Thursday, November 15, 2007

Kejadian Alam Semesta (Part 2)

SAMBUNGAN DARI PART 1

Pada tahun 1922, ahli fizik Russia, Alexandra Friedman telah pun menemui sesuatu yang menakjubkan. Berdasarkan pegiraan melalui computer yg canggih abad itu, beliau mendapati bahawa alam semesta ini sebenarnya sedang ‘Berkembang’ dengan kadar yg tertentu. Sekaligus menolak pendapat golongan Materialist yg menyatakan alam semesta ini tidak bernyawa, tidak bergerak (static) dan tidak berkembang.

Kajian demi kajian dilakukan. Akhirnya pada tahun 1929, Edwin Hubble berjaya membuktikan bahawa teori alam semesta itu berkembang (expand) adalah benar berdasarkan pemerhatian terhadap perubahan warna bintang yang menunjukkan perubahan jarak antara bintang dari bumi. Beliau berpendapat bahawa andai masa itu diputar ke belakang, maka alam semesta ini hakikatnya akan mengecut dan mengecil sehingga mencapai satu tahap dimana seluruh alam semesta dan masa dikumpulkan di dalam satu titik yang tidak mempunyai isipadu (zero volume) Titik ini lebih dikenali dengan nama point of singularity. Hasil daripada letupan yang besar yang dilakukan oleh Kuasa yang Maha Hebat inilah yang menyebabkan sepihan2 letupan tersebut disusun dan diatur dengan cantiknya sepertimana yg sedia ada hari ini. Hasil daripada letupan itulah,juga masa terbentuk dengan izinNya. Sekaligus menyangkal tanggapan golongan materialist bahawa masa itu infinite Letupan yang kuat itu lebih dikenali sebagai Big Bang.

http://www.dailygalaxy.com/photos/uncategorized/2007/06/04/bigbang_2.jpg

Banyak kajian dan eksperimen yang membuktikan berlakunya letupan besar (Big Bang). Antaranya adalah penemuan Cosmic Background Radiation pada tahun 1956 oleh Arno Penzias dan Robert Wilson yakni tenaga yang terbebas hasil daripada letupan. Secara logik, setiap letupan yang blaku akan disertai dengan pembebasan tenaga samada radiasi, haba atau bunyi. Teori ini dibuktikan melalui penemuan sejumlah tenaga radiasi yang terdapat di angkasa yang mana mempunyai kadar yang tetap dan tepat berdasarkan pengiraan matematik. Nah! Sekarang terbuktilah bahawa alam semesta ini terhasil akibat letupan besar (Big Bang) yang telah dilakukan dengan mudah oleh Allah S.W.T. Benarlah bahawa alam semesta ini diciptakan dan bukannya wujud dengan sendirinya. Di dalam Al-Quran turut dijelaskan perihal kejadian alam semesta akibat daripada letupan yang besar, perihal alamini sedang berkembang dan pelbagai bukti yang menunjukkan kehebatan Allah dalam mencipta alam semesta.

‘’Dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa di langit dan bumi dahulu keduanya menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air. Maka mengapa mereka tidak beriman?’’

Surah Al-Anbiya’ : 30

‘’ Dan langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan Kami benar2 meluaskannya( mengembangkannya ) ‘’

Surah Az-zariyat : 47

http://www.hecklerspray.com/wp-content/uploads/2006/04/big%20bang.jpg

Terbuktilah bahawa wahyu Allah yang turun 1400 tahun dahulu merupakan penjelasan yang benar dan tidak dusta.Al-Quran itu benar dan tiada kepalsuan. Hakikatnya, Sains pada hari ini telah membuktikan kewujudan tuhan dan membawa kita untuk lebih mendekatiNya khususnya sebagai hamba kepada yang Maha Pencipta. Sedarlah kalian sekalian bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar dan merupakan cara hidup yang terbaik. Beruntunglah bagi mereka yang mengabdikan diri padaNya

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment