuk bangun. Renung-renungkan lah...


    HDH

    posted by muscom @ 7:15 AM   0 comments

    Thursday, November 15, 2007

    Kejadian Alam Semesta (Part 2)

    SAMBUNGAN DARI PART 1

    Pada tahun 1922, ahli fizik Russia, Alexandra Friedman telah pun menemui sesuatu yang menakjubkan. Berdasarkan pegiraan melalui computer yg canggih abad itu, beliau mendapati bahawa alam semesta ini sebenarnya sedang ‘Berkembang’ dengan kadar yg tertentu. Sekaligus menolak pendapat golongan Materialist yg menyatakan alam semesta ini tidak bernyawa, tidak bergerak (static) dan tidak berkembang.

    Kajian demi kajian dilakukan. Akhirnya pada tahun 1929, Edwin Hubble berjaya membuktikan bahawa teori alam semesta itu berkembang (expand) adalah benar berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan warna bintang yang menunjukkan perubahan jarak antara bintang dari bumi. Beliau berpendapat bahawa andai masa itu diputar ke belakang, maka alam semesta ini hakikatnya akan mengecut dan mengecil sehingga mencapai satu tahap dimana seluruh alam semesta dan masa dikumpulkan di dalam satu titik yang tidak mempunyai isipadu (zero volume) Titik ini lebih dikenali dengan nama point of singularity. Hasil daripada letupan yang besar yang dilakukan oleh Kuasa yang Maha Hebat inilah yang menyebabkan sepihan2 letupan tersebut disusun dan diatur dengan cantiknya sepertimana yg sedia ada hari ini. Hasil daripada letupan itulah,juga masa terbentuk dengan izinNya. Sekaligus menyangkal tanggapan golongan materialist bahawa masa itu infinite Letupan yang kuat itu lebih dikenali sebagai Big Bang.

    http://www.dailygalaxy.com/photos/uncategorized/2007/06/04/bigbang_2.jpg

    Banyak kajian dan eksperimen yang membuktikan berlakunya letupan besar (Big Bang). Antaranya adalah penemuan Cosmic Background Radiation pada tahun 1956 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yakni tenaga yang terbebas hasil daripada letupan. Secara logik, setiap letupan yang blaku akan disertai dengan pembebasan tenaga samada radiasi, haba atau bunyi. Teori ini dibuktikan melalui penemuan sejumlah tenaga radiasi yang terdapat di angkasa yang mana mempunyai kadar yang tetap dan tepat berdasarkan pengiraan matematik. Nah! Sekarang terbuktilah bahawa alam semesta ini terhasil akibat letupan besar (Big Bang) yang telah dilakukan dengan mudah oleh Allah S.W.T. Benarlah bahawa alam semesta ini diciptakan dan bukannya wujud dengan sendirinya. Di dalam Al-Quran turut dijelaskan perihal kejadian alam semesta akibat daripada letupan yang besar, perihal alamini sedang berkembang dan pelbagai bukti yang menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta alam semesta.

    ‘’Dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa di langit dan bumi dahulu keduanya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air. Maka mengapa mereka tidak beriman?’’

    Surah Al-Anbiya’ : 30

    ‘’ Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan Kami benar2 meluaskannya( mengembangkannya ) ‘’

    Surah Az-zariyat : 47

    http://www.hecklerspray.com/wp-content/uploads/2006/04/big%20bang.jpg

    Terbuktilah bahawa wahyu Allah yang turun 1400 tahun dahulu merupakan penjelasan yang benar dan tidak dusta.Al-Quran itu benar dan tiada kepalsuan. Hakikatnya, Sains pada hari ini telah membuktikan kewujudan tuhan dan membawa kita untuk lebih mendekatiNya khususnya sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Sedarlah kalian sekalian bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar dan merupakan cara hidup yang terbaik. Beruntunglah bagi mereka yang mengabdikan diri padaNya

    BERSAMBUNG...

    posted by Jpah @ 9:39 PM   0 comments

    Aku dah cuci mata tanpa sedar!!!

    Al kisahnya,ade sorang ni tanya ustaz (bkn Ustaz Maliki)..
    “Saya ade sedara pompuan. Die suke sangat dengar muzik ngan tengok citer2 kat TV. Tp sedara saye ni mcm bkn pompuan. Sifat die kasar sgt..Ustaz, die jadi kasar sbb keturunan ke, sbb tgk TV, dgr musik yg entah ape2 rentaknyer??”

    “Tapi, ape yg bagusnye, sedara pompuan saye ni, bimbang dengan perangai kasar dia sendiri. Die risau sebab solat die cuai, baca Quran ngan bertasbih tapi xrase kenikmatannya.Dia risau gak sbb die slalu je melambatkan solat…………”

    Ustaz ni pun jwb le, “Kalau you all nak tau, dosa bleh menybbkan hati kite jadi keras. Em, zaman skrg, dosa ade byk.. Dgr nyanyian,musik yg melalaikan dr ingat Allah kira sedikit sbanyak meyumbang kpd hati kite jadik keras. Tgk movie, citer2 kat panggung tu, bkn ke mende2 ni banyak terdpt pergaulan bebas laki pompuan, pendedahan aurat kat iklan2 komersial kat TV. Best le mencuci mata tanpa sedar.”


    “Seseorg yg terdedah kpd hal mcm ni, eloklah muhasabah diri. Betul ke apa yg aku buat? Kite kena gak sedar, ni satu taktik org kafir laknatullah utk melemahkan org islam. uhuhuhhhh…”

    “Ingat tu.. Takutlah kite sume pd Allah.Walaupun movie, lagu2 tu best.. Cube pikir…mende ni menyebabkan kite terlalai ke x.. Mase tgk iklan komersial ngan model2 xtutup aurat, kite jaga tak pandangan kite sume???”

    “Takutlah pada Allah, agar kite dapat rasai betapa manisnya bile Allah dekat dgn kite. Bile hati bersih, hati akan jadi lembut. So, insyaAllah, kite akan dapat manisnya iman..”

    ‘Dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka daripada jalan(Allah), sehingga mereka tidak mendapat petunjuk’
    (al-Naml:24)


    credits to syurah

    posted by muscom @ 6:33 AM   0 comments

    Wednesday, November 14, 2007

    Kejadian Alam Semesta (Part 1)

    Masihkah anda ingat, x lame dulu, Afiq a.k.a Pres ade bg Tazkirah Maghrib psl mende ni..

    Tapi disebabkan terlalu panjang, saya terpaksa bahagi kepada beberapa bahagian...


    Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 28 :

    ‘’Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya ia, nescaya tidak akan habis ditulis kalimah (ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana’’.

    Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah Bumi ini terbentuk? Bagaimanakah bulan boleh mengelilingi bumi? Bagaimanakah Galaksi itu turut berputar pada paksinya yang tersendiri? Sudah pasti ada satu ‘kuasa’ yang Maha Hebat dan Bijaksana yang mengatur dan mengawal pergerakannya. Kuasa yang mampu mencipta dan memusnahkan. Tidak lain tidak bukan, Dialah ALLAH, Tuhan semesta alam. Raja bagi seluruh langit dan bumi. Subhanallah..namun, tahukah kalian bahawa terdapatnya golongan2 sesat lg menyesatkan yang cuba untuk memesongkan akidah ini dengan menjadikan SAINS sebagai alasan?

    http://www.seopher.com/images/universe.jpg

    Wujudnya golongan ‘MATERIALIST’

    Golongan ‘materialist’ adalah ahli falsafah yang wujud pada kurun ke-19 dan menjadikan kisah Greek Kuno sebagai asas ‘akidah’ mereka. Secara Amnya, golongan ini tidak percaya akan kewujudan tuhan (ATHEISM) dan mempunyai DUA rukun ‘agama’ yang sangat tidak relevan dan mengelirukan. Pegangan2 berikut adalah :

    1. Alam semesta wujud dalam masa yang tidak terbatas (infinite time) kerana ianya tidak punyai permulaan dan penghujungnya.
    2. Semua perkara yang berlaku di alam semesta (pergerakan planet, supernova, kejadian dwarf star, red giant , black hole, etc) adalah sesuatu yang berlaku secara rawak dan spontan. Ianya tidak dirancang dan tidak mempunyai sebab2 yg khusus.

    Begitulah ‘rukun2 agama’ golongan Materialist ini yang mana sudah terang lagi bersuluh telah menolak kewujudan Allah yang Esa. Namun demikian, pada pnghujung abad ke-19, Teori ini menjadi goyah dan kurang stamina apabila golongan2 yang mempercayai Tuhan mula menyiasat, melakukan eksperimen dan mengumpul data bagi membuktikan bahawa Alam semesta ini dicipta, dan bukan terjadi dengan sendirinya.Hal ini kerana sesuatu teori Sains hamya akan diterima seandainya terdapat BUKTI yg kukuh sahih, dan relevan berdasarkan pengiraan dan eksperimen yang dilakukan.

    AKAN BERSAMBUNG

    posted by Jpah @ 6:39 AM   0 comments

    the young man

    A nurse escorted a tired, anxious young man to the bed side of an elderly man.

    "Your son is here," she whispered to the patient. She had to repeat the words several times before the patient's eyes opened. He was heavily sedated because of the pain of his heart attack and he dimly saw the young man standing outside the oxygen tent.

    He reached out his hand and the young man tightly wrapped his fingers around it, squeezing a message of encouragement. The nurse brought a chair next to the bedside. All through the night the young man sat holding the old mans hand, and offering gentle words of hope.

    The dying man said nothing as he held tightly to his son. As dawn approached, the patient died.


    The young man placed on the bed the lifeless hand he had been holding, and then he went to notify the nurse.

    While the nurse did what was necessary, the young man waited. When she had finished her task, the nurse began to say words of sympathy to the young man.

    But he interrupted her.

    "Who was that man?" He asked.

    The startled nurse replied, "I thought he was your father."

    "No, he was not my father," he answered. "I never saw him before in my life."

    "Then why didn't you say something when I took you to him?" asked the nurse.

    He replied, "I also knew he needed his son, and his son just wasn't here. When I realized he was too sick to tell whether or not I was his son, I knew how much he needed me..."

    the man's act might appear strange to us...yet imagine the dying man's grief in knowing that his dear son is not there when he truly needs him...
    there's no harm in doing a little kindness : a small kindness goes a long way.

    posted by muscom @ 6:18 AM   38 comments

    Tuesday, November 13, 2007

    Adab-adab Menguap

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”


    Huraian :
    1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.

    2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
    (tutup mulut dgn tangan kiri...tapi bukan guna telapak tangan...guna belakang telapak tangan....)

    3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.

    4. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.

    posted by Jpah @ 3:33 PM   0 comments

    Why are we created?

    يأيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كافة ولا تتبعوا خطوت الشيطن إنه لكم عدو مبين

    O you who believe, you shall embrace total submission; do not follow the steps of Satan, for he is your most ardent enemy.

    Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.

    This might be something we often read and listen. And most of us Muslims know the answer. But upon realising it...do we act the part? Read on. Just a reminder lest we forgot.

    The age we live in today is an age in which our lives are controlled by the world we live in, in which time passes by without us even noticing. As a result of this most people have little time to stop and think about the most fundamental of issues surrounding the very essence of their existence, including many Muslims, especially those who inherited Islam from their parents, and so you find that they have taken their religion for granted, all they know is that they carry the identity of Islam because their parents carried that identity without really trying to understand the true reality of why they were brought into this world in the first place. They fail to realize the true nature of their existence. So even though most of them know that Allah exists and that we are a product of His creation, they often forget to remember that we were created for a specific purpose.

    If ten of us try to find out what our purpose is on our own, without considering the Revelation, we might find ten different purposes. This is because most people are confused and they don't really know, and rather than to say "I don't know" they just offer an answer. Think about it: Is our purpose in this life simply to eat, sleep, work, acquire some material things and enjoy ourselves? Is this our purpose? Why were we born? What is the object of our existence, and what is the wisdom behind the creation of man and this universe?

    We have to remember that Allah created life and death so that we may worship Him, and perform that worship in the best manner. That is what our objective should be. Instead of contradicting the purpose of man's existence and acting for the sake of perishable worldly interests, we must fulfill its completion. Our period here is short and being slave to worldly gains results in the corruption of our souls, constant difficulty, worry and poverty.

    So in a nutshell the purpose behind our existence is to recognize the one who created us, to be grateful to Him, to worship Him, to surrender ourselves to Him, and to obey the laws that He has determined for us. It is not enough to say that "I have believed, therefore I have accomplished this purpose." Allah commands us in the Qur'an to enter into Islam completely not partially.

    credits to M.K.A

    now ask ourselves : do we embrace Islam wholly?

    posted by muscom @ 10:07 AM   0 comments

    Monday, November 12, 2007

    JANGAN TERTIPU DGN APA YG DIKATAKAN DGN FITRAH... [last part]

    Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.


    Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.


    Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.


    Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.


    "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


    Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

    posted by muscom @ 1:58 PM   3 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter