MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Adik Beradik Islam MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, July 19, 2007

    Adik Beradik Islam

    Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah ditepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada taukey balak, ada taukey minyak sawit, ada taukey getah, ada taukey emas dan macam-macam lagi.Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu semuanya elok belaka. Pasti ada juga yang busuk.

    Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini bermula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang- abang yang kaya,mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik- adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adikyang miskin itu semampunya bagi menempelak abang-abang mereka yang kayaraya yang sudah lupa diri itu.Suatu hari selepas keluarga ini berkelah, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam.

    Perlakuan ini dilakukan di depan khemah abang-abang yang kaya itu.Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka mengacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannyadi depan khemah mereka sendiri.


    Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorangdaripada mereka cuba menyelamatkan siadik yang lemas itu tetapi di halang oleh abang atas alasan, marilah bawa berbincang dahulu. Jangan terburu- buru,bahaya.Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu olehsekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat- lazat.

    Tajuk persidangan kita hari ini adalah"Cara-cara menelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan". Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.Adik-adik yang lebih muda dan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang haram itu dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata : "Inilah orang muda suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambil jalan yang lebih berdiplomasi".

    Akhirnya si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram itu. "Ini resolusi kami.Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan perogolan itu dulu. Kita buat gencatan nafsu."Mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan mereka itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.Tentang si adik lelaki yang kelemasan,seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi di halang oleh abangyang lain."Hoi monyet! senyaplah.. pengkhianat!".Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

    Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja.Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Keadaan semakin genting. Adik beradikyang diketepikan itu mengadakan satu mesyuarat lain, kononnya tergempar. Kaliini mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatangharam mencabul adik perempuan kami.Selamatkan adik kami yang kelemasan".Tetapi mereka hanya memasang sepanduk disepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Adik beradik tadi hanyaterus menonton drama itu dari dekat selepas bermesyuarat tergempar itu.Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah sudah hampir mati. Hanya menuggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu diangkatlah lagi sepanduk "Selamatkan adik kami yangkelemasan" setinggi- tingginya degan harapan ada orang lain yang membantu.

    Bila melihat sepanduk itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan sepanduk yang baru.Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan..adik beradik lain pula terus bermesyuarat dan bermesyuarat untukmenghasilkan sepanduk dengan kata-kata yang lebih menarik...Itulah satu kisah keluarga besar di satu tempat yang di rahsiakan tempatnya

    Catatan:

    * Adik perempuan itu bernama PALESTINE

    * Adik lelaki itu bernama IRAQ

    * Abang-abang itu NEGARA ARAB yang kaya raya

    * Adik-adik yang senyap itu NEGARA ISLAMyang membangun dan mundur

    * Adik-adik yang berdarah muda ituGERAKAN-GERAKAN ISLAM

    * Mesyuarat itu adalah MESYUARAT OIC

    * Bapa yang mati adalah KHALIFAH

    posted by muscom @ 8:07 AM   2 comments

    2 Comments:

    At 12:24 PM, Anonymous Anonymous said...

    adik beradik Islam. Modul ini pernah digunakan sebagai salah satu modul latihan utk fasilitator di universiti tempat saya belajar.

    Tak sangka akan bertemu modul ini di sini. Oh ya.. salam lawatan balas dari sy.

     
    At 1:31 PM, Blogger Unknown said...


    zhengjx20160523
    adidas yeezy
    michael kors outlet
    ray bans
    michael kors handbags
    burberry sale
    ray ban sunglasses outlet
    michael kors outlet
    rolex watches
    christian louboutin sale
    michael kors outlet clearance
    kate spade handbags
    coach outlet clearance
    michael kors handbags
    coach outlet
    louboutin femme
    louis vuitton bags
    nike roshe run
    oakley outlet
    ray bans
    instyler
    cheap jordans
    rolex watches
    michael kors outlet
    hollister clothing store
    hollister clothing store
    coach outlet store
    true religion outlet
    louis vuitton outlet stores
    air jordan 8
    michael kors outlet clearance
    christian louboutin sale
    fitflop clearance
    kids lebron shoes
    true religion jeans
    ralph lauren
    toms outlet
    coach outlet online
    adidas originals store
    cheap oakleys
    louis vuitton handbags

     

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Satu Permulaan
    • Women of the Veil
    • Petikan Utusan Malaysia 14 Julai
    • PESONA CiNtA::Moga Kita Semua Terhindar dari Peson...
    • Kisah Penjual Tempe
    • koleksi Nur Jumaat
    • Ablution and Health Purity
    • Relativity in Quran
    • Kita ibarat Pinggan
    • Boycott Israel Campaign

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter