MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls: March 2006 MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Wednesday, March 29, 2006

    SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

    Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

    1. Keluarga
    2. Hartanya
    3. Amalnya...........................

    Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

    1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
    2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

    Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    >>Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
    >>Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
    >>Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
    >>Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

    Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

    >>Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
    >>Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
    >>Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
    >>Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

    Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

    >>Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
    >>Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan...
    >>Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
    >>Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
    >>Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

    Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    >>Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
    >>Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
    >>Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

    Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    >>Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
    >>Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
    >>Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

    Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

    >>Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...
    >>Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
    >>Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
    >>Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

    Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

    >>Kini Kau Tinggal Seorang Diri
    >>Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
    >>Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
    >>Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri

    >>Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
    >>Hari Ini,.... Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku
    >>Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu
    >>Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

    Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,

    "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya .Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku. Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"


    posted by muscom @ 2:44 PM   0 comments

    Thursday, March 16, 2006

    TERPISAHNYA ROH DARI JASAD....

    Assalamu’alaikum wm.wrt

    Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku.

    Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

    Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.

    Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

    Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

    Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

    Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

    Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

    Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

    Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

    Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

    Sekian,wallahu a’alam.Wassalam.

    posted by muscom @ 8:52 AM   0 comments

    TEKA TEKI IMAM GHOZALI...

    1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
    2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
    3. Apa yang paling besar di dunia ?
    4. Apa yang paling berat di dunia ?
    5. Apa yang paling ringan di dunia ?
    6. Apa yang paling tajam di dunia ?

    Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya.
    Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

    Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

    Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

    Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

    Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

    Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

    Sekian. Wassalam.

    posted by muscom @ 8:49 AM   0 comments

    Friday, March 10, 2006

    Kisah Tudung

    Bacalah utk peringatan semua...

    Saya memang dah lama nak suarakan rasa terkilan dan musykil di hati ni. Lupakanlah sebentar tentang saudari2 kita yg masih tak dapat "seru" memakai tudung tapi yg kita nak saya tulis ni ialah yg pasal trend memakai tudung dan tutup aurat itu sebenarnya..sudah tidak selari .... dah lari dari matlamat dan kehendak Islam itu sendiri..

    Sekarang ni kalau nak compare dgn era 80's alhamdullilah dah ramai wanita remaja memakai tudung. Fenomena memakai tudung bukan hanya dapat dilihat disekolah ,IPT , pejabat gomen ,di kilang 2 pun majority pekerjanya wanitanya memakai tudung , bukan hanya beranika corak malahan beranika fesyen pulak tu.. dapat kita perhatikan sebegitu ramai makcik2, cik kak2, adik2 kita yg bertudung dikepala tak kira le tahap mana education backgroundnya.

    Beginilah isi surat saudara tuh...

    1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg ter! sebut jelas didlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

    2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah "ter "atau sengaja..) ni masa saya kat UK dulu summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show ...

    3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki.....

    4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok ... kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih mele pak tu kita dedahkan..

    5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/bela! h kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu...

    6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali...touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc....sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

    7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak...ooo...saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

    8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu ..."si Adik " tu tetaplah nampak, besar ke , kecik ke....org masih boleh buat terkaan...

    9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari...etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

    Betul...di era 80's dulu tak ramai kita nampak wanita bertudung tapi satu (bertudung ) di antara sepuluh yg tak bertudung tu menepati ciri menutup aurat sebagaimana dlm al-Quran. Mak cik saya dah bermini-telekung stail ni pada tahun 1982, dia student UM dan saya berusia 8 thn time tu. Alhamdullilah , dia istiqamah sehingga (dah beranak -pinak pun..)dan tak pernah change pun stail
    bertudung..warna tudung biasanya hitam , putih , biru tak match pun dgn baju.
    Mini-telekungnya berjahit bukannya berpinkan brooce /kerongsang..

    Ustaz /ustazah dah ajar masa sekolah dulu aurat wanita keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan. sometimes officemate kita yg non-muslim pu confused diaorg ada tanya pakai tudung cara yg man! a yg paling betul dan tepat as Islamic Rules. Kenapa ramai sgt wanita Islam kini pakai tudung pun tak standard (tak ikut standard al-Quran) tapi ikut standard fesyen terkini kot!
    -sbb dah ada yg kata kalau tutup semua, tak apply lipstick, tak dak yg nak pandang, susah lah nak dpt jodoh.... bab ni saya tak dpt nak kata apa dah....ada pulak officemate (wanita Islam ) yg tanya depan non- muslim " semlm aku nampak ada perempuan sembahyang kat surau Kotaraya langsung tak pakai telekung, dia pakai baju dan tudung yg dia pakai tu aje.." Kita pun tanya "baju cam na,
    tudung cam na . Dia pun terpinga-pinga, cam tak satisfied pulak dgn jawapan kita.

    So ,bab bertudung ni jgnlah kita mendabik dada kata yg bila kita dah tutup kepala maknanya kita dah menutup aurat dah... sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex..sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup au! rat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin
    nak nampak glamour sikit..canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati...bukan main ambil separuh2 yg kita suka ...no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!

    Wallahualam

    saja aku ambil dan paste kan kat sini....
    untuk kaum wanita yang aku sanjungi...
    kalau takdak wanita..mana nak mai aku nih?
    kalau yang ada bini tak bertudung dengan betul....
    nasihatkanlah...agar dia bertudung...... dengan sebenarnya bertudung....
    sebab kita yang laki ni tak larat nak tanggung dosa kering....
    biaq nampak tak glamer di luaq takpa....
    tapi nanti nampak glamer dalam syurga.....insyaallah....

    posted by muscom @ 11:12 AM   0 comments

    Kenali 5 golongan yang menghina al-Quran


    OLEH: DATO' DR HARON DIN

    PERIHAL penghinaan terhadap al-Quran bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sudah berlaku seawal Islam itu diturunkan kepada manusia. Bentuk dan caranya sahaja yang berlainan tetapi natijahnya sama iaitu penghinaan terhadap al-Quran.


    Menghina al-Quran bererti menghina Islam. Menghina Islam bererti menghina Allah SWT. Di akhir-akhir ini heboh (bukan Sure Heboh), berita panas tentang al-Quran diletakkan dalam tandas yang dipetik sumbernya daripada majalah Newsweek edisi 9 Mei 2005 di ruangan Periscope halaman 5.

    Disiarkan berita ekslusif mengenai pasukan penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan taktik deraan terhadap tahanan Islam di Teluk Guantanamao (Gitmo) di Cuba, tajuk berita asalnya ialah 'Scandals speards'.

    Lebih malang lagi menurut sumber tersebut, al-Quran bukan sekadar diletakkan dalam tandas, malah difahamkan ianya dijadikan kertas pengelap najis dan dimasukkan ke dalam mangkuk tandas.

    Malah akhbar juga memaparkan bahawa aduan mengenai penghinaan terhadap al-Quran berlaku sejak tahun 2002 lagi.

    Media-media dalam negara juga memaparkan berita-berita mengenai penghinaan terhadap al-Quran yang mencetuskan kemarahan amat sangat di kalangan umat Islam khususnya di Afghanistan dan Pakistan yang mengakibatkan beberapa rusuhan berlaku.

    Rusuhan tersebut mengakibatkan ramai yang terkorban dan beratus-ratus orang tercedera.

    Dalam negara kita pula, akhbar melaporkan tentang suatu kes 'Jubin hina Islam dirampas.' Berita tersebut Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) merampas sejumlah jubin lantai mengandungi tulisan mirip kalimah Allah dalam serbuan di dua kedai di Kulai, Johor.

    Saya memetik laporan, bahawa menurut sumber itu, jubin tersebut dikesan hasil aduan orang ramai dan pemeriksaan mendapati tulisan kalimah Allah, jelas pada corak permukaan jubin.

    Saya menyebut di awal tadi bahawa sejarah manusia menghina wahyu Allah, iaitu al-Quran, bukan perkara baru. Sewaktu Islam mula berkembang dalam keadaan pengikutnya yang amat terhad ketika pengikutnya terdiri daripada golongan lemah dan tidak berdaya, al-Quran dihina oleh masyarakat jahiliyyah dengan mengatakannya sebagai cerita-cerita donggeng.

    Peristiwa ini dipaparkan oleh al-Quran dalam banyak surah. Antaranya firman Allah yang mafhumnya;

    "Apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Allah, dia berkata itu adalah cerita-cerita donggeng. Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang mereka selalu usahakan itu menutup hati mereka dari kebenaran." (Surah al-Mutaffifin ayat 13-14)

    Allah berfirman yang mafhumnya;

    "Orang-orang yang kufur itu, apabila mendengar ayat-ayat Allah, mereka akan mengatakan bahawa itu adalah cerita-cerita donggeng." (Surah al-An'am ayat 53)

    Perkataan sedemikian itupun sudah merupakan suatu penghinaan terhadap kalamullah!

    Oleh kerana musuh Islam pada dasarnya tidak mengimani al-Quran itu sebagai suatu yang benar, turun daripada Allah SWT, maka mereka melakukan apa sahaja untuk menghina al-Quran.

    Lain halnya apabila al-Quran itu sendiri dicerca dan dihina oleh orang yang beragama Islam seperti yang dilakukan oleh penulis yang bernama Salman Rushdie dalam bukunya 'The Satanic Verses' yang menggambarkan al-Quran bukan kalamullah tetapi ungkapan-ungkapan yang ditiupkan oleh syaitan ke dalam telinga Nabi Muhammad S.A.W atau diambil daripada kata-kata batil untuk menyesatkan manusia.

    Apabila hal ini berlaku, timbul kemarahan umat Islam sehingga menggerakkan Kerajaan Islam Iran dibawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menawarkan jutaan dolar AS bagi sesiapa yang boleh menghapuskan Salman Rushdie yang jelas menghina al-Quran dan dijatuhkan hukuman murtad.

    Tindakan tegas terhadap penulis 'The Satanic Verses' ini adalah bertepatan dengan al-Quran, al-hadis serta ijmak ulama bahawa orang yang murtad setelah cukup segala keterangan dan bukti hendaklah dibunuh.

    Seluruh media massa dari dahulu hingga sekarang, seolah-olah hanya menumpukan penghinaan terhadap al-Quran dengan membangkitkan isu-isu seperti meletak al-Quran dalam tandas, memijak ayat al-Quran, menjadikan al-Quran sebagai bungkusan makanan, mencetak al-Quran di pakaian dan meletakkan ayat-ayat al-Quran pada permainan kanak-kanak.

    Seolah itulah sahaja bentuk penghinaan terhadap al-Quran. Hampir tidak pernah ditulis atau diulas bahawa mengenepikan atau memulaukan al-Quran sebagai pedoman utama dalam penghidupan bernegara boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap al-Qurannul Karim.

    Perihal ini Allah SWT berfirman yang mafhumnya;

    "Dan mengadulah Rasul kepada Allah dengan madahnya 'Ya Tuhan-Ku, sesungguhnya kaumku telah mengambil sikap memulaukan al-Quran. Seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari orang-orang yang berdosa dan cukuplah Tuhan-Mu menjadi pemberi petunjuk dan penolong." (Surah al-Furqan, ayat 30-31).

    Perkataan 'Mahjuura' dalam ayat di atas, seperti yang disebut oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan pada 5 perkara utama iaitu:

    1. Memulaukan al-Quran tanpa membacanya;

    2. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil faham petunjuk-petunjuk-Nya dalam;

    3. Memulaukan al-Quran dengan tidak mengambil hukum hakam-Nya;

    4. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikan itu sebagai pemutus kepada semua masalah kehidupan dan

    5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya penawar kepada permasalahan sakit jasmani dan rohani mereka.

    Jika tafsiran ini dapat difahami, maka jelas jika dilihat dalam diri umat Islam kini, khasnya di Malaysia, rata-rata telah memulaukan al-Quran.

    Khususnya golongan yang berkuasa dengan tidak menjadikan al-Quran sebagai kitab utama, petunjuk yang menjadi tumpuan dan diambil iktibar sebagai pedoman serta pengajaran.

    Penghinaan al-Quran dalam hidup kita dengan meletakkan atau mengkategorikan al-Quran (ciptaan Allah) di bawah perlembagaan ciptaan manusia. Kita menjadikan dan meletakkan undang-undang ciptaan manusia mengatasi undang-undang ciptaan Allah.

    Hal ini jelas merupakan suatu penghinaan terhadap al-Quran!

    Jika kita merujuk kepada hukum-hukum al-Quran seperti hukuman hudud misalnya, bukan sahaja tidak mahu diambil untuk dijadikan undang-undang negara, malah pernah pernah dikatakan oleh pemimpin kanan negara bahawa hukuman itu tidak berperikemanusiaan, kejam dan tidak relevan.

    Kita pernah juga mendengar komen yang menghina al-Quran seperti ungkapan "kalaulah hukuman hudud (khususnya kepada golongan pencuri dan perompak) dilaksanakan ke atas umat Islam, maka akan jadilah mereka anggota masyarakat yang cacat anggota dan tidak boleh bersaing, di pandang hina dan tertindas kerana kecacatan anggota yang nyata."

    Kita juga pernah mendengar kata-kata "sesiapa yang hendak merasa makanan sup tangan maka pergilah ke Kelantan". "Jika hukuman ini dilaksanakan, maka akan bersepahlah tangan-tangan yang dipotong akan busuklah seluruh negara."

    Terdapat golongan yang menuduh hukum-hukum Islam, dengan mengatakan adanya tidak adil kerana kononnya wujud diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita dalam beberapa hal seperti yang dibangkitkan tentang soal pemberian harta, kuasa cerai kepada lelaki, khalifah disyaratkan lelaki, imam solat Jumaat lelaki dan berbagai-bagai lagi.

    Semua ini adalah penghinaan yang amat berat terhadap al-Qurannul Karim.

    Malah, akhir-akhir ini kedengaran wujud ketidakyakinan kepada Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, sebagai agama yang sempurna, yang mampu menjana kekuatan bagi membina negara yang bertamadun yang sepatutnya diterima sepenuhnya untuk dilaksanakan.

    Krisis keyakinan ini terbongkar apabila perkataan Hadhari terpaksa ditambah menjadikan Islam Hadhari sebagai gagasan baru untuk menjadi penggerak suatu usaha baru ke arah pengukuhan tamadun dunia yang berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan.

    Hal ini sebenarnya mencerminkan ketidakyakinan kepada Islam sebenar seperti yang disebutkan dalam al-Quran (mafhumnya) "Sesungguh agama disisi Allah SWT adalah Islam". Bukan Islam Hadhari, tetapi Islam!

    Keseluruhan aktiviti insan dalam dunia hari ini, tidak menjadikan Islam sebagai sumber inspirasi bagi mewujudkan suatu penggerak ke arah tamadun yang sebenar. Islam memberi keutamaan kepada mencapai keredaan Allah SWT.

    Malah kita melihat dari sudut yang lain bahawa hukum hakam ada dalam al-Quran itu telah dijadikan sebagai suatu bahan untuk dipilih mana yang selaras dengan selera pihak berkuasa dan memberi keuntungan keduniaan yang nyata, khasnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan jasmani.

    Adapun hukum yang tidak memberi keuntungan yang nyata, ia ditinggal atau diketepikan.

    Lebih parah daripada itu dilihat aktiviti ekonomi manusia, yang terang-terang melaksanakan prinsip yang bertentangan dengan al-Quran seperti mengamalkan aktiviti riba, membolehkan aktiviti perjudian yang mendatangkan faedah duniawi dan menyumbang ke arah penabungan negara, memberi kebenaran dan lesen untuk acara-acara hiburan yang melampaui batas yang sepatutnya dikawal, juga tindakan yang memantapkan pengaruh dengan cara melalaikan ummah dengan hiburan.

    Aktiviti ini semua jelas bertentangan dengan petunjuk Allah kerana ia mengajak manusia hidup dengan berseronok dan berpoya-poya serta bertuhankan hawa nafsu.

    Walaupun ianya mendapat tentangan mufti-mufti dan alim ulama, itu semuanya tidak diendahkan kerana keutamaan bukan menjunjung titah Allah, tetapi memberi keutamaan kepada pembinaan tamadun dunia yang berasaskan nilai kebendaan.

    Oleh kerana itulah, saya melihat bahawa penghinaan terhadap al-Quran tidak begitu parah jika ia berlaku berpunca daripada golongan kuffar kerana mereka sememangnya buta hati, buta akal dan buta cita rasa.

    Akan tetapi saya berasa kesal dan malang apabila berlaku penghinaan (sebagaimana yang saya catatkan sebahagiannya) di kalangan umat Islam yang rata-rata membaca al-Quran dan mengimaninya sebagai salah satu rukun iman, tetapi dalam amalan mereka meragui dan mempunyai prasangka buruk bahawa al-Quran mampu menjadi penyelesaian permasalahan manusia.


    posted by muscom @ 11:10 AM   0 comments

    Wednesday, March 08, 2006

    KHUTBAH RASULULLAH S.A.W TENTANG DAJJAL

    Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata :"Rasulullah telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda :"Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal.” Setiap nabi yang diutus oleh Allah ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal.
    Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah akan menjaga orang-orang mukmin.
    Dajjal itu nanti akan datang dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan akan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
    Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai tuhan.Ingatlah bahwa tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baru. Dan juga diantara dua mata dajjal itu tertulis K-A-F-I-R yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
    Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iakni panas. Sesiapa diantara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, nescaya nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
    Diantara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab; "seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu ?" Orang Arab itu akan berkata :"Tentu.". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama malah suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya :"Wahai anakku, ikutlah dia,sesungguhnya dialah Tuhanmu."
    Diantara tipu dayanya itu juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dikatakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini. "Sekarang akan aku hidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian dajjal itu bertanya: "Siapa tuhanmu ?" Orang tadi yang kebetulan beriman menjawab : "Tuhanku adalah Allah sedangkan kamu adalah musuh Allah.Kami telah diperingatkan oleh Rasulullah tentang kedatanganmu di akhir zaman."
    Mendengar yang demikian itu dajjal marah dan cuba membunuhnya lagi tetapi tidak sangup. Akhirnya dicampakkan orang mukmin tadi kedalam nerakanya. Orang itu telah lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.
    Di antara tipu dayanya itu juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan, tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh supaya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, tiba-tiba tumbuh. Dajjal tersebut datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikiann tanam-tanaman mereka tidak menjadi.
    Dajjal tersebut pergi ke perkampungan orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung tersebut mengakunya sebagai tuhan. Disebabkan demikian hujan pun turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
    Tiada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi dajjal kecuali Makkah Dan Madinah kerana kedua-dua kota tersebut dikawal oleh malaikat. Ketika dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah dan mereka keluar dan pergi bergabung dengan para pengikut dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

    posted by muscom @ 10:13 PM   0 comments

    PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

    Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya.
    Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa aku?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."
    Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?"
    Iblis menjawab, "Lima belas."
    Engkau sendiri hai Muhammad.
    Imam dan pemimpin yang adil.
    Orang kaya yang merendah diri.
    Pedagang yang jujur dan amanah.
    Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
    Orang Mukmin yang memberi nasihat.
    Orang Mukmin yang berkasih-sayang.
    Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
    Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
    Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
    Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
    Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
    Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
    Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
    Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
    Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku?"
    Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
    Hakim yang tidak adil.
    Orang kaya yang sombong.
    Pedagang yang khianat.
    Orang pemabuk/peminum arak.
    Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
    Pemilik harta riba'.
    Pemakan harta anak yatim.
    Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.
    Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
    Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.
    Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
    Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

    posted by muscom @ 10:10 PM   0 comments

    Nama Rasul-Rasul Allah

    ADAM A.S
    IDRIS A.S
    NUH A.S
    HUD A.S
    SALIH A.S
    IBRAHIM A.S
    LUT A.S
    ISMAIL A.S
    ISHAQ A.S
    YA'QUB A.S
    YUSUF A.S
    AYYUB A.S
    ZULKIFLI A.S
    SYU'AIB A.S
    YUNUS A.S.
    MUSA A.S.
    HARUN A.S
    ILYAS A.S
    ILYASA A.S.
    DAUD A.S
    SULAIMAN A.S
    ZAKARIA A.S
    YAHYA A.S
    `ISA A.S
    MUHAMMAD S.A.W.
    Nama yang ditebalkan adalah RASUL-RASUL ULUL-AZMI

    posted by muscom @ 10:08 PM   0 comments

    Al Fatihah (7 ayat)

    Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (QS. 1:1)
    Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (QS. 1:2)
    Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (QS. 1:3)
    Yang menguasai hari pembalasan. (QS. 1:4)
    Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. (QS. 1:5)
    Tunjukilah kami jalan yang lurus, (QS. 1:6)
    (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (QS. 1:7)

    posted by muscom @ 9:51 PM   0 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008
          • Current Posts

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter