MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: May 2006 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Wednesday, May 17, 2006

    Pentingnye sifat Qanaah...=)=)

    If you cant have wut you like...then try your best to like wut u have.. =)

    watch this!
    http://sonic200.com/others/tuongphan.htm

    posted by muscom @ 5:28 PM   0 comments

    Saturday, May 13, 2006

    assalamualaikum..Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita...
    ********************************************************
    MUTIARA MINDA
    Teringat pesan ayahanda..."Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."Subhanallah, betapa alpa nya kami...sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat...
    **************************************************
    Peringatan buat diriku yang sering lupa....Adakah kita seorang Islam????Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..Apakah pilihan kita?

    Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad...fitnah..gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

    Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

    Adakah kita yakin kita seorang Islam???Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun.Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

    Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat.Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya.

    Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

    Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
    Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
    Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
    Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
    Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah?
    Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
    Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
    Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita?
    Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

    Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!Siapa kita....???? Wallahu'alam

    4 ibu utama:
    A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
    1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
    3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
    4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

    B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
    C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :Orang yang tidak melakukan sholat pada :
    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

    posted by muscom @ 11:26 PM   0 comments

    Thursday, May 11, 2006

    Oh Allah,,I almost sold Islam for twenty pence!

    Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.

    As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount?

    Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet.

    When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave me too much change."

    The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."

    When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!

    Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, Insha Allah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslim

    posted by muscom @ 6:08 PM   0 comments

    Wednesday, May 10, 2006

    50 tanda orang munafik...Nauzubillah..

    1. Malas beribadat
    2. Lupa kepada Allah
    3. Melalaikan solat fardhu
    4. Mempercepatkan solat
    5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
    6. Meninggalkan solat Jumaat
    7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
    8. Menyuruh kepada kemungkaran
    9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan
    10. Mengamalkan riya'
    11. Hasad dengki
    12. Dusta
    13. Mungkir janji
    14. Bakhil
    15. Fitnah
    16. Mencaci maki
    17. Mengumpat
    18. Mengungkit pemberian dan menyakiti hatinya
    19. Mengengkari takdir Allah
    20. Mempersendakan kesucian agama
    21. Enggan berjihad di jalan Allah
    22. Menghina sahabat Rasulullah
    23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
    24. Menangguhkan pembayaran hutang
    25. Menipu dalam jualbeli
    26. Ghasab(mengambil tanah org lain tanpa hak)
    27. Bercampur dgn org2 yang memperolokkan ayat Allah
    28. Memakan harta anak yatim
    29. Membuka rahsia org lain
    30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa
    31. Memanggil org dgn gelaran yg tdk disukai
    32. Menghalang org dari mengamalkan ajaran islam
    33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan org
    34. Bermuka dua
    35. Menyanjung dan memuji org tanpa mengetahui keadaan sebenarnya
    36. Sombong sesama manusia
    37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
    38. Melampaui batas yang digariskan Allah
    39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
    40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
    41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
    42. Mengkhianati sesuatu amanah
    43. Memutuskan silaturrahim
    44. Memecahkan perpaduan kaum muslimin
    45. Menghalalkan perkara haram
    46. Membuat kerosakan di muka bumi
    47. Menuduh org beriman bodoh
    48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat2 Allah
    49. Bersumpah dgn selain nama Allah
    50. Merasa gembira apabila musibah menimpa org beriman

    **renungkanlah.....adakah kita termasuk dalam golongan di atas,,,samada secara sedar ataupun tidak...

    posted by muscom @ 7:19 PM   0 comments

    Let us play a trick on the man...

    A young man, a student in one of the universities, was one day taking a walk with a Professor, who was commonly called the student's friend, from his kindness to those who waited on his instructions.As they went along,they saw lying in the path a pair of old shoes, which they supposed to belong to a poor man who was employed in a field close by,and who had nearly finished his day's work.

    The student turned to the professor, saying: "Let us play the man a trick: we will hide his shoes, and conceal ourselves behind those bushes, and wait to see his perplexity when he cannot find them."“My young friend," answered the professor, "we should never amuse ourselves at the expense of the poor.

    But you are rich, and may give yourself a much greater pleasure by means of this poor man. Put a coin in each shoe, and then we will hide ourselves and watch how this affects him."The student did so and they both placed themselves behind the bushes close by.

    The poor man soon finished his work, and came across the field to the path where he had left his coat and shoes.While putting on his coat he slipped his foot into one of his shoes, but feeling something hard, he stooped down to feel what it was, and found the coin. Astonishment and wonder were seen upon his countenance.

    He gazed upon the coin, turned it around, and looked at it again and again.He then looked around him on all sides, but no person was to be seen. He now put the money into his pocket, and proceeded to put on the other shoe; but his surprise was doubled on finding the other coin.His feelings overcame him; he fell upon his knees, looked up to heaven and uttered aloud a fervent thanksgiving in which he spoke of his wife who was sick and helpless, and his children without bread, whom this timely bounty, from some unknown hand,would save from perishing.

    The student stood there deeply affected, and his eyes filled with tears. "Now," said the professor, are you not much better pleased than if you had played your intended trick?"The youth replied, "You have taught me a lesson which I will never forget.I feel now the truth of these words, which I never understood before:"It's more blessed to give than to receive"

    posted by muscom @ 6:27 PM   0 comments

    Ada apa dengan cantik??

    Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

    Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

    Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

    Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

    Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada AKHLAKNYA. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

    Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

    Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sesungguhnya Allah swt Maha Adil... Nescaya disayangi Allah serta makhluk- makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala- pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

    Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebenar2 nikmat?

    posted by muscom @ 5:58 PM   0 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter