MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: KEPIMPINAN RASULULLAH MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Monday, October 01, 2007

    KEPIMPINAN RASULULLAH


    Piagam Madinah telah menyerlahkan kewibawaan Rasulullah saw dalam memimpin masyarakat majmuk di Madinah. Kepimpinan Rasulullah saw terbukti berkesan dalam pelbagai hal dan peristiwa yang dihadapi oleh umat Islam. Antara ciri-ciri kepimpinan Baginda saw ialah:

    Bertanggungjawab

    Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugaan baginda samada sebagai utusan Alllah, pemimpin masyarakat, ketua keluarga dan sahabat kepada kenalannya. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah Allah. Baginda tidak mengikut gerak hati dalam membuat keutusan untuk satu-satu perkara

    Jujur dan bijaksana

    Kejujuran baginda membawa kepada gelaran al-Amin oleh masyarakat Makkah yang bermaksud yang dipercayai. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang melibatkan isu perkauman. Contohnya, peristiwa peletakan Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya selepas kejadian banjir. Selesainya masalah tersebut, pertelingkahan antara kaum juga dapat dielakkan.

    Adil

    Sifat adil sememangnya penting bagi setiap pemimpin. Dengan sifat tersebut, kemakmuran hidup orang yang dipimpin menjadi lebih terjaga daipada sebarang penyelewengan terutama daripada pihak atasan dan juga penindasan orang yang kuat terhadap orang yang lemah. Begitu juga dengan Rasulullah, keadilan yang diamalkan baginda terserlah apabila baginda mengatakan bahawa baginda sanggup menghukum anaknya Fatimah dengan hukum hudud sekiranya beliau melakukan maksiat

    Berfikiran jauh

    Dalam menyebarkan Islam, Rasulullah saw tidak sahaja menyebarkannya di Makkah dan Madinah. Malah, baginda telah menyebarkannya ke Habsyah(Ethiopia) dan Thaif. Ketika mencuba nasib di Thaif, baginda dan Zaid bin Harithah telah dilayan dengan begitu teruk oleh masyarakat setempat seprti dibaling dengan batu dan najis. Apabila malaikat menawarkan untuk menghempap gunung ke atas mereka, bsginda menolaknya dengan harapan semoga generasi mereka yang akan datang menrima ajaran Islam yang dibawa oleh baginda atupun pengikutnya.

    Bekerja secara kolektif

    Rasulullah merupakan contoh terbaik seorang yang sangat mementingkan melakukan sesuatu secara bejemaah. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Ali dipeintahkan untuk menggantikan tampat tidur baginda.Abu Bakar as-siddiq ditugaskan menemani baginda berhijrah ke Madinah dan sama-sama bersembinyi di Gua Thur. Asma’ binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk membawa makanan kepada baginda dan Abu Bakar di Gua Thur.Abdulah bin Abu Bakar berperanan menyampaikan maklumat kepada baginda. Tidak lupa juga Amir bin Fuhairah yang menjadikan haiwan ternakannya sebagai fungsi untuk menghilangkan kesan jejak Rasulullah saw dan Abu Bakar.

    Terbuka dalam menentukan keputusan

    Sikap baginda yang mengutamakn mesyuarat dalam setiap kkeputusan adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputuan sendiri sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada pengikutnya. Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran(ahli) dalam bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang patut dilakukan.

    Tegas dan tetap pendirian

    Rasulullah saw merupakan seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.Dalam satu peristiwa sewaktu kafir Quraisy sudah buntu untuk melemahkan usaha dakwah baginda melalui penyeksaan fizikal, mereka memberi pelbagai tawaran kepada Rasulullah saw dengan syarat baginda mesti berhenti berdakwah seperti harta yang banyak dan wanita-wanita yang cantik. Namun, ketika itulah berlakunya peristiwa yaitu Rasulullah menegaskan : "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya"

    Mesra rakyat

    Sebagai pemimpin yang baik, baginda sentiasa melakukan kerja bersama-sama pengikutnya. Ini membuatkan baginda dapat mengenali lebih dekat sahabat-sahabatnya serta mendapat tahu masalah-masalah mereka dengan lebih cepat dan telus.Ini terbukti dalam perang Khandak di mana baginda bersama-sama para sahabat menggali parit yang besar bagi memerangkap musuh. Baginda juga turut serta dalam pelbagai peperangan bersama para sahabat dan bukan hanya menjadi orang yangmemrintah sahaja malah sebagai ketua panglima angkatan tentera Islam

    Pengorbanan

    Pengorbanan yng dilakukan oleh Rasulullah saw tidak terhingga banyaknya samada dari segi nyawa,harta,keluarga dan sebagainya sebagaimana yang kita telah saksikan daripada rentetan-rentetan sirah yang berlaku terutama sewaktu umat Islam menerima tentangan yang begitu hebat di Makkah.

    posted by Muhammad Famy Bin Nor Rijam @ 12:47 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Berbuka Puasa
    • Badar al-Kubra
    • Facing Life Without Bitterness
    • Hari ini, Esok dan Semalam
    • Unfolding a Rose
    • The Old Sock
    • Sahur
    • Expectations of The Mercy of Allah
    • Soal Hati
    • The Story of Rose

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter