Wednesday, November 14, 2007

Kejadian Alam Semesta (Part 1)

Masihkah anda ingat, x lame dulu, Afiq a.k.a Pres ade bg Tazkirah Maghrib psl mende ni..

Tapi disebabkan terlalu panjang, saya terpaksa bahagi kepada beberapa bahagian...


Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 28 :

‘’Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambahkan lagi tujuh lautan setelah keringnya ia, nescaya tidak akan habis ditulis kalimah (ilmu) Allah. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha bijaksana’’.

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah Bumi ini terbentuk? Bagaimanakah bulan boleh mengelilingi bumi? Bagaimanakah Galaksi itu turut berputar pada paksinya yang tersendiri? Sudah pasti ada satu ‘kuasa’ yang Maha Hebat dan Bijaksana yang mengatur dan mengawal pergerakannya. Kuasa yang mampu mencipta dan memusnahkan. Tidak lain tidak bukan, Dialah ALLAH, Tuhan semesta alam. Raja bagi seluruh langit dan bumi. Subhanallah..namun, tahukah kalian bahawa terdapatnya golongan2 sesat lg menyesatkan yang cuba untuk memesongkan akidah ini dengan menjadikan SAINS sebagai alasan?

http://www.seopher.com/images/universe.jpg

Wujudnya golongan ‘MATERIALIST’

Golongan ‘materialist’ adalah ahli falsafah yang wujud pada kurun ke-19 dan menjadikan kisah Greek Kuno sebagai asas ‘akidah’ mereka. Secara Amnya, golongan ini tidak percaya akan kewujudan tuhan (ATHEISM) dan mempunyai DUA rukun ‘agama’ yang sangat tidak relevan dan mengelirukan. Pegangan2 berikut adalah :

  1. Alam semesta wujud dalam masa yang tidak terbatas (infinite time) kerana ianya tidak punyai permulaan dan penghujungnya.
  2. Semua perkara yang berlaku di alam semesta (pergerakan planet, supernova, kejadian dwarf star, red giant , black hole, etc) adalah sesuatu yang berlaku secara rawak dan spontan. Ianya tidak dirancang dan tidak mempunyai sebab2 yg khusus.

Begitulah ‘rukun2 agama’ golongan Materialist ini yang mana sudah terang lagi bersuluh telah menolak kewujudan Allah yang Esa. Namun demikian, pada pnghujung abad ke-19, Teori ini menjadi goyah dan kurang stamina apabila golongan2 yang mempercayai Tuhan mula menyiasat, melakukan eksperimen dan mengumpul data bagi membuktikan bahawa Alam semesta ini dicipta, dan bukan terjadi dengan sendirinya.Hal ini kerana sesuatu teori Sains hamya akan diterima seandainya terdapat BUKTI yg kukuh sahih, dan relevan berdasarkan pengiraan dan eksperimen yang dilakukan.

AKAN BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment