Jiran
Pagi yang suram. Kelihatan surau still gelap. Tetapi Alhamdulillah, hari ni, azan dilaungkan tepat pada masanya, iaitu pada jam 5.38 pagi. Kehadiran jemaah juga turut bertambah. Diharap keadaan ini akan berkekalan dan mengkin bertambah baik, sama2 kite doakan.
Tazkirah Subuh disampaikan oleh saudara Aidid (junior). Beliau berkongsi ilmu tentang jiran. Tapi, ape yg sbnarnye dimaksudkan dgn jiran? Jiran didefinisikan adalah org yg tinggal di 40 rumah di sekeliling kiter. Depan, belakang, kiri, kanan, timur laut, tenggara, barat laut dan barat daya. Malah, ia merangkumi keseluruhan bearing 360 darjah dalam kompas.
Jiran ni penting dlm kiter yg hidup bermasyarakat. Knape? Yelah, sebab diorg ni la yg paling hampir ngan kiter. If ade probs je, diorg org pertama yg kite boleh mintak tlg. So, jiran2 kite ni mempunyai hak. Jika jiran Islam, antara hak mereka ialah untuk kiter ajak mereka ke surau dan sebagainya. Tetapi, kalau jiran kite tu non-Muslim, jgn sesekali kiter x hormat plak! Diorg pun still ade hak sebagai jiran, cume hak diorg tu skit drpd hak jiran Muslim.
Ade satu citer pasal jiran ni. Citernya berbuni (dengan nada misteri...):
Pada suatu ketika dulu, seorang sufi bernama Ibrahim bin Adam. Beliau ni mempunyai seorg jiran yg beragama Majusi (sembah api). Ditakdirkan Allah, suatu ari, rumah si Majusi (x tau nama) ni dimasuki pencuri. Barang2 milik si Majusi ni pun ilang la kan. Selaku jiran yg bertggjwb, Ibrahim bin Adam pun menziarahi si Majusi ni.

Dalam tempoh menziarah tu, si Majusi ni nampak happy je. Ibrahim bin Adam pelik ar. Patutnya, klu org yg normal, klu kene rompak mesti sedeyh kan? Lalu Ibrahim bin Adam bun bertanya kpd si Majusi ni.
"Wahai jiranku, mengapakah kau bergembira, sedangkan engkau baru saja dirompak?"
Jawab si Majusi,
"Ada 3 sebab mengapa aku bergembira:
Pertama, sebab bukan semua harta aku yg telah dicuri,
Kedua, sebab pencuri tu telah mencuri hartaku dan bukan harta rakan2ku,
dan Ketiga, sebab pencuri tu hanya mencuri hartaku, tetapi tidak agamaku."
Ibrahim bin Adam rase kagumla terhadap jiran Majusinya ni. Die lantas menyuruh rakan2nya yg hadir supaya salin ayat tu. Kata2 si Majusia ni betul2 indah. Lalu, sebagai rasa tanggungjawab, Ibrahim bin Adam pun cube berdakwah kepada si Majusi ni,
"Nape ko sembah api ni?" tanya beliau
"Supaya mase Hari Pembalasan nanti, api ni xkan sambar kitorg"
"Sudah brape lame ko sembah api ni?" tanya Ibrahim bin Adam
"Berpuluh2 tahun" jawab jirannya
"Jika kita berdua memasukkan tangan ke dalam api yg same, adakah ia akan membakar tgn kite dengan darjah yg sama?" tanya Ibrahim bin Adam lagi.
"Jika kita memasukkan makanan dan sampah ke dalam api, adakah ia akan membakar kedua2nya dgn darjah yg same?" tanya beliau.

Hidayah milik Allah. Dengan izin Allah, Allah mencampakkan hidayahnya yg berharga ke dalam hati si Majusi ni. Lalu si Majusi ni pun memeluk Islam.
Pengajrannya, kite harus berbaik2 dgn jiran, dan jika ada kesempatan untuk berdakwah, laksanakanlah tugas tu...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home