Boleh ke buang air kecil berdiri???
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Rasulullah SAW melarang buang air kecil sambil berdiri sebagaimana diriwayatkan oleh sayyidatina Aisyah. Tetapi kemudian beliau buang air kecil sambil berdiri. Jadi bagaimana untuk mengkompromikan (di antara dalil-dalil ini) ?”
Jawapan:
Riwayat bahawa beliau melarang kencing sambil berdiri tidak shahih. Baik riwayat Aisyah ataupun yang lain.
Disebutkan dalam sunan Ibnu Majah dari hadits Umar, beliau SAW berkata :
Ertinya : “Janganlah engkau kencing berdiri”.
Hadith ini lemah sekali. Adapun hadith Aisyah, yang disebut-sebut dalam pertanyaan tadi sama sekali tidak berisi larangan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Hadith tersebut hanya menyatakan bahawa Aisyah belum pernah melihat Rasulullah SAW kencing sambil berdiri.
Kata Aisyah RA:
Ertinya : “Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahawa Nabi SAW pernah buang air kecil sambil berdiri maka janganlah kalian membenarkannya (mempercayainya)”.
Apa yang dikatakan oleh Aisyah tentu saja berdasarkan atas apa yang beliau ketahui sahaja.
Disebutkan di dalam shahihain daripada hadith Hudzaifah bahawa beliau SAW melewati tempat sampah suatu kaum, kemudian buang air kecil sambil berdiri.
Dalam keadaan seperti ini ulama fiqh berkata : “Jika bertentangan dua nash ; yang satu menetapkan dan yang lain menafikan, maka yang menetapkan didahulukan daripada yang menafikan, karena ia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh pihak yang menafikan.
Jadi bagaimana dengan hukum kencing sambil berdiri ?
Tidak ada aturan di dalam syari’at tentang mana yang lebih utama kencing sambil berdiri atau duduk, yang mesti diperhatikan oleh orang yang membuang air hanyalah bagaimana caranya agar dia tidak terkena percikan kencingnya. Jadi tidak ada ketentuan syar’i, apakah berdiri atau duduk. Yang penting adalah seperti apa yang beliau SAW sabdakan.
Maksudnya : “Lakukanlah tata cara yang boleh menghindarkan kalian daripada terkena percikan kencing”.
Dan kita belum mengetahui adakah sahabat yang meriwayatkan bahawa beliau pernah kencing sambil berdiri (selain hadith Hudzaifah tadi). Tetapi ini bukan bererti bahawa beliau tidak pernah buang air kecil (sambil berdiri) kecuali pada kejadian tersebut.
Sebab tidak lazim ada seorang sahabat mengikuti beliau ketika beliau SAW buang air kecil. Kami berpegang dengan hadith Hudzaifah bahawa beliau pernah buang air kecil sambil berdiri akan tetapi kami tidak menafikan bahawa beliaupun mungkin pernah buang air kecil dengan cara lain.
(Disalin dari kitab Majmu’ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Al-Bani, hal 135-137, Pustaka At-Tauhid)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home