Khalifah dan Rakyat
Hembusan bayu baru segar berlagu
Beralih semilir angin mendayu
Bertukar musim namun hasrat tetap sama
Sujud dan tunduk pada yang kuasa
Jadinya khalifah suatu amanah
Jadinya rakyat tanggungjawab berhemah
Saling lengkap melengkapi erat
Di mataNya sama, sedari hakikat
Siapa jua diri, hamba Tuhan itu pasti
Tiada guna bongkak meninggi
Kerna mungkar meracun diri
Siapa jua diri, abid Tuhan itu hakikat
Kerna itu hatta khalifah atau rakyat
Tujuan hidup sama-sama kita ingat
Menuju keredhaanNya dunia akhirat
Sempena pilihan raya MusCom aku menulis
Dari Allah s.w.t. jua nukilan terlukis
Moga diterima dengan majelis
Asar, 13 Safar 1429H =)
credits to contributor.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home