Wednesday, March 19, 2008

Allahuakbar Allahuakbar

Allahuakbar Allahuakbar…………..begitulah laungan azan yang berkumandang dari Musolla KP menyeru penduduk penduduk BLOK KK yang dihuni sepenuhnya oleh lelaki yang cukup matang(akil baligh) dan sihat fizikalnya untuk menyahut seruan untuk bersolat berjemaah. Rasanya tiada kanak – kanak duduk di blok itu. Si Anduka yang ketika itu sedang bersembang-sembang tentang masalah umat meneruskan persembangannya bersama rakan seperjuangannya tanpa menghiraukan seruan azan tersebut.


Bukankah Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat atau 25 darjat? Sebagaimana yang disebut dalam Hadith Bukhari & Muslim. Rasa-rasanya, kalaulah tiba – tiba ada Sultan yang nak bagi duit, emas atau apa – apa yang berharga pasti ramai yang sanggup nak pergi biarpun jaraknya 100 km. Tapi bukankah solat berjemaah yang ganjarannya jauh lebih berharga dan diberi ganjarannya oleh Allah Rabbul Alamin, Raja kepada segala Raja. Bahkan untuk memperolehnya hanya perlu berjalan tidak sampai 100 m. jadi fikir-fikirkanlah.

Banyak lagi hadith- hadith yang menjelaskan keutamaan solat berjemaah:

“Barangsiapa yang melaksanakan solat Isya’ dengan berjemaah maka ia telah terhitung mengerjakan solat separuh malam. Dan Barangsiapa yangmelaksanakan solat Subuh dengan berjemaah maka ia terhitung telah mengerjakan solat semalaman penuh”[1]. Mungkin yang tak pergi solat berjemaah itu, solat sepanjang malam jadi tak payah lagi bersolat jemaah.

Dalam hadith yang lain:

“Seandainya manusia mengetahui keutamaan dari solat Isya’ dan Subuh. Sudah tentu mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak”.[2]

Nabi SAW juga bersabda: “Barangsiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, maka Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap pergi pada waktu pagi dan petang”.[3]Kalau makanan percuma ada dekat café KP pasti ramai yang berpusu pusu pergi nak dapatkan makanan itu kan.

Dalam sebuah Hadith lain: “Ada seorang lelaki buta datang kepda Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah tidak ada seorag pun yang memimpinku untuk pergi ke masjid”. Dia meminta keringanan kepada beliau agar diperkenankan untuk solat dirumahnya. Beliau pun mengizinkannya. Namun ketika ia hendak pulang, beliau memanggilnya kembali dan bertanya, “Apakah kamu mendengar azan?”. Ia menjawab, “Ya”. Beliau bersabda, “jawablah dengan datang ke masjid”.[4] Kalaulah orang butapun disuruh bersolat jemaah inikan pula penduduk BLOK KK yang tidak dapat dipastikan sama ada ada yang pekak atau buta.

Dalam hadith yang lain Ibnu Ummi Maktum seorang muazzin berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di kota Madinah ini banyak bintang melata yang membahayakan dan binatang buas”. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu mendengar Hayya ‘alsshalah, hayya ‘alalfalah, maka kamu harus menjawabnya (dengan datang ke masjid)”.[5] Tidak tahu pula sama ada di keliling BLOK KK ada binatang – binatang buas yang cuma ada hanya kucing yang comel dan jinak serta anjing yang penakut. Mungkin sebab itu mereka tidak pergi.

Bahkan dalam sebuah hadith riwayat Bukhari & Muslim’ Rasulullah SAW mengancam untuk membakar golongan yang tidak bersolat jemaah bersama rumah-rumahnya.[6] Jadi ayuhlah kita menyahut seruan ini khusus buat lelaki Blok KK kerana Allah SWT berfirman:

“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersama orang yang rukuk( solat berjemaah).[7]

Dan dalam hadith yang lain jua,

Dari Ibnu Mas’ud r.a, dia berkata,” Barangsiapa merasa senang apabila bertemu Allah besok (pada hari Qiamat) dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu tepat pada waktunya, setiap kali ia mendengar suara azan. Sesungguhnya Allah SWT mensyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW jalan-jalan petunjukNya. Seandainya kalian melakukan solat di rumah sebagaimana kebiasaan orang – orang yang tidak suka berjemaah, maka sungguh kalian telah meninggalkan sunnah Nabi kalian, maka kalian nyata-nyata telah tersesat. Aku benar-benar telah melihat antara kami (para sahabat) tidak ada seorangpun yang meninggalkan solat berjemaah kecuali orang – orang munafik yang telah dikenal kemunafikannya. Sesungguhnya pernah terjadi seorng lelaki didatangkan ke masjid, ia terhuyung hayang di antara dua orang sampai ia diberdirikan dalam shaf(barisan solat).”[8]

Moga-moga kita memohon kepada Allah supaya kita termasuk golongan yang sentiasa memelihara solat berjemaah………Jadi apa tunggu lagi, ayuh dan marilah kita bersolat jemaah.

3 comments:

  1. Anonymous11:51 PM

    What a information of un-ambiguity and preserveness of valuable knowledge concerning unexpected
    feelings.|

    Feel free to surf to my page; website ()

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:04 AM

    Heya i'm for the first time here. I came across this board and I find It really useful & it helped me out a lot.
    I hope to give something back and aid others like you aided me.


    Also visit my web blog: Christian Louboutin Outlet

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:12 AM

    Hello there, I discovered your web site by the use of Google
    even as looking for a related topic, your website came up,
    it appears to be like great. I've bookmarked it in my google bookmarks.


    Hello there, just turned into aware of your blog via Google,
    and found that it's really informative. I am
    gonna be careful for brussels. I will appreciate if you happen to continue this in future.
    Lots of other people will probably be benefited from your writing.
    Cheers!

    Feel free to surf to my weblog pc tools registry mechanic

    ReplyDelete