MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Ayah saya pernah pesan... MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Friday, November 16, 2007

    Ayah saya pernah pesan...

    Ayah saya pernah pesan, ‘hidup ni mesti sederhana’. Dia kate bile kite hidup dalam kesederhanaan barulah kita merasa nikmat hidup ni. Bile saya piker-pikir balik, memang betul pun. Hidup kalau semua benda kita dapat, mesti kite rase tak rasa bersyukur sangat kan?


    Cuba bayangkan ade anak orang kaye nie, nak PS dapat, nak kereta sport dapat, nak banglo sebijik dapat, nak handphone baru dapat…pagi ni mintak, malam tu jugak dapat. ape nak, sume parents diorang kasi. Bile nampak yang lagi best, lagi cantik, lagi moden, yang lame tu terus buang and tak pakai dah, padahal elok lagi. Bile hidup semua bende dapat, kita rase macam life ni sebenarnye takde pape. Setakat nak enjoy je..nak habiskan duit mak bapak. Tak pernah bersyukur pun dan tak pernah terlintas pun yang semua tu pemberian Allah.

    Tapi, kalau ade anak orang susah nie, tak semua benda yang die nak dapat. Kalau die mintak basikal satu sebab tak larat nak pergi sekolah hari2 jalan kaki, mesti ayah die kate ‘ takpelah.. jalan kaki kan boleh? Ayah tak cukup duit la..’ mungkin lepas beberapa bulan, ayah die belikan basikal second-hand. Mesti anak ni sangat gembira dan hargai sangat basikal tu walaupun dah buruk. Orang susah ni, kadang-kadang nak makan pun susah, bile mak masak masakan yang simple2 pun, semua orang gembira. Rase bersyukur sangat dengan kurniaan Allah.





    Kesimpulannya, tak semestinya kita kena hidup susah baru Allah sayang, cuma kita perlu belajar untuk bersederhana. Duit yang Allah kurniakan kan lebih elok diberi kepada orang susah yang lebih memerlukan. Tak payah takutlah kalau duit tu habis sebab kita kena yakin yang harta tu datang dari Allah dan Allah akan bagi berlipat-ganda lagi.


    Saya sangat yakin dengan parents saya, ‘the more we give, the more we get’. Lagi satu, kita kena blajar untuk hargai kurniaan Allah yang terlampau banyak. Sampai satu tahap dalam hidup kita yang kita dah tak kisah dengan dugaan Allah, hati kita akan sentiasa redha dengan segalanya..kita dah takde sebab or alasan untuk mengeluh. Dalam al-Quran ade kate sesimple kurniaan Allah itu adalah apabila kita duduk dan Allah kurniakan kekuatan kepada kita untuk bangun. Renung-renungkan lah...


    HDH

    posted by muscom @ 7:15 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Kejadian Alam Semesta (Part 2)
    • Aku dah cuci mata tanpa sedar!!!
    • Kejadian Alam Semesta (Part 1)
    • the young man
    • Adab-adab Menguap
    • Why are we created?
    • JANGAN TERTIPU DGN APA YG DIKATAKAN DGN FITRAH... ...
    • Wahai Sahabatku
    • Allah knows what's best for us
    • JANGAN TERTIPU DGN APA YG DIKATAKAN DGN FITRAH... ...

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter