MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Xde Tajuk, hehehe.. MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Saturday, June 02, 2007

    Xde Tajuk, hehehe..

    Angin bertiup sepoi2 bahasa...
    guruh berdentum x henti2..
    kilat menyabung2...

    hehehe...berpuitis plak. Tu sbnarnye keadaan time asar tadi.
    Dalam perjalanan gi surau (macam jauh je), ku lihat org tengah
    angkat baju. ibarat kata2 org melayu (reka sendiri),
    'guruh di langit berdentuman, baju di ampaian dialihkan'.
    Alhamdulillah, Allah turunkan hujan, utk menyuburkan lg
    bumi LEMBAH BERINGIN ni.

    Okla, lpas asar tadi, ZAIM a.k.a SYURAH bg tazkirah...
    tazkirah die xde tajuk (ape la zaim ni)
    tp, jgn sangke tazkirah x bertajuk tu x berisi!!!
    bukan nye xde tajuk ke ape, cume banyak tajuk dlm satu...

    First, zaim cakap pasal adab tidur...
    pasal tidur ni ade la pesan Rasulullah
    kepada Ummul Mukminin, Saidatina Aishah:

    Rasulullah s.a.w pesan kat Aishah, klu nak tido, buat perkara berikut:
    -khatam al-Quran
    -minta kemaafan semua muslimin
    -minta keberkatan para nabi
    -melakukan haji dan umrah

    pastu, Aishah pun pelik la, sebab nak buat semua tu sblm tido,
    mcm x mungkin je.

    pastu Rasulullah pun jawab:
    -khatam al-Quran tu sbnarnye bace surah al-Ikhlas 3 kali, sebab
    bace skali je ibarat 1/3 al-Quran
    -camne nak mintak kemaafan smua muslimin? Dengan kite memaafkan semua
    muslimin.
    -mintak keberkatan para nabi? Cukupla dgn berselawat ke atas Rasulullah S.A.W
    -haji dan umrah-bertasbih, bertahmid dan bertakbir

    Lpas tu, Zaim pun ckp psl sabar.
    Rasulullah s.a.w, dibaling ngan najis, dikencing, dipukul smpi berbirat2,
    Rasulullah s.a.w ni paling tinggi darjat di kalangan makhluk,
    tapi still maafkan org2 yg buat salah kat die.
    Jom muhasabah diri kite, kite slalu ckp, kesabaran ade hadnye,
    tp, kite hamba yg ntah apela darjat di sisi Allah, xnak maafkan org?
    sedangkan Rasulullah s.a.w, kekasih Allah still maafkan org,
    siapela kite xnak maafkan org yg buat salah kat kite?
    Cube2la renungkan, n malula kat diri kiter ni

    Allah Ta'ala berfirman:
    "Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah
    kesabaran itu." (ali-lmran:200)

    Lagi Allah Ta'ala berfirman:
    "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala
    mereka dengan tiada hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)

    Juga Allah Ta'ala berfirman:
    "Orang yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang
    demikian itu niscayalahtermasuk pekerjaan yang dilakukan dengan hati
    yang teguh." (as-Syura: 43)

    So, tingkatkan kesabaran, dan maafkanlah org lain. Wallahualam.

    posted by muscom @ 5:47 PM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • Cuti!!!
    • Hak
    • Ihsan
    • Fitrah Manusia
    • Pengakuan Syaitan
    • Wasiat Rasulullah 10 & 11
    • Kenapa aku salah?
    • Rintihan Subuh di KYUEM
    • Mr Zaidi berkongsi tentang hati
    • Kerana 'IBU' Jari

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter