MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Pantun Untuk Muslimah (Part 2) MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Sunday, November 25, 2007

    Pantun Untuk Muslimah (Part 2)

    Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
    Jangan terlebih bila berdandan,
    Minyak wangi cuba elakkan,
    Bedak dan gincu sekadar keperluan.

    Kasut tinggi cuba jauhi,
    Kerana ia melahirkan bunyi,
    Boleh menarik perhatian lelaki,
    Perbuatan ini dibenci Ilahi.

    Apatah lagi menghentakkan kaki,
    Menarik perhatian orang laki-laki,
    Melenggok punggung menggoda hati,
    Ustaz melihat pun separuh mati.

    Buat apa nak tayang jambul,
    Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
    Mahkota disimpan tak jadi bisol,
    Memakai tudung Islam tersimbol.

    Selokaku ini bukanlah jahat,
    Cuma saja mahu peringat,
    Kepada semua para sahabat,
    Terutama sekali rakan sejawat.

    Kalau nak ikut nasihat ini,
    Jangan bertangguh ubahlah diri,
    Benda yang baik tak payah diuji,
    Akan terserlah akhlak terpuji.

    Kepada semua kawan lelaki,
    Jangan tergelak wanita diperli,
    Keluarga kita tak terkecuali,
    Terutama sekali anak dan bini.

    Sudahkah kita tanamkan iman,
    Menutup aurat sepanjang badan,
    Ke sana sini dilindungi Tuhan,
    Keluarga menjadi contoh teladan.

    Setakat ini seloka kami,
    Harap dapat menghibur hati,
    Yang baik bolehlah anda ikuti,
    Kalau boleh besok mulai.

    “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

    posted by Jpah @ 6:47 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Internet Connection
    • A Poigant Story (Final Part)
    • Pantun Untuk Muslimah (Part 1)
    • Adab Minum Rasulllah S.A.W
    • Allah itu adil kan?
    • A Poigant Story (PART 1)
    • anda golongan mana?
    • rindu seorang hamba
    • Membantu Agama Allah
    • sopan itu cantik

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter