MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: Hamas n Fatah MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, June 21, 2007

    Hamas n Fatah

    http://www.seanrobins.com/images/photos/abbas_mahmoud.jpg
    mahmoud abbas

    KAHERAH: Masyarakat dunia khususnya negara Arab menyuarakan kebimbangan di atas ketegangan di Gaza yang disifatkan berkemungkinan menular ke Tebing Barat dan meminta pergerakan Hamas dan Fatah menghentikan sengketa bagi mengelak mengkucar-kacirkan rantau berkenaan. Amerika Syarikat menyuarakan rasa amat bimbang di atas perkembangan terbaru itu dan memberi sokongan padu terhadap keputusan Mahmoud membubarkan kerajaan campuran berusia tiga bulan dan mengisytiharkan perintah darurat, lewat kelmarin. Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, menggesa satu gencatan senjata segera diadakan ‘atas nama Arab dan demi kerjasama semua. “Pertempuran ini amat bahaya dan mengancam aspirasi dan perjuangan Palestin,” katanya selepas menghadiri mesyuarat wakil tetap 22 negara anggota Liga Arab di sini, semalam.

    Di MESIR, kerajaan mengerah pasukan polisnya meningkatkan keselamatan sempadan dengan Gaza. Pihak berkuasa turut meletakkan kereta perisai dan meriam air bagi mengelak sebarang kemungkinan kebanjiran penduduk Palestin cuba keluar dari Gaza. Polis juga memeriksa terowong bawah tanah di sempadan itu yang boleh dibolosi penduduk malang terbabit.

    Di AMMAN, pemerintah Jordan, Raja Abdullah menghubungi Mahmoud supaya segera menamatkan keganasan itu kerana ‘ia hanya memenuhi cita-cita musuh Palestin’, kata satu kenyataan rasmi. Perdana Menteri Jordan Marouf al-Bakhit menuduh pihak asing – merujuk kepada Iran, sebagai penyokong utama Hamas, hanya memburukkan lagi keadaan. Katanya, jika pertempuran itu menular ke Tebing Barat, ia hanya melemahkan kedudukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan mencetuskan masalah bagi Amman. Kira-kira 5.5 juta penduduk Jordan adalah rakyat Palestin.

    http://www.saudigazette.com.sa/gallery2/g2data/albums/190406/hamas.jpg
    tentera HAMAS??

    Di RIYADH, kerajaan Raja Abdullah lebih mengambil pendekatan berdiam diri, dipercayai kecewa dengan kegagalan usahanya sebagai orang tengah. Pemerintah Saudi itu mempertaruhkan kredibilitinya dalam satu mesyuarat di Makkah, Februari lalu antara Mahmoud dan pemimpin Hamas Khaled Meshaal dan disusuli kerajaan campuran yang lumpuh kelmarin apabila Mahmoud mengumumkan pembubarannya.

    Di DAMSYIK, Damsyik menegaskan ia mengikuti perkembangan itu dengan penuh kecewa dan menggesa perpaduan Palestin diutamakan. “Semua perlu bersatu bagi memerangi Israel, bukan sebaliknya.” Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit menggesa kedua-dua pihak bekerjasama dan menyatakan sokongan padu terhadap Mahmoud.

    http://atlasshrugs2000.typepad.com/atlas_shrugs/images/pal_protest_1.jpg
    tentera FATAH??kenapa berpecah-belah??

    Di WASHINGTON, Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice mengulangi sokongan padu terhadap Mahmoud dan tindakannya membubarkan kerajaan campuran itu. Di LONDON, Setiausaha Luar Britain Margaret Beckett menyifatkan keadaan di Gaza sebagai amat membimbangkan dan menggesa semua pihak bersetuju diadakan gencatan senjata segera.

    Di BRUSSELS, Pesuruhjaya Bantuan Kemanusiaan Eropah Louis Michel menggesa satu persetujuan diadakan di Gaza bagi membolehkan mangsa yang cedera dirawat selain menghantar bantuan makanan, air dan perubatan. – AFP/AP

    posted by muscom @ 8:12 AM   0 comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    Previous Posts

    • al-Qiyaamah
    • Islam vs Sekular
    • Perkongsian
    • Meeting With Allah
    • Parable of the Pencil
    • Akhlak itu bukan lalang
    • Sumayyah
    • Awards Day
    • Kekurangan
    • Yakin

    Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter