MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Israk dan Mikraj MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Friday, August 18, 2006

    Israk dan Mikraj

    PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
    Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

    Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
    Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

    Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
    Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
    i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
    ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
    iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

    § Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
    hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
    seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
    S.A.W.
    dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah"
    yang
    digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
    gandaan yang
    lebih banyak.
    § Tempat
    yang berbau harum.
    Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau
    kubur Mayitah (tukang
    sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan
    anak-anaknya (termasuk bayi yang
    dapat bercakap untuk menguatkan iman
    ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana
    tetapt teguh beriman kepada Allah
    (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai
    Tuhan).
    § Sekumpulan orang yang
    sedang
    memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka
    sembuh kembali,
    lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
    Jibrail memberitahu
    Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
    untuk sujud
    (sembahyang).
    §
    Sekumpulan orang yang
    hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
    secebeis kain. Mereka
    dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara
    api dan batu dari neraka
    Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang
    tidak mengeluarkan zakat harta
    mereka.
    § Satu kaum, lelaki dan
    perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada
    di
    sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan
    zina
    sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri /
    suami.
    § Lelaki yang berenang dalam
    sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan
    riba`.
    § Lelaki yang menghimpun
    seberkas
    kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang
    lain. Kata
    Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih
    menerima amanah
    yang lain.
    § Satu
    kaum yang sedang
    menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
    berkali-kali. Setiap
    kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
    biasa. Kata Jibrail:
    Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
    yang dia sendiri tidak
    melakukannya.
    § Kaum yang mencakar
    muka
    dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang
    yang
    memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
    menghinakan)
    orang.
    § Seekor lembu
    jantan yang besar
    keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
    semula lubang itu. Kata
    Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
    (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi
    sudah
    terlambat.
    § Seorang perempuan
    dengan
    dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
    memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi
    perhatian
    kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada
    akhirat.
    § Seorang perempuan tua
    duduk di
    tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W.
    tidak
    menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
    sampai ke
    tua.
    § Seorang perempuan
    bongkok tiga
    menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:
    Itulah gambaran umur
    dunia yang sangat tua dan menanti saat hari
    kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa,
    Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian
    masuk ke dalam masjid dan mengimamkan
    sembahyang dua rakaat dengan segala
    anbia` dan mursalin menjadi
    makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu
    dibawa Jibrail dua bejana yang
    berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu
    lalu diminumnya. Kata Jibrail:
    Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak
    itu dipilih, nescaya ramai umat
    baginda akan menjadi sesat.
    Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):


    Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
    i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
    ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
    iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
    vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
    vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
    viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
    ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
    x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
    Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.
    Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
    Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
    Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

    Selepas Mikraj
    Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
    (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

    Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).

    posted by muscom @ 7:19 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Lebanon war chronicle..... =(
    • Scientists' comment on scientific miracles in the ...
    • How a preacher or priest in Christianity can ever ...
    • Pertolongan Allah akan tiba....InsyaAllah
    • Islamic Aspiration Week
    • assalamualaikum.yesterday muscom organised the yea...
    • Pentingnye sifat Qanaah...=)=)
    • assalamualaikum..Cuba kita fikirkan sejenak dan in...
    • Oh Allah,,I almost sold Islam for twenty pence!
    • 50 tanda orang munafik...Nauzubillah..

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter