Maghrib smalam, ade kuliah ustaz Maliki..
So sesape yg ter'miss' smalam, leh la bace summary dr blog ni...
Ustaz bincang psl wasiat ke-10 n 11 Rasulullah S.A.W.
Wasiat ke sepuluh secara umumnya pasal PUASA...
(oh, klu korg nak tau, skarang, makan malam Isnin n Khamis ayam wooo..
sedap, so ni salah satu tarikan utk org berpuasa..)
OK, balik kpd topik asal, puasa...
Rasulullah S.A.W suruh kiter kerjakan puasa kerana tiada amalan setandingnya..
Nak tau nape? Sebab puasa ni ibadah yg senang nak ikhlas,
sebabnye? klu korg x ikhlas, dah lame bukak puasa,
tp korg tahan puasa korg kerana harapkan keredhaan Allah..
Psl puasa ni lg, pahala org berpuasa Allah yg tentukan.
X ke best tu!!!!
Ibadah ni gak menunjukkan Islam ni agama yg lengkap.
Puasa ni dpt hubungkan jiwa hamba & pencipta, selain dpt menyelami
perasaan org2 miskin yg kurang makan...
pastu bincang psl hadis...
ni sebab, ade org yg salah tafsir hadis
Contoh, ade org yg gunekan hadis ni utk bercouple:
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sempurnalah keimanan
seseorang itu sehingga ia mencintai kepada saudaranya - sesama musliminnya - perihal apaapa
yang ia mencintai untuk dirinya sendiri." (Muttafaq 'alaih)
So, jgnlah slh gunekan hadis n ayat Quran dan tafsir ikut hawa nafsu.
Kerana, ahli kitab tu dilaknat oleh Allah kerana tafsir ayat Allah ikut hawa nafsu diorg.
Pastu, Wasiat ke-11, TAUBAT
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengampunan kepada
Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali." (Riwayat Bukhari)
lg satu,
Dari Aghar bin Yasar al-Muzani r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan
daripadaNya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali."
(Riwayat Muslim)
ok, ape yg anda paham?
camnila, klu kite tgk hadis2 di atas, nabi yg maksum pun bertaubat 100 kali sehari.
Cube muhasabah diri jap..Kite ni yg terlalu amat banyak dosa,
berapa kali taubat sehari, or ade ke kite pikir nak taubat?
klu kite rase diri ni xde kesalahan, tu merupakan satu kesalahan..
kite selaku umat akhir zaman x terlepas dari dosa.
Tp, Allah amat suke hambanya yg bertaubat,
Dari Abu Hamzah yaitu Anas bin Malik al-Anshari r.a., pelayan Rasulullah s.a.w.,
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Niscayalah Allah itu lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya
seseorang dari engkau semua yang jatuh di atas untanya dan oleh Allah ia disesatkan di
suatu tanah yang luas." (Muttafaq 'alaih)
Allah sentiasa bukak pintu taubat.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa
bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang
itu." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Abdur Rahman yaitu Abdullah bin Umar bin al-Khaththab radhiallahu
'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla itu menerima taubatnya seseorang hamba selama
ruhnya belum sampai di kerongkongannya - yakni ketika akan meninggal dunia."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
So, rebutlah peluang di kala kite masih mude n ade lg kekuatan utk beribadah.
klu ade teringat dose yg kite dah buat, cepat2la bertaubat.
sebab kite x tau, bile Allah akan cabut nyawa kiter..
So, Hari ni, da brape kali anda bertaubat?