MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls MUSCOM KYUEM

    MUSCOM KYUEM : A Sip of Water for Thirsty Souls

    The Musolla Community Blog. May the knowledge we share here becomes beneficial in our daily lives.InsyaAllah. Post whatever article that u think is good to kyuemmuscom@yahoo.com. Same2 kite memeriahkan blog ni, n promote la blog ni dlm friendster korg ke, or wuteva. God Willing, this blog will be updated daily, so do visit us frequently for tazkirah, information and motivational stories.

    Search The Blog
    only search MUSCOM KYUEM

    Thursday, March 27, 2008

    Pengumuman........

    Disini, pihak MUSCOM KYUEM ingin memberitahu bahawa blog muscom telah berpindah ke:

    Musolla Community

    http://muscom.iluvislam.com/

    yang telah berkuatkuasa serta merta. Di harap semua pihak maklum dengan perubahan ini.

    Semoga penghijrahan ini mendapat keredhaan dari-NYA dan membawa perubahan kearah yang lebih positif lagi.Sekian, wassalam......




    posted by muscom @ 6:24 PM   1 comments

    Thursday, March 20, 2008

    Sempena Maulidur Rasul...

    Bila kita ingin memuliakan nabi, kita mesti mengikut jalan yang telah ditentukan oleh nabi Muhammad SAW, dengan tidak melakukan perbuatan bid'ah dan tidak menyerupai orang-orang kafir. Tetapi bagaimana syar'iat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam memuliakan nabi Muhammad SAW.

    1. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunnahnya:
    "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu..."
    (QS. Ali 'Imran: 31)
    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..."
    (QS. Al-Ahzab :21)

    2. Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW:
    "Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."
    (HR. Malik dan Al-Hakim)

    3. Memuliakan Rasul dengan cara membaca shalawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid(12 Rabiulawal) sahaja, sebab firman Allah SWT:
    "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-malaikatnya memohonkan ampunan untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam Penghormatan kepadanya"

    posted by muscom @ 8:22 PM   2 comments

    Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

    Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh kegirangan.

    Terpadam api biara majusi
    Runtuhlah istana Kisra Parsi
    Mekkah diterangi cahya putih
    Tanda lahir Nabi anak yatim

    Begitulah bait-bait gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran baginda adalah suatu “rahmat untuk keseluruhan alam” dan bagaikan nur yang menerangi alam yang berada dalam kegelapan.
    Baginda telah diutuskan membawa ajaran Islam yang mulia dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Kita sebagai pengikut baginda s.a.w seharusnya berusaha untuk mengenali baginda dengan lebih rapat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda sebanyak mungkin.
    Sejarah sambutan Maulid

    Menurut sejarah, sambutan Maulidur Rasul telah dimulakan oleh orang Fatimiyah di Mesir dan disambut secara besar-besaran semenjak tahun 969 M lagi. Sambutan ini dimulakan dengan pemberian khutbah yang mengingatkan akan kemuliaan Rasulullah dan manisan seperti madu kesukaan Rasulullah diedar-edarkan pada akhir acara.

    Walaubagaimanapun, sambutan ini telah diharamkan atas arahan pemerintah buat sementara waktu dan kemudiannya dibenarkan semula oleh pemerintah yang lain. Pada abad ke-7, Maulid kembali disambut secara rasmi di bandar Irbil di bawah pemerintahan seorang Sunni bernama Muzafar Al-Deen Abi Sa`d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin. Beliau telah menjadikan hari sambutan Maulid sebagai cuti rasmi agar orang ramai dapat menyambut perayaan yang diadakan bersempena dengan tarikh bersejarah ini. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan agar ternakan disembelih dan dagingnya dibahagikan kepada orang ramai.

    Namun, malangnya acara peringatan kelahiran Nabi tersebut telah dicemari dengan pelbagai amalan bidaah. Keadaan ini telah mengundang perselisihan pendapat antara ulama’ mengenai hukum mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Menurut Sheikh Muhammad Fadl `Ashur, pada kurun ke-9, terdapat ulama’ yang membolehkannya dan ada pula yang melarang diadakan sambutan tersebut. As-Suyuti, Ibn Hajar Al-`Asqalani and Ibn Hajar Al-Haythmi mengharuskannya, namun mereka mengutuk bidaah yang berleluasa yang berlaku dalam sambutan tersebut. Mereka mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan firman Allah "Dan ingatkanlah mereka tentang hari-hari Allah". Sebahagian ulama’ dalam mengulas ayat tersebut, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda "‘ Hari-hari Allah’ itu adalah rahmat dan petunjuk Allah, dan kelahiran nabi s.a.w itu merupakan suatu rahmat yang agung".

    Pendapat sebahagian ulama’ mengenai sambutan Maulidur Rasul

    Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.

    Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.

    Wallahua’lam

    posted by muscom @ 10:40 AM   0 comments

    Wednesday, March 19, 2008

    Allahuakbar Allahuakbar

    Allahuakbar Allahuakbar…………..begitulah laungan azan yang berkumandang dari Musolla KP menyeru penduduk penduduk BLOK KK yang dihuni sepenuhnya oleh lelaki yang cukup matang(akil baligh) dan sihat fizikalnya untuk menyahut seruan untuk bersolat berjemaah. Rasanya tiada kanak – kanak duduk di blok itu. Si Anduka yang ketika itu sedang bersembang-sembang tentang masalah umat meneruskan persembangannya bersama rakan seperjuangannya tanpa menghiraukan seruan azan tersebut.


    Bukankah Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat atau 25 darjat? Sebagaimana yang disebut dalam Hadith Bukhari & Muslim. Rasa-rasanya, kalaulah tiba – tiba ada Sultan yang nak bagi duit, emas atau apa – apa yang berharga pasti ramai yang sanggup nak pergi biarpun jaraknya 100 km. Tapi bukankah solat berjemaah yang ganjarannya jauh lebih berharga dan diberi ganjarannya oleh Allah Rabbul Alamin, Raja kepada segala Raja. Bahkan untuk memperolehnya hanya perlu berjalan tidak sampai 100 m. jadi fikir-fikirkanlah.

    Banyak lagi hadith- hadith yang menjelaskan keutamaan solat berjemaah:

    “Barangsiapa yang melaksanakan solat Isya’ dengan berjemaah maka ia telah terhitung mengerjakan solat separuh malam. Dan Barangsiapa yangmelaksanakan solat Subuh dengan berjemaah maka ia terhitung telah mengerjakan solat semalaman penuh”[1]. Mungkin yang tak pergi solat berjemaah itu, solat sepanjang malam jadi tak payah lagi bersolat jemaah.

    Dalam hadith yang lain:

    “Seandainya manusia mengetahui keutamaan dari solat Isya’ dan Subuh. Sudah tentu mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak”.[2]

    Nabi SAW juga bersabda: “Barangsiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, maka Allah akan menyediakannya hidangan di syurga setiap pergi pada waktu pagi dan petang”.[3]Kalau makanan percuma ada dekat café KP pasti ramai yang berpusu pusu pergi nak dapatkan makanan itu kan.

    Dalam sebuah Hadith lain: “Ada seorang lelaki buta datang kepda Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah tidak ada seorag pun yang memimpinku untuk pergi ke masjid”. Dia meminta keringanan kepada beliau agar diperkenankan untuk solat dirumahnya. Beliau pun mengizinkannya. Namun ketika ia hendak pulang, beliau memanggilnya kembali dan bertanya, “Apakah kamu mendengar azan?”. Ia menjawab, “Ya”. Beliau bersabda, “jawablah dengan datang ke masjid”.[4] Kalaulah orang butapun disuruh bersolat jemaah inikan pula penduduk BLOK KK yang tidak dapat dipastikan sama ada ada yang pekak atau buta.

    Dalam hadith yang lain Ibnu Ummi Maktum seorang muazzin berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya di kota Madinah ini banyak bintang melata yang membahayakan dan binatang buas”. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu mendengar Hayya ‘alsshalah, hayya ‘alalfalah, maka kamu harus menjawabnya (dengan datang ke masjid)”.[5] Tidak tahu pula sama ada di keliling BLOK KK ada binatang – binatang buas yang cuma ada hanya kucing yang comel dan jinak serta anjing yang penakut. Mungkin sebab itu mereka tidak pergi.

    Bahkan dalam sebuah hadith riwayat Bukhari & Muslim’ Rasulullah SAW mengancam untuk membakar golongan yang tidak bersolat jemaah bersama rumah-rumahnya.[6] Jadi ayuhlah kita menyahut seruan ini khusus buat lelaki Blok KK kerana Allah SWT berfirman:

    “Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersama orang yang rukuk( solat berjemaah).[7]

    Dan dalam hadith yang lain jua,

    Dari Ibnu Mas’ud r.a, dia berkata,” Barangsiapa merasa senang apabila bertemu Allah besok (pada hari Qiamat) dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu tepat pada waktunya, setiap kali ia mendengar suara azan. Sesungguhnya Allah SWT mensyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW jalan-jalan petunjukNya. Seandainya kalian melakukan solat di rumah sebagaimana kebiasaan orang – orang yang tidak suka berjemaah, maka sungguh kalian telah meninggalkan sunnah Nabi kalian, maka kalian nyata-nyata telah tersesat. Aku benar-benar telah melihat antara kami (para sahabat) tidak ada seorangpun yang meninggalkan solat berjemaah kecuali orang – orang munafik yang telah dikenal kemunafikannya. Sesungguhnya pernah terjadi seorng lelaki didatangkan ke masjid, ia terhuyung hayang di antara dua orang sampai ia diberdirikan dalam shaf(barisan solat).”[8]

    Moga-moga kita memohon kepada Allah supaya kita termasuk golongan yang sentiasa memelihara solat berjemaah………Jadi apa tunggu lagi, ayuh dan marilah kita bersolat jemaah.

    posted by muscom @ 8:15 AM   3 comments

    Tuesday, March 18, 2008

    Nasihat Khilafa

    SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

    Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

    1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
    2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
    3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
    4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna

    SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

    1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
    2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
    3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
    4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

    SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

    Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

    1. Hatinya selalu berniat suci
    2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
    3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
    4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
    5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

    SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

    1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
    2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
    3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
    4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
    5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
    6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
    7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
    8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

    posted by muscom @ 8:29 PM   2 comments

    Monday, March 17, 2008

    Nabi Muhammad Manusia Biasa

    آكل كما يأكل العبد واجلس كما يجلس العبد
    “Aku makan sebagaimana manusia biasa dan aku duduk sebagaimana duduknya manusia biasa.”


    Diriwayatkan oleh: Ibnu Sa'ad dan Imam Hadith yang Empat (Daud, Tirmidhzi, An Nasai dan Ibnu Majah), oleh Abu Ya'ala dan Al Hakim dari 'Aisyah. Telah meriwayatkan pula Al Bayhaqi dari Yahya bin Kathir secara mursal dengan tambahan (yang ertinya) : “maka hanya aku ini manusia biasa.” Hamad meriwayatkan pula dari Amru bin Qarah dengan tambahan (yang aritnya) : “Demi Yang diriku berada digenggaman-Nya, seandainya duani ini ditimbang disisi Allah dengan sayap seekor lalat, nescaya Dia tidak memberi minum seorang kafir walau dengan segelas air”
    Sababul Wurud
    Kata 'Aisyah, RasuluLLah telah bersabda kepadanya: “Hai 'Aisyah, jika aku mahu nescaya buki emas itu berjalan bersamaku. Telah datang kepadaku seorang malaikat, katanya : “Tuhanmu mengucapkan salah kepadamu dan menawarkan, jika engkau dapat menjadi seorang Nabi dan Raja Diraja atau jika engkahu mahu, engkau tetap menjadi manusia biasa. Dia mengisyaratkan kepada Jibril agar berbuat sesuatu untuk dirimu”. Maka aku jawab : “Aku pilih menjadi Nabi dan manusia biasa”. Sejak itu (kata 'Aisyah) Rasulullah tidak makan bersandar (seperti Raja) tetapi beliau makan seperti manusia biasa.

    posted by muscom @ 10:28 AM   4 comments

    Sunday, March 16, 2008

    Alkisah Seorang Adik (Siri 1)

    Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
    yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
    seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
    lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

    Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
    menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran.
    Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.

    Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba
    mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi
    perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
    kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar
    dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun
    tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

    Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
    keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya
    bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
    mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal
    berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri
    yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu
    dan tuli.

    Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
    Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu,
    isterinya buta, bisu dan tuli?"
    Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
    mereka, tanya sendiri"
    Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi
    ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
    perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya
    yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang
    dah berlaku?
    ~~bersambung~~

    posted by muscom @ 8:29 AM   0 comments

    Saturday, March 15, 2008

    Di antara keutamaan membaca Al-mathurat

    Al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Mathurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.


    Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud "aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam". Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

    Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya. Rasulullah s.a.w bersabda; " Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."

    Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
    " Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

    Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (Riwayat Tabrani dan Hakim)

    Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang ,mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

    Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin ya rabbal 'alamin.

    posted by muscom @ 1:35 PM   2 comments

    Poll

      free polls Kelajuan page ini load??
      Amat Laju
      Laju juge
      Sederhana
      Perlahan

      Forum

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Group

        Click here to join muscom
        Click to join MUSCOM

      Time

        CURRENT MOON
        moon phase info

        Blog Authors

        muscom
        syumul

        Kata-Kata Hikmat

        " Intention is the measure for rendering actions true, so that, where intention is sound, action is sound, and where it is corrupt, then action is corrupt." - Imam an-Nawawi -

        About MUSCOM

        Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket MUSCOM stands for Musolla Community, an Islamic Organization, provides you with daily tazkirah and info about Islam.

        Help Us to Promote

        Sila Copy Dan Paste Code Ini Dalam Page Anda Untuk Memaparkan Logo Dan Link Ke Blog Ini

        Visitors

          Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
          Locations of visitors to this page

        Klik Untuk Menyumbang

        Links

          Diari Muslimah
        • ummahfilms
        • muslimways.com
        • mymasjid
        • Harun Yahya
        • Saiful Islam
        • Load Islam
        • KYUEM
        • Muslim Associations of Britain

        MUSCOMERS Blog

        • Afiq
        • Huzaifah
        • Khairul
        • Yahya
        • Zaim
        • Thaha
        • Nurman
        • Firdaus Rahim
        • Siti Muslihah
        • Balqis
        • Ahas
        • Tuan Fairuz
        • Imran Idris

        Vote For Us

        iLuvislam.com Top Blog
        AL-AZHAR STUDENT'S TOPSITES
        Ukhwah.com :: Top Blog
        BestIslamicSites.com | submit your muslim site for free

          Who's Online

            web stats

          Program TV

            Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

          Previous Posts

          • Pengumuman........
          • Sempena Maulidur Rasul...
          • Sejarah Sambutan Maulidur Rasul
          • Allahuakbar Allahuakbar
          • Nasihat Khilafa
          • Nabi Muhammad Manusia Biasa
          • Alkisah Seorang Adik (Siri 1)
          • Di antara keutamaan membaca Al-mathurat
          • We are EXTREMELY Rich, yet we don't know it
          • Women Practicing Sport

          Archives

          • March 2006
          • April 2006
          • May 2006
          • July 2006
          • August 2006
          • September 2006
          • November 2006
          • December 2006
          • January 2007
          • February 2007
          • March 2007
          • April 2007
          • May 2007
          • June 2007
          • July 2007
          • August 2007
          • September 2007
          • October 2007
          • November 2007
          • December 2007
          • January 2008
          • February 2008
          • March 2008

          Powered by Blogger



    cool hit counter
    cool hit counter