MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Beraya di Luar Negara MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Tuesday, October 16, 2007

    Beraya di Luar Negara

    'raya pertama di luar negara'
    '



    13 October 2007



    pelik.... tapi kenapa?


    was-was... tapi mengapa?


    gembira?.....


    sedih?......



    pagi aidilfitri...

    7am

    sinaran mentari yang memancar ke dalam terus ke mataku membuatkan aku bangkit dari mati yang sementara. setelah 30 hari berpuasa, berjuang melawan bukan lapar dan dahaga tapi melawan nafsu yang lebih luas pengertiannya.

    "oh, rupa-rupanya, sudah 1 syawal. "

    aku bermonolog sendirian. jika di Malaysia ketika ini, aku masih lagi lena dibuai mimpi. apatah lagi, jika malam sebelumnya memang memerah keringat bekerja dari petang 30 ramadhan sehingga tengah malam. tempahan kadangkala sehingga mencecah 10,000 . jika di Malaysia, memang solat aidilfitri bukan dalam jadual hari rayaku kerana masa itula aku gunakan untuk menge'charge' semula bateriku sebelum menyambung semula kerja.

    bekerja pada hari raya pertama bukanlah sesuatu yang aku rasakan membebankan, memang jujur kata , ketika di awal usia , hati kecil ini terdetik untuk beraya bersama rakan-rakan, mengutip duit raya dari rumah ke rumah , mengesan rumah pakcik mana yang kedekut untuk di senarai hitam manakala yang pemurah akan di hebahkan dari mulut ke mulut.

    itu adalah apa yang aku dengar dari mulut rakan-rakanku. cukup seronok aku melihat gelagat mereka ketika aku sedang sibuk bekerja memenuhi tanggungjawabku. namun mungkin keseronokan yang kita alami adalah berbeza dari sudut definisinya. bagiku, keseronokan apabila raya terbit seperti mentari di ufuk timur ketika dpaat membantu keluargaku memenuhi tempahan katerin yang menggila banyaknya.

    setelah hampir 15 tahun aku mengorbankan masaku , kini aku berpeluang menyambut raya bersama rakan-rakanku tanpa perlu bekerja. pendek kata , raya ini aku berpeluang mengalami dan merasai sendiri apa yang orang kata 'raya'.walaupun aku mungkin menyambutnya jauh dari keluarga, nun di bumi Leeds,namun intipati rayanya masih tidak banyak berbeza.

    selesai mandi,aku menuju ke rumah seniorku yang terletak berhampiran dengan Leeds Grand Mosque. aku menjamu sarapan roti canai dan pertama kali aku berasa sungguh senang-lenang tanpa perlu berkejar-kejar menyediakan persiapan katerin pada hari raya.

    di leeds grand mosque;

    aku berasa janggal kerana inilah kali pertama aku berpeluang solat aidilfitri seelah hampir 10 tahun tidak berpeluang menunaikannya. kebanyakkannya kerana aku perlu berehat setelah penat bekerja malam sebelumnya.malah, ketika solat, aku hampir-hampir terlupa yang terdapat 5 kali takbir ketika solat sunat ini!=)

    tapi satu perkara yang aku perasan samanya sambutan di Malaysia dan disini kerana bilangan jemaah yang tiba-tiba bertambah bagai air bah dari lautan pada hari ini. padahal ketika solat fardhu seperti solat jumaat pun tidak sebanyak ini. seolah-olah solat aidilfitri yang wajib dan solat jumaat pula yang sunat. satu perkara yang perlu kita renung-renungkan bersama.


    'budak2 kisas di leeds grand mosque'

    namun, satu perkara yang berbeza disini adalah para jemaah akan tunggu sehingga selesai dua khutbah sebelum beredar dan bersama-sama mengucapkan selamat aidilfitri.hampir tiada seorang pun yang bangun dan tergesa-gesa keluar selepas solat.bahkan selesai solat, hampir satu jam jua mereka saling berpeluk-pelukan dan mengucapkan, "eid mubarak". walaupun kepadaku yang mungkin belum pernah mereka bersua, bagi mereka inilah hari kemenangan mereka setelah 30 hari berjuang.

    aku berasa teruja kerana inilah kali pertama aku solat raya, kemudian kami beramai-ramai menangkap gambar bersama penduduk di situ. aku masih ingat ketika soalan yang kulontarkan kepada rakan-rakanku yang mengundang rasa pelik terhadapku.

    "so, macam maner nak sambut raya?"

    semua kehairanan dengan soalanku, mujur ada seperti hilfi dan thaha yang menerangkan situasiku kepada mereka. kerana jarang menyambut raya menyebabkan aku berpendapat bahawa hari raya adalah hari bekerja, dan hari raya yang dikatakan untuk bergembira hanyalah teori semata-mata bagiku. sebuah teori yang aku tidak pernah aku sangkakan akan menjadi realiti dalam lembaran hidupku.dan hari ini adalah buktinya.

    "macam ni, ari raya ni, kita akan pergi umah ke umah , pastu makan-makan, pastu balik, pastu gi umah lain lak, makan lagi, pastu balik, pastu camtuler, sampai malam."

    terang seniorku sambil memegang bahuku.khalid,jue,salim,amar,pejai,akid membawa kami ke Holborne Towers untuk sambutan rayaku yang pertama.dan akhirnya aku berpeluang menyambut hari raya!

    'bersama Zaki,melayu singapura ketika sambutan di holorne towers'

    3 pm

    di Holborne Towers

    memang terkejut aku apabila terdapat pelbagai hidangan Malaysia di sini,seperti sate, ingatkan bila samapi disini tak jumpa dah, dan yang paling aku tidak boleh lupankan kelazatan sup kambing singapura yang cukup lemak berkrim! sehingga 4 kali aku berulang-alik menambahnya.

    kemudian, kami bermain bola pada petangnya,

    'budak melayu yang main bola pada hari raya pertama,'


    'main bola hari raya pertama, balunlah,aku bukan kisah sangat pun, follow jer' ,

    begitulah jawapanku apabila mereka bertanyakanku samada hendak bermain atau tidak. dan permainan pada petang itu memang menyeronokkan! aku memang tidak pernah berasa segembira ini, menghabiskan satu hari raya bersama rakan-rakan, berkongsi suka-duka,bergelak ketawa. mungkin inilah yang dikatakan 'raya' .


    malam 1 syawal,


    "ketika di rumah ajak, pakar memasak di sini, pandai wat kuah kacang."


    kami bersiap untuk menyerbu ke rumah seterusnya, ustaz mizi dan rumah ajak, super seniorku ketika di KYUEM. kenyang kami dibuatnya. di rumah ajak, kuah kacangnya memang 1st class!. aku terasa seolah-olah jauh macammanapun aku berada, sate memang tidak akan lari dari hidupku.

    pendek kata, aku berasa gembira dengan sambutan hari raya pada tahun ini, walaupun jauh dari keluarga namun inilah apa yang dikatakan oleh ibuku :

    'inilah masa untuk dekli berehat setelah banyak berkorban untuk keluarga, jangan bimbang tentang bisnes kat sini, just make sure you'll be happy for today, you really deserve it.'

    itulah kata-kata yang terbit dari mulut bondaku ketika aku bertanyakan khabarnya ketika pagi raya tersebut sambil menyatakan rasa bersalahku kerana tidak dapat membantu pada hari raya ini seperti sebelumnya.


    selamat hari raya semua!



    senjakala,
    mohd shazli zaini
    tahun pertama
    perakaunan dan undang-undang
    university of leeds

    posted by muscom @ 1:46 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Sebab Hati Tak Tenang
    • Meditation of The Prophet
    • Burung Murai
    • Transient
    • The Chains of Belief
    • Petiklah Hikmah Dari Setiap Cubaan
    • Be Careful of Whom You Associate With
    • Gold and Diamond
    • Bakti Kenyalang 2007
    • The Tiger and A Mouse

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter