Wednesday, October 31, 2007

MUHASABAH DAN NASIHAT BUAT PELAJAR MUSLIM

Hisablah diri anda sebelum anda dihisabkan.

* Adakah engku telah menunaikan sembahyang? Jika belum, segeralah engkau tunaikannya, takut maut datang menyerangmu tiba-tiba.

* Berapa waktukah engkau tunaikan sembahyang secara berjemaah? Kerana sesungguhnya Rasulullah tetap menunaikan sembahyang secara berjemaah walaupun di medan perang, bagaimana pula kalau dalam keadaan aman?

* Adakah sembahyang engkau dipenuhi dengan kekhusyukan? Sesungguhnya telah mendapat kejayaan orang-orang yang beriman yang khusyuk dalam sembahyang mereka.

* Adakah engkau berlaku baik kepada ibubapamu samada yang masih hidup atau yang telah mati?

* Adakah engkau telah meminta keampunan dari Tuhanmu dengan taubat yang nasuha?

No comments:

Post a Comment