MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Terdidik kerana sebiji tembikai MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Friday, April 13, 2007

    Terdidik kerana sebiji tembikai

    TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    posted by muscom @ 12:14 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Raihan Koleksi Terbaik
    • Dawud Wharnsby Ali
    • Far East - Menanti di Barzakh
    • Doa Perpisahan - Brothers
    • Kes Rogol
    • Satu Penerbangan
    • Contoh Kegiatan harian Remaja Masa Kini
    • Setahun Palestin Masih Bertahan
    • kerana itu jalan pilihanku
    • Petikan buku Dakwah dan Tarbiyah – Pandangan Assya...

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter