MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: IMPLIKASI PIAGAM MADINAH TERHADAP MASYARAKAT MAJMUK MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Monday, October 01, 2007

    IMPLIKASI PIAGAM MADINAH TERHADAP MASYARAKAT MAJMUK


    Antara keistimewaan Piagam Madinah ialah piagam tersebut begitu menitikberatkan kepentingan semua kaum yang menghuni Madinah. Masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama terutama Islam dan Yahudi di Madinah terpelihara dengan Piagam Madinah walaupun negara tersebut merupakan sebuah negara Islam. Justeru, ini menunjukkan bahawa piagam tersebut telah digubal dengan berhati-hati oleh Rasulullah s.a.w untuk menjaga kepentingan masyarakat majmuk di Madinah. Antara kaum yang menandatangani Piagam Madinah ialah Muhajrin Quraisy, Bani Auf, Bani Saídah, Bani Harith, Bani Jasyam, Bani Najjar, Bani Amar bin Áuf, Bani Nabit dan Bani Áus Oleh sebab itu, pelbagai implikasi positif telah wujud hasil daripada Piagam Madinah. Implikasi tersebut ialah:

    1. Semua kaum bersatu di bawah satu perlembagaan. Ini telah ditetapkan dalam perjanjian yaitu semua yang mengikuti perjanjian ini adalah satu bangsa

    2. Jati diri atau identiti setiap kaum terbela. Mereka bebas mengamalkan budaya dan adat masing-masing tanpa gangguan daripada mana-mana pihak. Contohnya, kaum Muhajirin Quraisy dibolehkan mengikuti adat lama mereka yang berlaku sebelum Islam.

    3. Kaum Muslimin banyak dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan fakir miskin. Ini menunjukkan imej Islam yang baik terhadap masyarakat yang bukan Islam dan juga memberi gambaran bahawa unang-undang negara Islam tidak menindas masyarakat bukan Islam. Oleh itu, semua kaum semakin erat hubungannya.

    4. Kebebasan beragama diamalkan. Setiap orang bebas menjalankan tuntutan agama masing-masing. Selain itu, kehormatan agama-agama juga terpelihara melalui piagam ini. Yaitu, tiada orang boleh menindas atau menghasut orang lain dalam mengamalkan ajaran masing-masing.

    5. Hak kesamaan taraf menjadi pembela kepada kehidupan masyarakat majmuk di Madinah.Di dalam piagam, ia menyatakan bahawa tidak ada beza diantara semua kaum. Hasilnya, tiada kaum yang merasakan diri mereka hina atau tertindas kerana semua kaum adalah sama haknya disisi perjanjian.

    6. Hidup mereka menjadi tenteram dan harmoni kerana dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan bahawa kehidupan para jiran dan orang-orang yang telah diberi perlindungan adalah seperti kehidupan sendiri. Oleh itu, setiap orang sama-sama memelihara kehidupan yang harmoni

    7. Pertahanan negara terjaga oleh berbagai kaum kerana setiap kaum wajib mempertahankan negara dari ancaman musuh dan dilarang sama sekali untuk mengikat perjanjian dan memberi perlindungan kepada orang-orang quraisy dan pihak-pihak yang mengadakan perjanjian dengan mereka.

    8. Perlindungan sempadan negara daripada pencerobohan luar menjadi tanggungjawab setiap kaum. Jadi, disinilah wujudnya masyarakat yang bersatu padu dalam melindungi negara di kawasan sempadann yang dicerobohi.

    9. Dalam menjaga kedamaian Madinah, piagam tersebut menganjurkan setiap pihak menyetujui sesebuah perdamaian apabila diajak berbuat demikian. Dengan ini, apa-apa pertelingkahan yang wujud hendaklah diselesaikan melalaui perdamaian dan lebih-lebih lagi ia mendapat tempat di sisi perlembagaan.

    10. Kezaliman tatau persengketaan antara kaum dapat dihapuskan. Keadilan juga dapat ditegakan kerana perlembagaan tidak melindungi orang-orang yang berlaku zalim dan membuat salah.

    11. Keselamatan setiap yang bergelar rakyat Madinah atau menjadi ahli perjanjian ini terjamin. Keselamatan mereka dipelihara tidak kira mereka berada di dalam atau ketika di luar Madinah melainkan orang yang berlaku zalim dan berbuat salah.

    12. Aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan adil dan selamat. Setiap kaum bebas memperagakan barang dagangan mereka. Manakala perniagaan pula hendaklah dijalankan dengan adil oleh peniaga dan pengguna.

    13. Persengketaan antara kaum dihapuskan malah mereka didamaikan dan dikehendaki bersatu padu dalam membangunkan negara Madinah

    posted by Muhammad Famy Bin Nor Rijam @ 12:54 PM   1 comments

    1 Comments:

    At 6:07 PM, Blogger yanmaneee said...

    off white jordan 1
    kobe 9
    yeezy boost 350 v2
    moncler jackets
    nike react
    steph curry shoes
    jordans
    hermes handbags
    nike epic react
    lebron shoes

     

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • KEPIMPINAN RASULULLAH
    • Berbuka Puasa
    • Badar al-Kubra
    • Facing Life Without Bitterness
    • Hari ini, Esok dan Semalam
    • Unfolding a Rose
    • The Old Sock
    • Sahur
    • Expectations of The Mercy of Allah
    • Soal Hati

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter