MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Jadik Imam??? (MUSYKIL) MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Tuesday, October 30, 2007

    Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Jadik Imam??? (MUSYKIL)

    Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
    lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
    mereka terasa hati.

    "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
    Begitulah kata rakan di kolej pada seorang anak dara, juga rakan
    sekolej kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
    memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
    menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,
    peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
    ibunya.

    http://www.womans-health.net/images/healthy_cooking.jpg

    "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
    semangat.
    "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan pelajaran saya juga sibuk
    belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
    gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
    sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

    Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh
    menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
    wanita yang hidup bujang seumur hidup.

    Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan
    ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
    Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
    penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi
    gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja
    tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu
    menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
    perlu.

    http://www.usm.my/restu/Gambar/Aktiviti/Solat%20Jemaah.jpg

    Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
    Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu
    boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
    ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
    Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
    keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

    "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus
    teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
    sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
    keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada
    beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

    Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan
    al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya
    lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
    sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
    rugged menjadi imam.

    http://pcwin.com/media/images/screen/78215-funny_face.gif

    Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita
    perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi
    imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
    menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika
    wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

    posted by muscom @ 7:51 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Ciri-ciri Masyarakat Jepun yg Perlu Dicontohi
    • It's Nothing Better Than The Best
    • Sultan Muhammad al-Fatih
    • Adam, mengertilah...
    • Jangan, jangan dan jangan!!!
    • Banyak Berzikir Hati Tenteram
    • Desire
    • ROHANI : KEPUASAN DARI SUJUD
    • The Shipwreck
    • Agar Engkau Menjadi Wanita Tercantik

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter