MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Sejarah Sambutan Maulidur Rasul MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, March 20, 2008

    Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

    Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh kegirangan.

    Terpadam api biara majusi
    Runtuhlah istana Kisra Parsi
    Mekkah diterangi cahya putih
    Tanda lahir Nabi anak yatim

    Begitulah bait-bait gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran baginda adalah suatu “rahmat untuk keseluruhan alam” dan bagaikan nur yang menerangi alam yang berada dalam kegelapan.
    Baginda telah diutuskan membawa ajaran Islam yang mulia dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Kita sebagai pengikut baginda s.a.w seharusnya berusaha untuk mengenali baginda dengan lebih rapat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda sebanyak mungkin.
    Sejarah sambutan Maulid

    Menurut sejarah, sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan oleh orang Fatimiyah di Mesir dan disambut secara besar-besaran semenjak tahun 969 M lagi. Sambutan ini dimulakan dengan pemberian khutbah yang mengingatkan akan kemuliaan Rasulullah dan manisan seperti madu kesukaan Rasulullah diedar-edarkan pada akhir acara.

    Walaubagaimanapun, sambutan ini telah diharamkan atas arahan pemerintah buat sementara waktu dan kemudiannya dibenarkan semula oleh pemerintah yang lain. Pada abad ke-7, Maulid kembali disambut secara rasmi di bandar Irbil di bawah pemerintahan seorang Sunni bernama Muzafar Al-Deen Abi Sa`d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin. Beliau telah menjadikan hari sambutan Maulid sebagai cuti rasmi agar orang ramai dapat menyambut perayaan yang diadakan bersempena dengan tarikh bersejarah ini. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan agar ternakan disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai.

    Namun, malangnya acara peringatan kelahiran Nabi tersebut telah dicemari dengan pelbagai amalan bidaah. Keadaan ini telah mengundang perselisihan pendapat antara ulama’ mengenai hukum mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Menurut Sheikh Muhammad Fadl `Ashur, pada kurun ke-9, terdapat ulama’ yang membolehkannya dan ada pula yang melarang diadakan sambutan tersebut. As-Suyuti, Ibn Hajar Al-`Asqalani and Ibn Hajar Al-Haythmi mengharuskannya, namun mereka mengutuk bidaah yang berleluasa yang berlaku dalam sambutan tersebut. Mereka mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan firman Allah "Dan ingatkanlah mereka tentang hari-hari Allah". Sebahagian ulama’ dalam mengulas ayat tersebut, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda "‘ Hari-hari Allah’ itu adalah rahmat dan petunjuk Allah, dan kelahiran nabi s.a.w itu merupakan suatu rahmat yang agung".

    Pendapat sebahagian ulama’ mengenai sambutan Maulidur Rasul

    Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.

    Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.

    Wallahua’lam

    posted by muscom @ 10:40 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Allahuakbar Allahuakbar
    • Nasihat Khilafa
    • Nabi Muhammad Manusia Biasa
    • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
    • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
    • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
    • Women Practicing Sport
    • Warkah Buat Ibu (Part 2)
    • Hilangkan Prasangka dalam Diri...Husnudzhon lah
    • Warkah Buat Ibu(part1)

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter