MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Persiapan Ramadhan: Taubat MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Friday, September 07, 2007

    Persiapan Ramadhan: Taubat

    Antara persiapan penting sebelum ketibaan Ramadhan ialah persiapan untuk taubat. Taubat adalah pintu hidayah.(imam ghazali)

    Dengan taubat nasuha, hati kita sudah bersedia untuk menerima hidayah Allah S.W.T. Hidayatullah adalah suatu yg mulia dan suci. Oleh itu hanya hati yg suci dan bersih sahaja dapat menerima hidayah yg kudus itu. Sesungguhnya taubat nasuha dapat membersihkan hati seorang insan yg sebelumnya bergelumang dgn noda dan dosa! Diperturunkan di sini sedikit tazkirah mengenai taubat…

    TAUBAT

    Kedudukan manusia berbeza dengan Malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan; tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada Allah. Tetapi manusia juga berlainan dengan iblis yang statusnya sentiasa durhaka kepada Allah. Manusia berada di antara kedua-duanya yang kadangkala dapat mencapai kemuliaan dan kadangkala terjerumus ke lembah kehinaan. Manusia dianugerahkan keistimewaan dan kelemahan tertentu berbanding dengan makhluk yang lain.

    Salah satu kelemahannya ialah mudah tergoda dengan pujuk rayu iblis.
    TIGA faktor utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan kesalahan/dosa ialah:

    1. Mereka yang lemah melawan godaan syaitan kecuali yang beriman.

    2. Kecenderungan/naluri manusia merasakan kesenangan dunia sehingga keinginan hawa nafsu dapat mengalahkan pertimbangan akal.

    3. Manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada pelanggaran undang-undang Allah.

    Sebaik-baik manusia yang bersalah/berdosa ialah mereka yang mengaku kesalahannya dan kembali bertaubat. Jika kesalahan/dosa itu antara dia dengan Allah, maka terdapat TIGA SYARAT taubat iaitu:

    1. Berhenti daripada melakukan maksiat yang membawa kesalahan dosa.

    2. Menyesal di atas perbuatan yang dilakukan.

    3. Niat bersungguh tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut.

    Jika kesalahan/dosa sesama manusia, maka taubatnya ditambah SATU SYARAT lagi iaitu;

    4. menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak.

    bersabda Rasulullah saw:

    “orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada membuat dosa lagi”

    Semoga Ramadhan yang bakal menjelma nanti dapat kita sambut dengan hati yang benar-benar suci dan bersih hanya kerana Allah…dan lagi satu kita hendaklah membetulkan niat kita dan menanam keazaman dari awal-awal lagi bahawa Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lebih baik dari yang sudah…sesungguhnya orang yang bersedia adalah jauh lebih baik daripada orang yang sekadar menerima sahaja…

    posted by muscom @ 4:51 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • The Story of A Farmer and His Watermelon
    • Paid in Full
    • Announcement Bakti Kenyalang 2007
    • Hukum Memberi Salam Kepada Orang Bukan Islam
    • Ride of An Old Man
    • Kisah Brownies - Geli Aku
    • hijab nasheed
    • what islam teaches
    • A Story about Using a Very Bad Language
    • Teka-teki Imam Ghazali

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter