MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Teka-teki Imam Ghazali MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Tuesday, September 04, 2007

    Teka-teki Imam Ghazali

    Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid muridnya lalu beliau bertanya teka teki.

    Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”
    Murid 1 : “Orang tua”
    Murid 2 : “Guru”
    Murid 3 : “Teman”
    Murid 4 : “Kaum kerabat”
    Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan tu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran : 185)

    Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling jauh dengan kita didunia ini?”
    Murid 1 : “Negeri Cina”
    Murid 2 : “Bulan”
    Murid 3 : “Matahari”
    Murid 4 : “Bintang bintang”
    Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

    Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling besar didunia ini?”
    Murid 1 : “Gunung”
    Murid 2 : “Matahari”
    Murid 3 : “Bumi”
    Murid 4 : “Lautan”
    Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al-A’raf : 179) Maka kita harus hati hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita keneraka. (Na’udzu billaahi min zaalikh).

    Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling berat didunia ini?”
    Murid 1 : “Baja”
    Murid 2 : “Besi”
    Murid 3 : “Gajah”
    Murid 4 : “Batu batan”
    Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72) Tumbuh tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) didunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupi permintaa Allah Swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah”.

    Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling ringan didunia ini?”
    Murid 1 : “Kapas”
    Murid 2 : “Angin”
    Murid 3 : “Debu”
    Murid 4 : “Daun daun”
    Imam Al-Ghazali : “Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

    Imam Al-Ghazali : :Apa yang paling tajam sekali didunia ini?”
    Murid muridnya serentak menjawab : “Pedang”
    Imam Al-Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”

    posted by muscom @ 10:14 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • try this blog
    • Nur Jumaat
    • Jom Ulangkaji!!!!
    • SurgaMu
    • Does God Exist???
    • who gets the last laugh?
    • Mustafa Kamal Attartuk
    • MERDEKA!!!!
    • Jangan Nakal
    • Flower and pearl

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter