MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: March 2007 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Friday, March 30, 2007

    Satu Penerbangan

    SATU PENERBANGAN...

    Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat.
    Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

    1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


    2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.


    3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.


    4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

    5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

    6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

    7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

    8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

    9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

    10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

    11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

    12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.

    13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

    14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

    15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

    16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.

    17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

    18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

    19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


    Ya! Berita Baik!!


    10.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!


    Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan


    ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

    posted by muscom @ 3:32 PM   0 comments

    Tuesday, March 27, 2007

    Contoh Kegiatan harian Remaja Masa Kini

    Contoh Kegiatan Harian Remaja Kini

    Hobbies and Interests:
    jalan tgh malam.. stay sampai kul 2 3.. tgk movie kul 3 pagi.. ronda2 ngan beskal.. baca buku free kt kedai.. chatting kat cc.. makan.. bangun lambat.. men game ps2.. scan gambaq.. dengaq lagu kt winamp.. donlod manga.. inbisibel kt ym.. hahahah~~

    Favorite Books:
    GEMPAK, Hype, Utopia, Dragon Ball, Mastika, Ujang, Apo?, Pendekar Laut, Wira Tunggal, Death Note, Naruto, Bleach, MAR, Yakitate Japan, Shaman King.... buku tepon.. yellow pages.. kamus.. buku teks.. Aku Anak Timur, Kapten Hassan, Merdeka! Merdeka!, Perlumbaan Kedua, Julia..

    Favorite Movies:
    Final Destination, Back To The Future, Mission Impossible, The Time Machine, Harry Potter, Lord Of The Ring, Spiderman, Shrek, I Robot, Sky Captain and The World of Tomorrow, I Know What You Did Last Raya, Kungfu Hustle, Resident Evil, The Chronicles of Narnia, King Kong, Final Fantasy, Anak Mami.. dan byk lagi.. huhaha~~

    Favorite Music:
    Red Hot Chili Pepper, Giegiel, Linkin Park, Son by Four, Blink182, Maroon5, The Corrs, Muse, Robbie Rilliam, Savage Garden, Vertical Horizon, 3 Doors Down, Omar Sizlo, Disagree, System Of A Down, Simple Plan, Spider, Misha Omar, Kiroro, Hoobastank, Mario Winnans, Peterpan, Dewa, Nickelback, Asian Kungfu Generation, Akeboshi, Amuk, Radja, Yasunori Mitsuda, High and Mighty Color, OST Anime.. dan ntah hapa2 lagi ntahh.. :D

    Favorite TV Shows:
    Survivor, Fear Factor, Senario, Crayon Shin Chan, Doraemon, Pokemon, Digimon, Naruto, Prince of Tennis, Late Show With David Letterman, Smallville, Charmed, Jake 2.0, National Geographic, Misteri Nusantara, Majalah 3, 999, Mega Movie TV3, Buletin Utama, Nightline, Edisi 7, Edisi Siasat, My Time Out, Seekers, Super Rookie, Wonderful Life, Happy Tree Friends, Still Standing, Extreme Makeover, Worst-Case Scenario, Wakenabeb, Just For Laugh, Thursday Nite Life, iklan2 petronas, tnb..

    posted by muscom @ 10:03 PM   0 comments

    Setahun Palestin Masih Bertahan

    Oleh : Ustaz Halim

    Menjelang dan pada hari Pilihanraya Umum Palestin Kedua pada 25 Januari 2006, saya ketika itu di Mekah, asyik menatap TV siaran rangkaian Al-Jazeerah, beberapa kali sehari, dari pagi ke malam menyaksikan satu turning point sejarah kemanusiaan yang besar. Seluruh dunia memberi fokus. Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter, penaung Perjanjian Camp David yang menjijikkan, sendiri datang ke bumi Palestin untuk menyaksikan dengan lebih dekat proses bersejarah ini. Sehari sebelum pilihanraya, pada 24 Januari 2006, saya sempat menghantar email kepada sebahagian rakan-rakan sekolah dulu dan lain-lain egroup yang ada dalam senarai dengan kata-kata, "Esok hari bersejarah Fatah+Israel+ US+Eropah+ Rusia dll vs HAMAS, saksikan". Respon yang diterima ialah "Fatah ni apa? Hamas ni apa? ". Ini respon dari para graduan. Bagaimana agaknya ya kepekaan dan maklumat masyarakat kita di desa .

    Pada 25 Januari 2007, lebih sebulan yang lalu, genap setahun umat Palestin berada di fasa baru dalam sejarah mereka. Fasa sebuah gerakan Islam, Hamas menang pilihanraya, membentuk kerajaan, memimpin dan membimbing sebuah negara yang sedang dijajah bukan sahaja oleh Yahudi Israel secara berdepan tetapi dibelakangnya oleh Amerika Kapitalis, Eropah Imperialis, Rusia Komunis dan kebanyakan negara-negara dunia yang rela atau terpaksa tunduk kepada kesemua atau mana-mana dari Kuasa-kuasa Besar di atas. Sebaik Pilihanraya Umum Palestin 25 Januari 2006 disiarkan keputusannya, Hamas menang lebih 60%, Kuasa-kuasa Besar yang menguasai dunia memaksa Palestin dipencilkan. Bantuan kewangan dipotong. Bank-bank dalam Palestin diarah tidak bermuamalah dengan Kerajaan Palestin. Ibu bapa yang ke bank untuk mendapatkan wang dari cek yang dihantar oleh anak mereka dari luar negara pulan rumah hampa kerana pihak bank tidak dapat melayan cek tersebut. Ada menteri dari Hamas yang ditangkap di
    sempadan hanya kerana mereka terpaksa membawa wang bantuan dari masyarakat luar secara tunai di sempadan ! Amerika mengarahkan negara-negara Islam agar tidak menyalurkan bantuan kepada Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh. Malangnya kesemua negara Islam akur kerana takut kepada Amerika dan Barat, membiarkan saudara mereka di Palestin kelaparan dan tanpa gaji kerajaan lebih setahun hingga ke hari ini, mengikut kehendak Amerika dan Eropah untuk melihat Kerajaan Palestin dari Hamas gagal. Kebanyakan kerajaan negara-negara Islam samada tidak langsung menyalurkan bantuan atau berpura didepan rakyatnya dengan menyalurkan bantuan, tetapi sebenarnya kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas dari Parti Fatah yang tewas teruk dalam Pilihanraya 2006 lalu.

    Parti Fatah menang kerusi Presiden tanpa bertanding pada tahun 1993, tanpa bertanding, kerana Parti Hamas memboikotnya. Mahmud Abbas mengambil alih jawatan Presiden dari Yasser Arafat, yang mati misteri di Paris sehinggalah Pilihanraya Presiden yang akan diadakan selepas ini nanti. Walaupun telah kalah dalam Pilihanraya 2006, Parti Fatah dan Presiden tetap menikmati bantuan ratusan juta dollar dari Barat, ratusan juta dollar dari negara-negara Islam yang disalurkan kepada Presiden Mahmud Abbas tanpa kabinet disamping polis tetap dibawah arahan Presiden dan tidak diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri seperti yang sepatutnya. Kedutaan-kedutaan Palestin dari PLO masih dibawah Parti Fatah dan siaran telivisyen tidak diserahkan dibawah Kementerian Penerangan. Amerika dan Barat tahu benar bahawa semua ini tidak demokratik, namum prinsip demokrasi yang mereka sering laungkan di negara mereka tidak sama dengan demokrasi yang mereka ingin dilaksanakan di dunia Islam.

    Gerakan Hamas (ditubuhkan tahun 1987) berpendirian bahawa bumi Palestin adalah Islam dan sedang dijajah. Wajib membebaskan Palestin berdasarkan Ijmak Ulamak yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Telah sepakat semua ulamak mazhab, terdiri dari Mazhab Hanafi dalam kitab Mujammak Al-Anhar fi Syarh Multaqa Al-Abhar, Mazhab Maliki dalam kitab Balghah As-Salik li Aqrab Al-Masalik, Mazhab Syafie dalam kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi dan Mazhab Hanbali dalam kitab Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah bahawa wajib fardhu ain membebaskan dengan Jihad setiap inci bumi Islam yang diceroboh oleh musuh. Oleh itu kehadiran Yahudi yang dibawa masuk oleh British mulai tahun 1917 dan kelahiran "negara Israel" pada tahun 1947 yang "disahkan" oleh PBB pada tahun 1948 adalah suatu pencerobohan dan penjajahan yang tidak boleh diiktiraf, wajib Jihad sehingga Palestin kembali merdeka keseluruhan buminya. Disegi realiti juga, tegas mereka, "Israel" akan terus dikembangkan oleh musuh-musuh ini sehingga
    merangkumi seluruh Timur Tengah.

    Gerakan Fatah pada awalnya, di tahun-tahun 1960an, berpendirian hampir sama dengan Hamas tetapi berakhir pada hari ini dengan pendirian mengiktiraf kewujudan dan negara Israel di bumi Palestin, meletak senjata dan tidak menentang kewujudan dan kepimpinan Yahudi dalam bentuk Kerajaan dan Negara Israel di bumi Palestin. Disegi realitinya juga, kata Fatah, kita kena menerima realiti semasa atau jika tidak harus sedia menerima padah dari Kuasa-kuasa Barat dan Israel.

    Pendik kata, Hamas memilih untuk bangkit menentang penjajahan Israel dan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan Fatah memilih untuk menyerah kepada realiti semasa dan menyerah nasib kepada agenda "masyarakat antarabangsa" yang dipimpin oleh agenda Zionis Yahudi melalui Kuasa-kuasa Besar Amerika, Eropah dan Rusia.

    Pilihanraya 25 Januari 2006 lalu, umat Palestin memilih Hamas dan pendiriannya, memilih penentangan dan tidak mengiktiraf pencerobohan di bumi mereka warisan umat silam. Kini mereka yang bekerja dengan kerajaan tidak mendapat gaji berbulan-bulan lamanya. Pada bulan Ramadan 2006 lalu, Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata bahawa beliau sendiri hanya mendapat gaji dua bulan sahaja.

    Namun anehnya dan apa yang mengkagumkan kita, umat Palestin terus mendokong Hamas, pilihan mereka dalam pilihanraya lalu. Hamas menang lagi dalam pilihanraya Persatuan Jururawat dalam bulan Jun 2006 dengan memenangi lebih dari 70% kerusi yang dipertandingkan. Peratus yang hampir sama juga diperolehi Hamas dalam pilihanraya di universiti-universi ti dalam Palestin pada akhir tahun 2006 lalu. Apalah lapar pada mereka sedangkan mereka telah berkorban lebih dari itu dengan menyumbangkan para syuhadak dari kalangan belia-belia mereka demi membebaskan Palestin dari penjajahan musuh. Tawaran ratusan juta dollar oleh Amerika untuk mereka dengan syarat mengiktiraf "Israel" dan meletak senjata sedikit pun tidak menambat hati mereka.

    Saya melihat sendiri di kaca telivisyen di Damsyiq, Syria suatu yang mengharukan terjadi dibulan Ramadan lalu, setelah 8 bulan sekatan wang, penangkapan sebahagian menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen Hamas oleh Israel, tekanan Barat dan juga malangnya, negara-negara Islam, sedang Aidil Fitri menjelang tiba. Ia seolah kemuncak tekanan dan akan menyusul selepas itu kemuncak yang lebih teruk lagi. Kedengaran khabar yang ingin menunjukkan Hamas akan mula mengalah, mengiktiraf "Israel", meletakkan senjata atau menyerahkan kuasa dan nasib umat kepada Fatah, dan sebagainya. Dikatakan bahawa berlaku perbincangan panjang diantara Hamas dalam Palestin dengan Hamas di luar Palestin seperti Ketua Politik Hamas, Khalid Masy'al yang tinggal dalam buangan di Damsyiq, Syria. Akhirnya Perdana Menteri, Ismail Haniyeh muncul di hadapan puluhan ribu rakyat Palestin yang sedang berhimpun dan menyatakan dengan terang dan tegas sebanyak tiga kali, "Kita tidak akan mengiktiraf Israel ! Kita tidak
    akan mengiktiraf Israel ! Kita tidak akan mengiktiraf Israel ! " disambut dengan takbir dan laungan rakyat jelata yang lapar lagi tertindas. Mereka rela berkorban diri dan keluarga demi memastikan isu Palestin yang dijajah terus jelas dilembaran sejarahnya untuk kita umat Islam dan generasi akan datang. Benarlah hadis Rasulullah saw, "Akan ada segolongan dari umatku, terus terang dengan kebenaran, tidak memudaratkan mereka oleh orang-orang yang hendak menganiaya mereka sehinggalah datang ketentuan dari Allah sedang mereka masih dalam keadaan tersebut (terus terang dengan kebenaran)". Para Sahabat bertanya, "Dimanakah mereka ya Rasulullah?" . Nabi saw menjawab, "Di Baitul Maqdis (Jerusalem) dan disekelilingnya (Syam termasuk Palestin)".

    Lebih setahun telah berlalu, umat Islam di Palestin masih dapat bertahan dan insyaallah akan terus bertahan dan berjuang sehingga datang nanti ketentuan dari Allah swt. "Mereka (musuh-musuh) mahu memadamkan cahaya Allah (agama dan negara Islam) dengan mulut-mulut mereka sedang Allah enggan dan sebaliknya akan menyempurnakan cahayaNya (kemenangan Islam) walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya" (Al-Taubah : 32).

    posted by muscom @ 10:00 PM   0 comments

    kerana itu jalan pilihanku

    Kerana Ini Jalan Pilihanku


    oleh: Muharikah

    swanseaBerapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu tempat di Wales !

    ‘ Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

    Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London .

    ‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

    Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

    ‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

    Dia masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala isi hatinya yang terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa dingin itu.

    ‘ Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam hadhari’

    Teringat dulu ayah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

    ‘ Ayah memang kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah. Macam mana nanti kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa? Kau nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau nak kasi mereka makan pasir ke?’

    Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan ayah di balik telefon.

    Setiap kali aku mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

    ‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)

    Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa matang dan ada pancaran-pancaran jerawat di mukanya. Badannya sedikit gebu. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah; dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.

    ‘Ayah…’ ujarku dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek tuduhan-tuduhan si ayah.

    ‘Ayah, Hisham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma fail satu modul sahaja.’

    ‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Ayah memotong.

    ‘Bukan begitu. Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena ulang tahun.’

    Aku membayangkan betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

    ‘Abang ikut tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’ begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

    Barangkali kerana itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut tabligh ayah! Hisham ikut tarbiyah!

    ‘Modul periksa itu modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Hawa dan Hisham kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

    Ayah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

    ‘Apapun, ayah tak nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

    Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

    Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

    ‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je?Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah ?Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’ Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

    ‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini. Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’

    ‘ Kau memang dah berubahlah, Sham.’ Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

    Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

    ‘ Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi,’ ( Al-A’raf: 7)

    Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

    ‘ Wahai orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

    Kerana itu Hisham ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu! Dan Hisham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Hisham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Hisham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

    Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia mahu ayahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada ayah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

    ‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

    ‘Result abang dah dapat dah ini..’ Siti Hawa berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

    Aku membuka sampul itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

    ‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

    Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

    ‘Assalamualaikum ayah, Hisham dapat first class honor.….’

    Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai keriangan hatinya…

    posted by muscom @ 9:58 PM   2 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter