MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: ROHANI : KEPUASAN DARI SUJUD MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Tuesday, October 23, 2007

    ROHANI : KEPUASAN DARI SUJUD

    Pernahkah kita terfikir, setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah s.w.t? Dengan menyelami serta menjiwai setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah daripadanya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita daripada dosa dan noda.

    Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Al-Alkabut : 45)

    Sememangnya segala rukun dalam solat, baik rukun yang melibatkan hati(qalbi), lisan(qauli) mahupun perbuatan (fi'li) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah Taala.dan amalan yang paling disukai Allah ialah rukun sujud. Dikatakan juga bahawa waktu sujud itu adalah waktu di mana seorang hamba itu paling dekat dengan Penciptanya.

    Cuba kita perhatikan bagaimanakah keadaan kita ketika bersujud itu. Tidakkah secara lahirnya telah menunjukkan rasa kehambaan seseorang itu di depan Tuhannya.Dia berada dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan."
    Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.

    Sementara itu, masih ramai lagi di kalangan manusia yang meninggalkan solat 5 waktu. Tidak bersolat bermaksud tidak sujud dan tidak tunduk kepada Allah. Justeru, orang yang tidak mendirikan solat sebenarnya sombong terhadap Allah.

    Sedangkan setiap daripada kita, tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, menghirup udara Allah, meratah dan memburu rezekiNya di setiap pelusuk dunia, menghidu setiap kuntuman nimatNya. Hamba jenis apakah jika masih tidak mahu tunduk dan sujud kepada Tuhan pemberi nikmat?

    Firman Allah : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri."(As-Sajadah : 15)

    Pergerakan yang sepenuh jiwa ini ialah simbol penyerahan total seorang hamba kepada Penciptanya. Namun jangan sampai berlaku, hanya dalam solat kita sujud, tetapi dalam kehidupan harian kita bersifat "jauh panggang dari api". Dalam erti kata lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan ketetapan sistem Allah.

    Sujud sebegini adalah sujud yang tidak luhur, tidak tulus kepada Allah s.w.t. Sujud yang tiada penghayatan (roh), dan tidak akan membentuk empunya diri.

    Marilah kita membentuk sujud yang berkualiti. Sujud akan memberi kepuasan maksimum bilamana kita sujud di hadapanNya dalam keadaan menghina diri, memohon keredhaanNya.

    Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
    "Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

    posted by muscom @ 7:15 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • The Shipwreck
    • Agar Engkau Menjadi Wanita Tercantik
    • Beraya di Luar Negara
    • Sebab Hati Tak Tenang
    • Meditation of The Prophet
    • Burung Murai
    • Transient
    • The Chains of Belief
    • Petiklah Hikmah Dari Setiap Cubaan
    • Be Careful of Whom You Associate With

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter