MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: April 2007 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Sunday, April 29, 2007

    Forum on Palestine

    Pihak MUSCOM akan mengadakan sebuah forum berkenaan Palestin pada 3 Mei 2007 bertempat di Great Hall. Forum akan berlangsung 8.30 malam. Ahli panel terdiri daripada 2 org rakyat palestin dan moderator Encik Nizamuddin dari UPSI. Bersama-sama kita jayakan!!!

    posted by muscom @ 6:35 AM   0 comments

    Friday, April 13, 2007

    Terdidik kerana sebiji tembikai

    TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    posted by muscom @ 12:14 AM   0 comments

    Saturday, April 07, 2007

    Raihan Koleksi Terbaik

    25 Rasul
    Al-Hijrah
    Iman Mutiara

    posted by muscom @ 12:21 AM   0 comments

    Friday, April 06, 2007

    Dawud Wharnsby Ali

    Sesiape yg nak download lagu2 Dawud Wharnsby Ali sile click di bawah:

    Alhamdulillah
    Bismillah
    Madinah Tun Nabi
    Sing, Children of The World
    What Did I Do
    The Prophet
    The Veil

    posted by muscom @ 11:59 PM   0 comments

    Far East - Menanti di Barzakh

    posted by muscom @ 11:50 PM   0 comments

    Doa Perpisahan - Brothers

    posted by muscom @ 11:50 PM   2 comments

    Tuesday, April 03, 2007

    Kes Rogol

    kisah benar-KES ROGOL!!!!!!!!!!
    Message: Buat Renungan ....

    Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

    Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.
    Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

    Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

    Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

    Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

    Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

    Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam
    itu.

    MORAL CERITA INI:

    Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-
    tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
    yang sentiasa ingat akan diriNya.

    Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu
    boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini.
    Wassalam.

    posted by muscom @ 11:45 AM   0 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter