MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Siti Zubaidah MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Wednesday, August 01, 2007

    Siti Zubaidah

    Walaupun amalan yang dilakukan adalah kecil dan bukan juga dia dari kalangan orang yang warak , tetap mendapat perlindungan dari Allah. Yang penting ialah kita perlu istiqamah dalam membuat amalan biarpun sedikit.

    Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

    Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengnnya,tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?" Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan bersyukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman,"Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

    Semoga dijauhkan dari bala.. tidak ada sesiapa di antara kita yg mahu mayatnya menjadi khinzir kelak. Marilah kita sama2 malu.....jangan lah menunjukkan lagi sikap kurang sopan dgn bercakap2, bersembang, menyanyi dan paling menyedihkan sekali melakukan maksiat pada waktu azan sedang berkumandang. Semoga sama2 kita mengambil peringatan. Semoga kita mati dalam beriman dan berdoalah agar orang yang kita rasa tak baik, akan mati dalam keadaan beriman juga kerana tiada yg mustahil dalam kehidupan ini...

    posted by muscom @ 8:10 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Aku ingin Bergelar....
    • Senyumla!!!
    • Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenap...
    • Booksale Report
    • Pinta Diri Ini
    • Hujan yg Lebat di KYUEM
    • Kisah Teh
    • MUSCOM Booksale 2007
    • Semaikan Cinta kita begini
    • Dalil Aurat

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter