MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: July 2006 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Monday, July 24, 2006

    Pertolongan Allah akan tiba....InsyaAllah

    Di dalam dunia yang bergolak panas hari ini, menyaksikan satu persatu negara umat Islam jatuh berguguran ke tangan penjajah. Selepas kejatuhan Afghanistan dan Iraq, tiada yang mampu meramalkan berhentinya serigala buas bernama Amerika dari terus memburu mangsa. Namun, bagaimana pula dengan masa-masa yang mendatang? Kejatuhan Iraq dan tertangkapnya Saddam Hussein adalah satu bukti kukuh bahawa kekuatan Amerika sebenarnya tiada tolok bandingnya. Waktu-waktu inilah, umat Islam kembali mengetuk pintu munajat mencari dan menyelongkar semula janji-janji Allah dan rasulNya tentang kemenangan dan pertolongan. Bicara umat Islam kembali berkisar sekitar kedatangan Mahdi Al-Muntazar dan zahirnya era pemerintahan khalifah rasyidin.

    Sesungguhnya khilafah rasyidah pasti akan berlaku dengan izin Allah SWT. Ia adalah perkara hakikat yang tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa saja. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Berlaku zaman nubuwwah ke atas kamu selama mana yang dikehendaki oleh Allah, kemudian Allah menamatkannya apabila Dia kehendaki, kemudian berlaku zaman khilafah di atas manhaj nubuwwah selama mana yang dikehendaki oleh Allah, kemudian ditamatkan apabila dikehendaki olehNya. Kemudian akan berlaku zaman pemerintahan yang zalim selama mana yang dikehendaki oleh Allah, kemudian akan ditamatkan apabila dikehendaki. Kemudian akan berlaku zaman khilafah di atas manhaj nubuwwah..” – Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani serta disahkan oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dan Albani dan selain dari keduanya.

    Hadis ini jika diperhatikan mengesahkan secara jelas bahawa akan lahirnya zaman di mana dunia ini sekali lagi akan diperintah oleh sistem khilafah yang berjalan bersama manhaj nubuwwah. Zaman ini saling tidak tumpah dengan zaman pemerintahan khalifah rasyidah yang wujud selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW mengisyaratkan akan lahirnya zaman ini tanpa ditentukan bilakah waktunya secara tepat. Sebahagian besar ulama berpendapat bahawa zaman khilafah rasyidah ini bukannya merupakan zaman Al-Mahdi Al-Muntazar bahkan kedua-duanya ialah dua zaman yang berlainan. Seorang pensyarah Fiqh Wal-Usul di Universiti Quds, Palestin, Doktor Hisamuddin bin Musa menegaskan, kedatangan Al-Mahdi Al-Muntazar ialah salah satu tanda-tanda kiamat yang akan berlaku sebelum daripada kedatangan Nabi Isa ‘alahissalam. Adapun lahirnya zaman khilafah rasyidah bukan menunjukkan waktu kiamat yang hampir tiba. – www.islamonline.net

    Memperkatakan tentang Imam Mahdi pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa mempercayai kedatangan Imam Mahdi ialah sebahagian daripada aqidah orang Islam. Ini disahkan oleh banyak hadis-hadis Rasulullah SAW. Cuma, sifat-sifat al-Mahdi yang diperselisih di kalangan ulama menjadikan isu Mahdi ini sebagai isu khilafiah yang wajib diimami secara umum sahaja.

    Berkata Syeikh Al-Bani Rahimahullah, “Sesungguhnya ramai dari kalangan orang Islam yang menyeleweng dari landasan kebenaran di dalam masalah Al-Mahdi. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa daulah Islamiah tidak akan tertegak kecuali apabila datangnya Al-Mahdi terlebih dahulu. Ini adalah khurafat dan kesesatan yang dilemparkan oleh syaitan..” – dinukilkan dari www.islamonline.net.

    Sebenarnya, khilafah rasyidah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW itu semakin menghampiri kita setapak demi setapak. Di dalam suasana dunia yang menyaksikan tiada lagi negara yang benar-benar komited dengan undang-undang Islam, suara-suara yang mahukan syariat Islam dijulang semula bergema di seluruh dunia. Cuma, kadang-kadang gelombang yang melanda hebat melambung dan ada kalanya sunyi sepi tidak berombak. Tetapi, nadi perjuangan sebenarnya terus berdenyut dari masa ke semasa. Selepas kejatuhan khilafah Uthmaiyyah di Turki pada tahun 1924, suara yang mendambakan kembali syariat Islam bergema semula di Iran pada tahun 1978, diikuti dengan kemenangan satu demi satu parti-parti politik Islam di rata-rata tempat di seluruh dunia. Di Turki, Algeria, Pakistan dan tempat-tempat lain menyaksikan kesedaran Islam semakin memuncak hari demi hari. Tetapi, aliran demokrasi yang dianut oleh sebahagian besar umat Islam kadang-kala menjadi penghalang kepada usaha mengembalikan semula cahaya kegemilangan ummah.

    Satu kesilapan besar yang berlaku di kalangan orang Islam yang bertuhankan demokrasi ialah menganggap dengan jalan inilah kemenangan akan dianugerahkan oleh Allah SWT. Benar, dalam keadaan sekarang, demokrasi mungkin merupakan satu-satunya jalan yang paling selamat dan paling kecil dharuratnya jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah lain. Namun, untuk mengembalikan semula nur Islam kepada cahayanya seperti di zaman Rasulullah SAW maka demokrasi bukannya jalan yang terbaik.Bahkan, satu kemustahilan khilafah rasyidah ditegakkan melalui pilihanraya! Lantas, satu misi perjuangan melalui jalan dakwah yang sebenar wajar dirintis oleh generasi yang benar-benar ingin melihat tertegaknya kembali bendera Islam yang ingin dijulang.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak akan sunyi dari umatku satu kelompok – yang berjuang – ditolong dan tidak akan mendapat mudaharat dari sesiapa yang menentang mereka, hinggalah datangnya ketentuan Allah!” – Hadis riwayat Bukhari (Kitab Ilmu, no. 69). Turut diriwayatkan oleh Imam Daud, Ibnu Majah, Tirmizi dan Ahmad

    posted by muscom @ 11:27 PM   0 comments

    Islamic Aspiration Week

    Salam w.b.t.

    Pada hari Jumaat, 28 July 2006 - Opening Islamic Aspiration Week (IAW).

    Tema pada tahun nie ialah [ Science & Religion, Two sides of the same coin. ]

    posted by muscom @ 11:21 PM   0 comments

    Saturday, July 22, 2006

    assalamualaikum.

    yesterday muscom organised the yearly "muscom book sale"....everyone gave their utmost effort in making the "booksale" a success...it was a nice thing after all to contribute sumthing to the community of Kyuem and i believe all of us had a great time yesterday regardless of the fact that we were all very tired by the end of the day...it was super super nice to be working together..helping each other...strengthening the bond between all the muscomers....an experience that couldn't be bought elsewhere...may Allah bless us and may Allah accept our amal...and may our body and soul is purified from the sin of shirk..InsyaAllah..

    shirk/syirik means - directing worship in the form of good works to other than Allah, or association by intention..Nauzubillah...

    Shirk destroys any good deeds a person may have done, no matter how great or numerous... doing something to gain recognition or doing something to avoide the anger of others..and also be aware of the hidden shirk.. especially(riak, ujub, takabbur, sum'ah). Detailed explanation about these hidden shirk will be posted later..insyaAllah..

    This is affirmed clearly in the Al-Quran:

    And indeed it has been revealed to you (O Muhammad SAW), as it was to those (Allāh's Messengers) before you: "If you join others in worship with Allāh, (then) surely (all) your deeds will be in vain, and you will certainly be among the losers."
    (Az-Zumar 39:65)

    Thus, when a person seeks a worldly result, preferring it to the reward of Allah, he can no longer expect that reward in the hereafter.

    wallahualam..

    posted by muscom @ 8:09 PM   0 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter